6 Tempat Menarik Di Balik Pulau Bagi Pencinta Alam Semula Jadi




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Balik pulau, satu tempat di Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai daya tarikan yang sangat menarik bagi aku

Bila sebut je Balik Pulau mesti benda yang terlintas kat minda korang adalah Durian..😍😍😍 Durian Black Thorn dia perghhhhh padu


Namun tanpa ku sedari rupanya ada yang lagi ohsem kat Balik pulau ni dan bagi aku tempat ni....perghhh best sangat


Bulan Oktober yang lepas aku bersama rakan media dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara untuk sama² menjelajah keindahan alam semula jadi  (Balik Pulau Nature Exploration) yang sangat awesome di sini



Alhamdulillah cuaca sepanjang aktiviti selama 3 hari 2 Malam itu sangat baik walaupun ada hujan renyai² sedikit.




Kami Berkumpul di Taman Negara Pulau Pinang untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara yang sempoi Encik Ahmad Husni Bin Ahmad Basri
Beliau menerangkan tentang tempat² yang patut diberi tumpuan dan focus utama wajib dilawati di sini




Disamping itu kami juga diberi taklimat ringkas oleh Nature Guide disini mengenai flora dan fauna yang terdapat disini


Apa yang ada di Balik Pulau? haaa itu yang nak cerita ni, berikut adalah 6  Tempat yang sangat awesome korang boleh buat kat Balik Pulau


1. Center for Marine and Coastal Studies (CEMACS) @USM


Dari Taman Negara kami dibawa menaiki bot ke CEMACS, perjalanan kami lebih kurang dalam 20 minit, namun dengan keindahan pemandangan ciptaan tuhan yang sangat indah buatkan tidak terasa seperti 20minit diatas bot




CEMACS  merupakan tempat dimana para saintis dan ahli biologi USM mengkaji hidupan laut yang ada di Pulau Pinang



Korang akan belajar banyak benda baru kat sini, jenis² hidupan laut seperti Obor obor dan yang paling menarik Jenis spesis ikan lumba² yang ada di Pulau Pinang..

woow tak sangka kan...kat Pulau Pinang ada ikan lumba²

aku diberitahu kebanyakan hidupan laut disini memakan sisa buangan manusia ke laut seperti plastik. Dan kebanyakan ikan yang kita makan hari² mengandungi plastik..😮😮😮

So korang tolonglah jangan buang sampah ke dalam laut ok

Memandangkan di Pulau Pinang ni banyak obor obor, maka kami diberitahu supaya membawa cuka sekiranya ingin mandi di Pantai, kerana cuka boleh menghilangkan bisa obor dari merebak

Bagi aku tempat ni sangat bagus untuk murid² sekolah dan kanak² untuk mereka mengenali pelbagai spesis hidupan laut










2. Teluk Kampi Trails

Bagi mereka yang sukakan aktiviti luar, suka berkhemah dan ingin bersatu dengan alam semula jadi, kat sini sangat awesome, korang boleh berkhemah dengan selamat tanpa ada gangguan hidupan liar






Tapak perkhemahan yang bersih dan dilengkapi dengan platform simen untuk korang dirikan khemah, siap ada tempat memasak lagi, cumanya korang kena pergi dengan Nature Guide. Ya lah siap sedia untuk sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini



3. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut.


Bersebelahan dengan Teluk Kampi, Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut ini merupakan tempat dimana Pihak Perhilitan akan mengawasi telur² penyu yang bertelur disini



Kegiatan mencuri telur penyu masih berleluasa dan ianya sangat tidak bermoral, disebabkan itu perlunya ada Pusat sebegini. Ini kerana dalam beribu anak penyu yang netas, cuma dalam 5 ekor saja yang akan berjaya hidup


Disini juga mereka akan merawat penyu yang cedera dan dilepaskan. Penyu jenis Agar merupakan penyu yang paling banyak disini


Satu fakta yang aku belajar kat sini ialah, setiap jantina penyu itu ditentukan oleh tempat si ibu penyu bertelur ingat perkataan magis ini "Hot Girl, Cool Guy"



Bagi penyu Betina yang ingin bertelur, jika dia inginkan anak nya berjantina Jantan, dia akan cari tempat yang teduh seperti di bawah pokok, manakala untuk dapatkan jantina betina, si ibu akan bertelur di kawasan yang bersuhu panas. Menarik bukan, sungguh hebat kuasa Tuhan.

Jadi teranglah istilah " Hot Girls, Cool Guy" . 😊😊😊




Fakta menarik bagi setiap penyu yang bertelur disini, mereka pasti akan kembali betelur lagi di tempat yang sama, ini kerana di minda mereka ada ingatan yang seumpama GPS yang akan set kan lokasi tempat mereka bertelur


4. Tasik Meromiktik
Hanya 10 Minit berjalan kaki dari Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu korang akan sampai ke satu tempat yang bagi aku sangat menakjubkan dan sungguh hebat ciptaan Tuhan, iaitu Tasik Meromiktik



Tasik Meromiktik terjadi pabila air masin dan tawar bergabung, dimana air laut membanjiri ke dalam tasik atau sungai dan korang akan dapat lihat dua warna air yang berbeza



Malangnya oleh kerana kegiatan manusia di Laut Pulau Pinang ini, kini sudah beberapa tahun kejadian tasik Meromiktik ini tidak dapat disaksikan


5. Mangrove Tour Sungai Pinang


Satu aktiviti yang sangat mendamaikan dan menarik dimana korang dapat menyaksikan pelbagai spesis hidupan sepanjang paya bakau, seperti helang siput, bangau, burung Raja Udang, Burung Puchong dan Belacak, Belacak kat sini saiz dia agak besar....amazing






Dan dan.....apa yang paling menakjubkan ialah semasa kami melusuri laut menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan kami dihampiri sekumpulan ikan Lumba lumba....woow rasa macam tak percaya...dapat tengok ikan lumba² secara dekat di habitat mereka.





Memang satu pengalaman manis yang akan tersemat di ingatan, rasa teruja giler....😍😍😍

6. Penang ATV Eco Tour


Bagi korang yang gemarkan aktiviti lasak, di Balik Pulau juga korang boleh mengelilingi kampung dengan memandu ATV





Trek sepanjang 10 Kilometer korang akan dibawa pusing keliling kampung, masuk hutan dan yang paling best korang keliling sawah padi yang menghadiahkan korang dengan pemandangan sawah padi yang indah berlatabelakangkan gunung ganang yang menawan disertakan burung bangau yang putih menawan










Kebiasaan pengunjung akan memilih waktu petang dimana mereka dapat menyaksikan matahari terbenam di kawasan sawah padi


Perkara wajib yang korang kena cuba dan alami nya sendiri, bertuah sungguh warga Balik Pulau....ni yang buat nak duduk Balil Pulau ni.



PENANG ATV ECO TOUR PRICE
NORMAL RATE: MALAYSIAN WITH MYCARDRM100 per ATV for 1 Pax (Single)RM150 per ATV for 2 Pax (Double)
NORMAL RATE :NON LOCAL WITHOUT MYCARD
RM150 per ATV for 1 Pax (Single)RM200 per ATV for 2 Pax (Double)
SUNSET SLOT ADDITIONAL (6PM ride only)
RM50/PER TRIP
MINIMUM BOOKING FOR 1 TRIP IS 2PERSON (FOLLOW BY MARSHAL)
Beralamat : 298, Mukim I, Kampung Perlis, Balil Pulau

Untuk Tempahan:
Sila Hubungi Kami 

+6013-4803866 AYDA (WASAP/CALL)+6019-4621883 ZAKI   (WASAP/CALL)+604-8660284 (9am-6pm)
Facebook: Penang ATV Eco Tour - Balik PulauInstagram: penangatvecotour

Terima Kasih Tourism Malaysia Wilayah Utara untuk program yang sangat bermanfaat ini








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ohsemnow.com/2019/11/5-tempat-menarik-di-balik-pulau-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tempat Wisata Kulon Progo Yang Menarik Dikunjungi

7 Tempat Wisata Kulon Progo Yang Menarik Dikunjungi

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 248 hits
Kulon Progo menjadi salah satu wilayah yang kerap menjadi tujuan wisatawan Berbagai destinasi wisata di Kulon Progo selalu mampu menarik minat para wisatawan
Tempat Menarik Di Penang 22 Senarai Wajib Pergi

Tempat Menarik Di Penang 22 Senarai Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 602 hits
SOURCE appeared first on Tempat Menarik di Penang 22 Senarai WAJIB PERGI tempat menarik di Pulau Pinang Apabila sebut sahaja mengenai Pulau Pinang pastinya teringat Jambatan Pulau Pinang ataupun bangunan Komtar yang menjadi ikon bagi negeri...
5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar Bandaraya Shah Alam

5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar Bandaraya Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 388 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBaru ni aku ada terlibat dengan satu Lawatan Singkat Media FAM trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan Concorde HotelProgram 2 hari 1 malam ini mengeteng...
Tempat Menarik Di Kalangan Pelancong Asing Mesra Muslim Japan

Tempat Menarik Di Kalangan Pelancong Asing Mesra Muslim Japan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 261 hits
Gonpachi Nishi Azabu Gonpachi pada asalnya bermula sebagai KUSHI SOBA Gonpachi pada tahun 2001 kemudian SUSHI Gonpachi dan diikuti oleh TEMPURA Gonpachi yang dapat memuaskan ramai orang dari seluruh dunia dengan masakan Jepun Mereka mempuny...
Jalan Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Jalan Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 474 hits
Jalan Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Alhamdulillah selepas je bercuti dekat Grand Lexis Port Dickson seterusnya zaza dan family kakak ke Melaka pula Memang dah lama zaza teringin jalan Melaka ni sebab last dulu pergi pun ber...
22 Tempat Menarik Di Cameron Highlands

22 Tempat Menarik Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 378 hits
Saya kongsikan maklumat yang saya perolehi dari Facebook Saya mohon maaf tak dapat berikan kredit kepada pemilik asal catatan ini yang berguna Semoga jasa baik pihak yang menulisnya dapat memudahkan semuabyang bercuti ke sini 22 Tempat Mena...
Panduan Bercuti Ke Tempat Menarik Di Beijing Dengan Traveloka

Panduan Bercuti Ke Tempat Menarik Di Beijing Dengan Traveloka

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 256 hits
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Minggu cuti sekolah ni kitorang banyak menonton filem kungfu cina walaupun dah banyak kali tengok Koleksi filem Ip man Kung Fu Hustle dan Fearless lakonan Donnie Yen Stephen Chow dan Jet Li antar...
Lokasi Tempat Makanan Menarik Di Kuala Terengganu

Lokasi Tempat Makanan Menarik Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 514 hits
Salam uolls Mesti uolls ada yang pernah pergi ke Terengganu kan Apa yang membuat uolls pergi bercuti ke sana Bagi Ty memang Ty suka pergi sebab akan bercuti ke pulau dan semestinya nak makan makanan yang serba menarik dan juga asli dari neg...
Harga Bawang Di Pulau Pinang Catat Rm 24 Sekilo

Harga Bawang Di Pulau Pinang Catat Rm 24 Sekilo

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 370 hits
Harga bawang India paling tinggi direkodkan di Pulau Pinang dengan RM24 sekilogram berbanding di negeri lain di seluruh negara Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata berdasarkan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah