6 Tip Rebus Telur Supaya Kekal Cantik Tak Retak
6 Tip Rebus Telur Supaya Kekal Cantik & Tak Retak
Tidak dinafikan, telur merupakan salah satu sumber makanan yang mempunyai banyak kegunaan terutamanya dalam masakan. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan salah satu sumber protein yang baik untuk tubuh dan turut kaya dengan pelbagai manfaat lain seperti vitamin, mineral dan zat besi.
Kebiasaannya, telur sering dijadikan sebagai lauk-pauk atau bahan asas dalam proses pembuatan kuih-muih atau hidangan lain.
Selain itu, cara mudah untuk menguruskan telur adalah dengan merebusnya. Telur yang direbus boleh dijadikan sebagai sarapan sihat, dicampurkan ke dalam salad atau boleh dimakan bersama sedikit garam dan lada hitam.
Walaupun ia nampak seperti senang untuk disediakan, proses merebus telur kadangkala boleh menjadi rosak, pecah dan retak.
Namun, jangan risau, bagi mengelakkan telur yang rebus menjadi rosak, anda boleh mencuba pelbagai tip yang dikongsikan di bawah ini.
1. Telur mesti dalam suhu bilik sebelum direbus
Sekiranya anda menyimpan telur di dalam peti sejuk, sebaiknya biarkan ia mencapai suhu bilik sebelum direbus.
Merebus telur yang sejuk boleh meningkatkan risiko ia menjadi retak kerana gas di dalam telur memanas dan mengembang, menghasilkan tekanan tinggi dalam cengkerang.
Tekanan ini akan melepaskan gas melalui titik lemah pada cengkerang dan menyebabkan ia retak. Sebaiknya, anda biarkan ia mencapai suhu bilik terlebih dahulu ataupun anda boleh merendamnya dalam air panas sebelum dimasak.
2. Masukkan garam dalam air
Tambahkan satu sudu teh garam ke dalam air rebusan boleh mencegah ia dari retak. Anda boleh masukkan telur dengan perlahan ke dalam air dan rebus selama 10 minit. Hasilnya, kuning telur akan masak dengan sempurna.
3. Lepaskan gas yang terperangkap
Sebelum merebus telur, cucuk bahagian yang lebih besar pada cengkerang dengan perlahan menggunakan peniti atau pin yang bersih. Ini membolehkan gelembung udara yang terperangkap keluar dan menghasilkan telur yang masak dengan sempurna.
BACA: Menarik, Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh “Berjangkit” Pada Orang Lain
4. Jangan isi periuk terlalu penuh
Sekiranya anda memasukkan terlalu banyak telur ke dalam periuk, risiko telur untuk retak akan meningkat. Jadi, masukkan telur dengan perlahan-lahan ke dalam periuk dan pastikan hanya satu lapisan telur direbus pada satu masa dan ia tidak bersentuhan antara satu sama lain.
5. Jangan jatuhkan telur ke dalam air mendidih
Menjatuhkan telur ke dalam air mendidih akan menyebabkan putih telur mengalir keluar seperti telur separuh masak.
Selain itu, mendedahkan telur sejuk kepada air suam atau panas secara tiba-tiba juga akan menyebabkan telur mengalami “kejutan” akibat perubahan suhu mendadak. Jadi, gunakan air sejuk bagi membantu mengelakkan telur daripada terlebih masak.
6. Tambahkan cuka
Menambahkan satu sudu teh cuka bagi sebiji telur juga mampu membantu mengelakkan ia dari retak. Anda boleh isikan periuk dengan air dan tambahkan cuka mengikut jumlah telur.
Selain itu, menambah cuka ke dalam air turut membantu protein dalam putih telur menggumpal dengan cepat sekali gus mencegah retakan pada cengkerang.
BACA: Cat Bulat Kecil Ini Rupanya Lebih Baik Daripada Garisan Putih Biasa Di Jalan Raya
Sumber: Slurrp
The post 6 Tip Rebus Telur Supaya Kekal Cantik & Tak Retak appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/11/6-tip-rebus-telur-supaya-kekal-cantik-tak-retak/