6 Tips Bisnes Dari Mail Upin Ipin
Siapa tak kenal Upin, Ipin dan rakan-rakan, kan? Dan antara rakan-rakan mereka, ada seorang rakan mereka yang pandai meniaga. Siapa lagi kalau bukan Mail.
Meh nak kongsi 6 tips bisnes dari Mail yang mana kita sendiri boleh duplikasi dalam bisnes kita. Jom baca satu-satu:
1. KONSISTEN
Faktor utama bisnes tumbang sebab tak konsisten. Tapi anda lihatlah sendiri Mail. Konsisten menjual. Sikit pun dia tak penat, mengeluh.
2. BUANG RASA MALU
Waktu mula-mula Upin Ipin meniaga bantu Mail menjual di pasar, mereka malu. Mail meyakinkan mereka. Mail kata, awalnya dulu dia pun malu. Tapi kalau nak berjaya dalam bisnes, kena buang rasa malu. Jangan rasa malu nak niaga.
3. SEDEKAH
Waktu mereka solat jemaah waktu malam, Upin, Ipin dan kawannya membantu mengemas surau. Dalam masa yang sama, Mail cuba menyumbat wangnya ke dalam tabung surau yang dah sendat. Ya, ini caranya, sedekah!
4. NETWORK
Lihatlah jaringan yang ada pada Mail. Semua orang pun dia kenal. Sama macam bisnes kita. Jika kita mahu kukuhkan bisnes kita, bina network, besarkan jaringan.
5. UPSELL
Ini mungkin tips yang paling mahal. Mail tidak menjual ayam gorengnya satu, tapi dua! (dua seringgit). Barang lain yang Mail jual pun selain ayam goreng, semuanya dua, bukan jual satu. Ini namanya upsell. Jual lebih dari satu untuk kaut untung yang lebih banyak.
6. RAJIN
Ini juga tips yang sangat penting. Dalam bisnes, kena rajin. Ya, bisnes memang penat. Tapi kalau dilayan rasa malas, bisnes takkan ke mana.
Belajar sesuatu dari tips Mail ni? Dan kepala otak mail.. Semua apa yang ada boleh dijadikan sumber wang dan bisnes. Nampak tak?
Jadi, nak berjaya dalam bisnes ni.. Kena rebut ruang dan peluang. Yang penting minat dan keazaman yang tinggi... Insha Allah.. Pasti berjaya.
Kredit : Facebook
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/05/6-tips-bisnes-dari-mail-upin-ipin.html