6 Tip Beli Buah Durian Supaya Tidak Mudah Ditipu Penjual
Musim durian amat dinanti-nantikan bagi penggemar raja buah ini dan beberapa kawasan terkenal dengan buah durian mula dipenuhi mereka.
Ketika inilah ramai yang akan menjual buah durian di tepi jalan sama ada jual longgok atau pun timbang. Jadi, ada beberapa tip yang anda boleh gunakan sebelum membayar untuk makan buah kegemaran anda dengan senang hati.
1. Lihat tangkainya
Durian yang jatuh dari pohon, tangkainya kelihatan bergerigi. Jika terlihat rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu.
Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isinya pun tebal juga. Jika bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isinya pun kuning juga.
2. Pilih buah yang ringan
Elakkan membeli berdasarkan berat durian yang anda pilih, kerana durian yang berat biasanya masih mentah dan isinya terlalu berair atau busuk.
3. Goncang
Jika ada terasa sesuatu yang bergoncang di dalam, bererti isi buahnya jenis kering dan itu merupakan salah satu tanda yang bagus.
Sumber: Astro Awani
4. Bulat
Bentuk bulat menandakan isinya besar. Banyak juga durian yang lonjong atau tidak bulat, biasanya memiliki isi yang sedikit.
5. Perhatikan kulit
Jika kulit terlihat berduri jarang dan besar-besar ia boleh dipastikan durian itu mempunyai isi yang padat, tapi jika durian berkulit kecil dan durinya berjarak dekat, isi durian pasti lembik.
6. Aroma / Bau
Ketika memilih durian, cuba hidu baunya, jika baunya kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan matang.
Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi hambar.
Jangan lupa gunakan tip yang diberikan supaya tidak ditipu penjual lebih-lebih lagi dengan penjual yang tidak jujur.
Sumber: FMT
The post 6 Tip Beli Buah Durian Supaya Tidak Mudah Ditipu Penjual appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/tips/6-tip-beli-buah-durian-supaya-tidak-mudah-ditipu-penjual.html