6037 Ngo Gesa Polis Siasat Rakman Haridas Kolandavellu Malaysia Gazette 29 10 2020


 

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa supaya melakukan siasatan terhadap seorang lelaki berbangsa India yang didakwa memuat naik satu rakaman berbaur hasutan terhadap bangsa Melayu serta menghina kesucian agama Islam.
Gesaan itu disuarakan beberapa NGO yang melihat rakaman bertajuk “Cara Menghapus Ego Melayu Yang Rasis” oleh individu bernama Haridas Kolandavellu sebagai suatu perbuatan yang melampau serta telah membangkitkan kemarahan terhadap orang Melayu.
Rata-rata wakil-wakil NGO berkenaan yang ditemui, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki India terbabit kerana sengaja membakar bara dengan bermain sentimen bangsa ketika negara sedang berdepan dengan situasi penularan wabak Covid-19.
Setiausaha Agung Armada Malaiu Malaysia, Nazri Che Arr berkata, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh lelaki India terbabit menerusi rakaman itu yang sememangnya boleh membangkitkan rasa sakit hati kepada mereka yang menonton.
“Apa yang kerajaan tidak buat atau beri kepada kaum India di negara ini.
“Kenapa lelaki India ini mahu membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dengan membuat rakaman semacam itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd Nor Izzat Mohd Johari pula menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen menyiasat kerakyatan individu terbabit yang sememangnya diragui.

Ini kerana beliau berkata, perbuatan Kolandavellu itu tidak mencerminkan dia seorang yang tahu dengan undang-undang serta asas Perlembagaan dan raja-raja serta bangsa Melayu.
“Kalau dia rakyat Malaysia sudah tentu dia akan tahu dengan peruntukan Perlembagaan negara ini dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang perlu dihormati,” tegasnya.
Tambah beliau, pihak berkuasa juga perlu menyiasat secara keseluruhan sama ada perbuatan individu terbabit didalangi oleh orang politik yang mungkin memberi upah untuk dia melakukan perkara sedemikian.
“Saya tidak menuduh, tapi mungkin ada pembabitan orang politik kerana sejak akhir-akhir ini perkara seperti ini kerap kali berlaku.
“Jika ada, siasat sekali orang politik terbabit dan tangkap dia jika terlibat sama,” ujarnya.
Sementara itu, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nazirul Afiq Hanafi meminta semua pihak agar tidak sesekali membangkit sesuatu perkara melibatkan kaum untuk dijadikan isu.
Ini kerana katanya, ia boleh menimbulkan kesan yang tidak baik kerana fokus utama ketika ini adalah langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19.
“Sepatutnya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku. Tapi disebabkan ada ‘beruk-beruk’ yang semacam itu ia seolah-olah mahu mencari gaduh sedangkan usaha kita ketika ini bukanlah untuk perkara-perkara seperti itu,” katanya.


Artikel oleh: Malaysia Gazette
NGO GESA POLIS SIASAT RAKMAN HARIDAS KOLANDAVELLU
https://malaysiagazette.com/2020/10/29/ngo-gesa-polis-siasat-rakaman-haridas-kolandavellu/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/10/6037-ngo-gesa-polis-siasat-rakman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6038 Terkini Ngo Gesa Polis Siasat Rakaman Haridas Kolandavellu Malaysia Gazette Tv 29 10 2020

6038 Terkini Ngo Gesa Polis Siasat Rakaman Haridas Kolandavellu Malaysia Gazette Tv 29 10 2020

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 447 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa digesa supaya melakukan siasatan terhadap seorang lelaki berbangsa India yang didakwa memuat naik satu rakaman berbaur hasutan terhadap bangsa Melayu serta menghina kesucian agama Islam Gesaan itu disuarakan bebe...
6059 Kerajaan Perlu Perjelas Kewujudan Lebih 1 Juta Talian Prabayar Meragukan Ppim Malaysia Gazette 04 11 2020

6059 Kerajaan Perlu Perjelas Kewujudan Lebih 1 Juta Talian Prabayar Meragukan Ppim Malaysia Gazette 04 11 2020

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu berkaitan talian prabayar yang meragukan Dalam masa yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia juga mendesak kerajaan...
6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta semua pihak menjunjung perintah dan mendokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengenai kepentingan Belanjawan Negara 2021 Pengerusi PP...
Polis Siasat Mb Selangor

Polis Siasat Mb Selangor

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 318 hits
Foto Twitter Amiruddin Shari Polis sedang menyiasat dakwaan di media sosial bahawa Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari telah melanggar perintah kuarantin mandatori yang dikenakan kepada mereka yang telah kembali dari Sabah Ketua CID...
Mereka Berdua Adalah Ejen Polis Nafi Addy Kanna Amp Alvin Goh Dalang Macau Scam Di Malaysia

Mereka Berdua Adalah Ejen Polis Nafi Addy Kanna Amp Alvin Goh Dalang Macau Scam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 527 hits
Viral di media sosial sebelum ini video perbualan scammer dengan mangsanya di mana scammer terbabit mendakwa Addy Kana merupakan majikannya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini nbsp Dalam perbualan tersebut...
Polis Siasat Penyebaran Tuduhan Palsu Babitkan Speaker Melaka

Polis Siasat Penyebaran Tuduhan Palsu Babitkan Speaker Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 327 hits
Polis hari ini mengesahkan sedang menyiasat penyebaran berita membabitkan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh yang didakwa melakukan gangguan seksual Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid ke...
6050 Tandatangan Borang Kosong Cara Ah Long Peguam Rampas Aset Peminjam Malaysia Post 31 10 2020

6050 Tandatangan Borang Kosong Cara Ah Long Peguam Rampas Aset Peminjam Malaysia Post 31 10 2020

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 397 hits
MENANDATANGANI borang perjanjian kosong adalah modus operandi ah long atau ceti haram dengan kerjasama firma guaman tertentu untuk merampas aset peminjam yang gagal menjelaskan bayaran pinjaman Mendedahkan kewujudan kerjasama itu Persatuan ...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta