Durian Uniknya Si Raja Buah






Jika setiap kali tiba musim durian pastinya kita sering melihat pelbagai jenis durian seperti durian kampung, Musang King (D197), Udang Merah (D175) dan D24 terdapat di jual di kedai-kedai dan di tepi jalan. Namun begitu, sebenarnya di Malaysia terdapat kira-kira 200 jenis durian yang mempunyai pelbagai jenis rasa, bentuk, warna dan ciri-ciri khas tersendiri.

Untuk ruangan kali ini Rencam menyenaraikan 10 jenis buah durian yang sangat popular dan sering mendapat permintaan tinggi di seluruh negara setiap kali tiba musim raja buah ini.



1. Durian Musang King (D197)

Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit mempunyai isi yang berwarna kuning keemasan, berkilat dan tebal. Tekstur isinya pula cukup halus, melekit dan berkrim, manakala rasanya lemak manis, sedikit pahit dan mempunyai aroma yang kuat.


Meskipun harga Musang King agak mahal iaitu bermula sekitar RM50 sekilogram atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain, permintaan terhadap durian jenis ini sangat tinggi dan sering menjadi buruan peminat durian dalam dan luar negara.

2. Durian Musang Queen (D160)

Jika ada ‘king’ sudah pasti ada ‘queen’ tetapi ramai yang tidak tahu durian Musang King mempunyai pasangannya iaitu Musang Queen. Nama asal durian ini adalah durian Tekka atau Buluh Bawah sebelum dijenamakan semula kepada durian Musang Queen beberapa tahun lalu.

Isinya berwarna kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat manakala rasanya lemak manis, pahit dan bergas. Selain itu, baunya juga sangat kuat dan memiliki ulas yang agak besar.



3. Durian D24

Klon durian D24 atau turut dikenali sebagai durian Bukit Merah telah didaftarkan pada 30 November 1937. Berasal dari Bukit Merah, Perak bentuk buah durian ini bulat dengan warna kulit yang kehijauan dan mempunyai duri yang tajam.

Gabungan rasa manis, pahit dan lemak ini menjadikan durian D24 sangat istimewa kepada penggemar buah durian.

4. Durian Hajah Hasmah (D168)

Jika disebut nama durian Hajah Hasmah mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Durian Hajah Hasmah yang lebih dikenali sebagai durian IOI antara jenis durian yang paling terkenal di Malaysia. Durian ini yang berasal dari Muar, Johor telah didaftarkan pada 24 Mei 1989.

Dari segi bentuknya, buah durian jenis ini bersaiz sederhana besar dan berbentuk bulat dengan warna kulit hijau keperangan. Selain mempunyai tangkai yang agak pendek dan kecil, purata berat IOI ialah sekitar 1.5 kilogram (kg). Isinya pula berukuran sederhana besar, memiliki tekstur yang pejal dan berwarna kekuningan.

5. Durian Udang Merah (D175)

Durian Udang Merah memang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat durian. Durian ini yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang merupakan antara durian yang terbaik dari segi rasanya.

Buah durian jenis ini mempunyai saiz yang sederhana besar iaitu antara 1.5 kg hingga tiga kg. Kulitnya pula berwarna hijau perang dan mempunyai duri yang pendek. Isinya berwarna kuning, tebal, lembek dan rasanya pula agak lemak manis.



Bentuk unik durian Duri Hitam yang mempunyai tanda hitam di hujung durinya

6. Durian Duri Hitam (D200)

Kalau ada yang merasakan durian Musang King paling lazat dan sedap, apa kata cuba durian Duri Hitam pula. Jika harga Musang King boleh mencecah sekitar RM50 sekilogram, harga Duri Hitam juga tidak kurang bezanya. Berat setiap Duri Hitam adalah sekitar 1.5 hingga dua kg dan harganya boleh mencecah RM110 sekilogram bagi pasaran tempatan dan lebih RM300 bagi pasaran antarabangsa.

Keunikan durian jenis ialah selain memiliki buah berwarna hijau keperangan, di hujung durinya terdapat tanda berwarna hitam yang tidak terdapat pada durian jenis-jenis lain. Dari segi rasa pula, selain mempunyai warna kuning keemasan rasanya juga agak manis, lemak berkrim dan sedikit pahit.

7. Durian Kop Kecil (D99)

Durian jenis ini yang dipercayai berasal dari Thailand telah didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 17 Jun 1970. Secara purata sebiji durian Kop Kecil mempunyai berat sekitar 2.5 kg dan mempunyai isi sederhana tebal yang berwarna kuning.

8. Durian Chanee (D123)

Antara jenis durian yang berada di kedudukan teratas di Malaysia ialah durian Chanee. Dari segi bentuk, durian ini mempunyai saiz buah yang agak besar dan panjang manakala kulitnya pula berwarna hijau perang dan berduri kasar.

9. Durian Kan Yau (D158)

Durian ini berasal dari Thailand. Nama popularnya ‘Kan Yau’ atau Tangkai Panjang dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987.

Secara umumnya, buah durian jenis ini yang berbentuk bulat bujur, berduri pendek dan mempunyai duri halus bergabung di bahagian keliling tangkai buah memiliki saiz sederhana besar dengan purata berat di antara dua hingga empat kg sebiji.

10. Durian Kampung atau durian asli

Meskipun tidak dapat menandingi populariti durian Musang King dan Udang Merah, durian kampung atau durian asli juga mempunyai peminat tersendiri apabila tiba musim durian. Dari segi harga, durian 
jenis ini paling murah jika dibandingkan dengan yang lain kerana kualitinya tidak dijamin dan bergantung kepada nasib. Ada yang dapat isi manis dan tebal tetapi ada juga yang mendapat isi yang tawar atau pahit sahaja.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/durian-uniknya-si-raja-buah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tau Makan Je Banyak Khasiat Durian Si Raja Buah Ni

Tau Makan Je Banyak Khasiat Durian Si Raja Buah Ni

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 503 hits
DURIAN amat digemari ramai kerana rasanya yang manis dan lazat Di sebalik teksturnya yang lembut dan aromanya yang menggoda si raja buah ini memiliki banyak manfaat bagi kesihatan Berikut antara khasiat buah durian Meningkatkan Imuniti Buah...
Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1159 hits
Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan l Assalamualaikum Ada yang suka minum air jus buah belanada Kalau ada kita geng Ana asal nama durian semua Ana bedal kecuali tempoyak Tapi kalau ikan patin masak tempoyak sejenis yang pantang namp...
Buah Tiga Rasa Laici Rambutan Durian

Buah Tiga Rasa Laici Rambutan Durian

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 2073 hits
Saya mula mengenali buah ini melalui perkongsian ahli grup Facebook terus rasa teringin nak makan Tapi apakan daya jika di negara kita buah ni terdapat banyak di Sarawak Dan ianya buah bermusim bukan sentiasa ada Boleh je kalau saya nak min...
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik

Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 611 hits
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik l Assalamualaikum Sekarang ni kemain meriah wall di Facebook dan feed IG dengan raja buah nan satu ni Memasing berlumba upload gambar durian yang dorang beli Tak tahan godaan Ana pun terjebak Tapi ter...
Buah Pertama Durian Belanda Sudah Masak

Buah Pertama Durian Belanda Sudah Masak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 846 hits
Cabaran berkebun di tanah taman perumahan adalah untuk mendapat hasil tuaian terbaik Tetapi itu semua akan menjadi pengalaman yang amat berguna di masa depan 17 05 2019 sebiji putik durian belanda dikesan ditepi pagar dan hari ini ianya sud...
Buah Durian Kena Kopek Belah Atau Cekah

Buah Durian Kena Kopek Belah Atau Cekah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1357 hits
Setiap tempat ada dialek tersendiri Dalam dialek itu akan ada perkataan yang jauh berbeza dengan maksud dalam bahasa Malaysia standard Di Kelantan contohnya perkataan kopek membawa masa buah dada wanita atau payudara Sedangkan dalam bahasa ...
Tips Dan Cara Memilih Buah Durian Elok Sedap Dan Enak

Tips Dan Cara Memilih Buah Durian Elok Sedap Dan Enak

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 848 hits
Bang durian sekilo berapa Belum apa apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu Diketuk ketuk Kalih pula sebelah lain dia ketuk lagi Terus takik dua kali Sambil selak kulit durian penjual tu tunjuk kat s...
Raja Melayu Payung Negara

Raja Melayu Payung Negara

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 649 hits
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda yang kini kurang menghargai nilai sejarah negara bangsa dan menganggapnya tidak lebih daripada sekadar satu mata pelajaran di sekolah dan bukannya sesuatu yang bernilai dan harus ...
Raja Dihina Apa Sebenarnya Pendirian Ph

Raja Dihina Apa Sebenarnya Pendirian Ph

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 336 hits
11 Julai 2019 7 03 PMPoster sumber Facebook Asyraf Wajdi DusukiSelepas pimpinan DAP menyeru rakyat bersolidariti dengan pesalah jenayah menghina institusi raja raja Melayu kini bakal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyatakan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu