6002 Krisis Air Ppim Desak Tubuh Jawatankuasa Khas Bebas Penyelewangan Ismaweb 20 10 2020


 


BANGI, 3 Rabiulawal 1442H, Selasa – Kecewa dengan gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan negeri mempertimbangkan untuk menubuh jawatankuasa khas bertindak khusus untuk sumber air.
Jawatankuasa berkenaan disarankan terdiri dari pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya pengurusan air lebih telus dan bebas dari sebarang penyelewengan.
Bukan itu sahaja, PPIM turut menggesa agar hukuman yang lebih berat bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pencemaran – dimasukkan dalam jenayah berat memandangkan air adalah sumber kehidupan.
“Kerajaan negeri, melalui PBT harus mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terutama melibatkan pembuangan efluen dengan mengambil kira lebih parameter dan agen berpotensi menyebabkan pencemaran.
“Kerajaan Selangor juga haruslah meningkatkan kempen-kempen kesedaran kepada para pengguna mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan sumber air adalah tanggungjawab asas.
“Mereka harus tahu bahawa sumber air dunia kini hanya tinggal tiga peratus sahaja termasuk sumber-sumber air yang sedia tercemar.
“Selain itu, kerajaan negeri juga harus lebih telus yang memberikan gambaran yang jelas terhadap bilangan sungai yang tercemar pada tahap tertentu agar rakyat sedar apakah tahap kebersihan sungai dan sumber air yang berhampiran dengan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada masa sama, PPIM mengesyorkan agar satu insentif yang menarik kepada mana-mana individu yang melaporkan insiden-insiden pencemaran dan apa jua salah laku yang melibatkan pencemaran alam sekitar.
“PPIM juga berharap rentetan peristiwa gangguan air yang berulang-ulang ini tidak menyebabkan rakyat merusuh dan bertindak mengambil undang-undang di tangan mereka sendiri akibat kebosanan dan kemarahan yang meluap-luap.
“Adalah menjadi satu anomali di sebuah negara yang kaya dengan sumber air tawar tetapi rakyat terus menderita akibat kekurangan air!,” katanya.
Kebelakangan ini, gangguan bekalan air beberapa kali berlaku di sekitar Lembah Klang, terbaru kelmarin apabila Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan paip menyalurkan bekalan air terawat yang bocor.
Media melaporkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas sepenuhnya berikutan insiden pencemaran air di Sungai Selangor yang menjadi sumber air mentah ke loji berkenaan.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, henti tugas di empat loji berkenaan menyebabkan 1,292 kawasan membabitkan 1,196,457 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Gangguan itu membabitkan kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Artikel oleh: ISMAWEB
KRISIS AIR: PPIM DESAK TUBUH JAWATANKUASA KHAS BEBAS PENYELEWANGAN
https://ismaweb.net/2020/10/20/krisis-air-ppim-desak-tubuh-jawatankuasa-khas-bebas-penyelewengan/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/10/6002-krisis-air-ppim-desak-tubuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5998 Ppim Selar Tindakan Kerajaan Selangor Dalam Menguruskan Sumber Air Malakat Tribune 20 10 2020

5998 Ppim Selar Tindakan Kerajaan Selangor Dalam Menguruskan Sumber Air Malakat Tribune 20 10 2020

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 287 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindkan kerajaan negeri Selangor yang mengambil sikap tidak acuh dalam melaksanakan tanggungjawab asas menyediakan bekalan air bersih yang berterusan kepada rakyat negeri tersebut Kata PP...
6015 Ahlong Serang Wanita Di Tempat Awam Tv Ppim 21 10 2020

6015 Ahlong Serang Wanita Di Tempat Awam Tv Ppim 21 10 2020

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 321 hits
Hutang memang wajib dibayar namun desakan dan ugutan Ahlong menyebabkan rata rata mangsa terus diperangkap taktik licik Ahlong Tidak kira bangsa tidak kira usia tidak kira anda siapa Sekiranya anda adalah mangsa Ahlong anda wajib datang kep...
6005 Sikap Ambil Mudah Punca Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Dalam Talian Ppim Berita Rtm 15 10 2020

6005 Sikap Ambil Mudah Punca Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Dalam Talian Ppim Berita Rtm 15 10 2020

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR 15 Oktober Sindiket penipuan dalam talian merupakan ancaman kepada masyarakat Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan jenayah terancang ini perlu ditangani dengan lebih serius dan sistematik t...
5996 Ramai Mati Sebab Rasuah Tv Ppim 19 10 2020

5996 Ramai Mati Sebab Rasuah Tv Ppim 19 10 2020

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 234 hits
Peringatan untuk semua Statistik menunjukkan sebanyak 49 43 dalam kalangan penjawat awam Manakala sebanyak 50 57 orang awam yang mengambil rasuah Dan ingatlah Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah Riwayat Abu Daud al Ti...
6014 Melayu Pemalas Semua Nak Bersuap Tv Ppim 21 10 2020

6014 Melayu Pemalas Semua Nak Bersuap Tv Ppim 21 10 2020

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 371 hits
Kita layak di hina dan di kutuk jika bercakap tentang sumbangan terhadap ekonomi negara Kenapa Bumiputera hanya memiliki 8 daripada kekayaan ekonomi negara Selebihnya Milik Syarikat Asing Ayuh bangsaku Bangkit dan Bersatu KoPPIM berjuang me...
6016 Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor Umno Online 22 10 2020

6016 Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor Umno Online 22 10 2020

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 306 hits
Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor bersama YB Rizam Ismail ADN Sg Air Tawar Datuk Armand Azha Abu Hanifa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM ...
6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta semua pihak menjunjung perintah dan mendokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengenai kepentingan Belanjawan Negara 2021 Pengerusi PP...
6017 Aktiviti Majlis Pembukaan Restoran Baharu Di Malakat Mall Chan Mari Chan Ppim 23 10 2020

6017 Aktiviti Majlis Pembukaan Restoran Baharu Di Malakat Mall Chan Mari Chan Ppim 23 10 2020

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 363 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi menghadiri Majlis Pembukaan Restoran Chan Mari Chan di Malakat Mall Cyberjaya
5999 Aktiviti Lawatan Oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Ke Malakat Mall Cyberjaya Ppim 20 10 2020

5999 Aktiviti Lawatan Oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Ke Malakat Mall Cyberjaya Ppim 20 10 2020

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 342 hits
Lawatan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Dato Hj Mohd Reza Shah Abdul Wahid ke Malakat Mall Cyberjaya Lawatan diiringi oleh Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Pas Bijak Man Kastam Harus Di Singkirkan Terus

Pemanis Tiruan Dalam Minuman Diet Pakar Otak Dedah Kesan Menakutkan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan