5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar Bandaraya Shah Alam


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Baru² ni aku ada terlibat dengan satu Lawatan Singkat Media FAM trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan Concorde Hotel
Program 2 hari 1 malam ini mengetengahkan sisi menyegarkan dan variasi Bandaraya Shah Alam sempena ulangtahun ke-19 yang disambut meriah oleh warga Shah Alam dan sekitar dengan pelbagai acara dan aktiviti yang diatur oleh pihak MBSA



Program  ini bagi aku sangat bagus untuk  mendedahkan kepada orang luar dari kawasan Negeri Selangor tentang Bandaraya Shah Alam yang merupakan sebuah destinasi yang memberi fokus kepada sektor pelancongan berteraskan kesenian dan kebudayaan, dan juga ilmu pengetahuan

Selain itu, program ini diadakan bagi mewar-warkan kepada umum tentang aktiviti-aktiviti berteraskan kesenian, kebudayaan dan sukan yang seringkali disertakan dalam tentatif bulanan yang diatur oleh pihak MBSA, terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti persekolahan; seperti Shah Alam Car Free Day







Bandar Dalam Taman merupakan nama untuk Shah Alam, bandar yang Indah juga penuh dengan budaya dan seni. Berikut adalah lima tempat awesome yang korang wajib lawat kalau ke Shah Alam

1. Selangor International Islamic Arts Complex. (Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor).
Ditubuhkan pada awal tahun 1990, khas untuk kekalkan kekuatan seni islam supaya sentiasa segar

Diuruskan oleh Yayasan Restu, satu badan organisasi yang tidak berasaskan keuntungan yang khas untuk meningkatkankefahaman amalan islam menerusi kesenian islam



Yayasan Restu merupakan badan organisasi pertama kat Malaysia yang hasilkan Al Quran tulisan tangan yang sangat² cantik

Merupakan antara tarikan utama disini, dimana Al Quran itu mempunyai 30 Juzuk dan setiap Negeri mewakili 2 juzuk  punyai rekabentuk berbeza² dan sangat² indah bagi setiap juzuk Al Quran itu mengikut susunan kemasukan Islam di Malaysia

Setiap Lembar Ayat² Al Quran dihiasai dengan tulisan yang mengandungi emas 24K, semua motif berunsurkan flora ( Indah nengikut syariat, memberi manfaat) ianya disimpan didalam Bilik Kebal, dibuka untuk umum dari hari Isnin - Jumaat sahaja, Sabtu Separuh Hari

**Kamera tidak dibenarkan di dalam bilik kebal**
Benda paling menarik kat sini adalah Rehlah Nabawiyah, dimana korang dapat hayati dan pelajari kehidupan dan perjalan Rasulullah dari lahir sehingga lah menjadi Nabi Allah




Terdapat replika rumah Rasulullah ketika lahir, tempat² sepanjang perjalan Nabi, peristiwa² sejarah perang bersama para sahabat dan para pahlawan

Di bahagian luar pameran terdapat replika rumah kediaman Nabi dimana korang boleh bayangkan bagaimana kehidupan Nabi, terdapat juga barang peribadi Rasulullah yang turut dipamerkan disini








Waktu Operasi
Dibuka setiap HariJam 9.30 pagi - 5.30 PetangHubungi : 03 5511 9001 

2. Menara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Blue Mosque)


Merupakan antara Masjid yang sangat cantik bagi aku, juga dikenali sebagai Masjid Biru,Masjid terbesar di Malaysia

Mempunyai Menara yang antara tertinggi dindunia dengan ketinggian 142.3 Meter




Kami sangat bertuah kerana pada hari tu dibawa untuk menaiki menara tersebut dimana ianya belum lagi dibuka untuk umum

Diatas menara hanya boleh dinaiki sebanyak 8 orang sahaja pada suatu masa, sampai sahaja di atas korang akan dapat lihat pemandangan Bandaraya Shah Alam yang sangat cantik. 



Satu pengalaman yang sangat berharga dan seronok, dan Menara ini akan datang dibuka untuk umum

3. Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS)
Pada mula sampai aku ingat ianya hanya Perpustakaan yang biasa, namun tidak sama sekali, langsung meleset



Terletak di Seksyen 13 Shah Alam, kawasan yang agak tenang, mempunyai  4  tingkat dan dilengkapi kawasan parking bertingkat serta punyai perkhidmatan Buggy bagi pengunjung dari kawasan parkir ke perpustakaan




Disini kanak² bebas untuk membuat aktiviti yang mereka suka, ada kawasan khas untuk mereka

Terdapat bilik perbincangan khas yang boleh digunakan untuk golongan bekerjaya adakan mesyuarat mahupun perbentangan

Di kawasan Ground Flow ada ruang santai (Edutainment) yang langsung tidak menempatkan buku, yang paling menarik pengunjung boleh rasai keunikan Game Interaktif 6D disini dan yang terkini terdapat Live Sketch Book  yang bagi aku sangat menarik yang hanya ada disini



Disini pengunjung juga disediakan dengan kemudahan komputer berinternet dengan kadar yang sangat berpatutan bagi memudahkan para pelajar

Terdapat ruang yang ditaja  Menteri Besar Incorporated (MBI) iaitu I-station dimana khas untuk pengguna diajar untuk belajar Coding Apps untuk Aplikasi I Phone menggunakan I Mac, tempat sangat terhad

Bagi aku perpustakaan ni perghhh best gila...memang hari² datang sini, syabas Tuanku Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor kerana telah berjaya re-branding jadi sebuah One Stop Center yang sangat² bagus




Waktu PerkhidmatanPustaka Raja Tun Uda, Shah AlamIsnin - *10.00 pagi - 7.00 malamSelasa - Jumaat - 9.30 pagi - 7.00 malam
Sabtu - Ahad - 9.30 pagi - 9.00 malam(kecuali bagi Zon Kreatif / BahagianKanak-kanak sehingga pukul 7malam) Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas


4. Gallery Shah AlamBagi peminat seni lukisan pastinya tempat ni jadi tumpuan korang, disini menempatkan hasil lukisan karya seni dari anak tempatan dan juga luar negara, bagi ada yang berkenan di hati boleh saja korang membelinya





Waktu OperasiIsnin Jumaat :08.30 pagi - 05.30 petang(Ditutup pada setiap Sabtu & Ahad kecuali jika ada pameran lukisan daripada pelukis tempatan dan luar negara)Alamat
Galeri Shah Alam,Seksyen 14,40000 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-5510 5344Faks : 03-5513 8513

5. Kebun Komuniti Shah Alam
Satu tempat yang sangat bermanfaat bagi penduduk sekitar, dengan keluasan 2.4 ekar, kebun Komuniti disini sangat cantik dan teratur


Satu Projek dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dibawah Program Bandar Manpan untuk penduduk setempat becucuk tanam, sambil beriadah dan mengeratkan silaturahim di bawah rintisan talian TNB, di Kolam Tadahan, Jalan 8/3, Seksyen 8


Disini semua diuruskan oleh penduduk setempat untuk mereka menanam pelbagai jenis sayuran, pihak MBSA akan menyediakan kemudahan dari segi Biji Benih, kelengkapan berkebun, pemasangan saliran air dan juga baja

Pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran ditanam antaranya sawi, bayam, kangkung, cili, terung, bendi, timun, tomato, peria, kacang botol, jagung, ubi keledek, ubi kayu, lengkuas, kunyit dan lemon








Semua hasil tanaman yang sudah dituai akan diberikan kepada ahli dan penduduk setempat, jika ada lebihan maka hasil itu boleh dijual

Peranan penduduk sekitar terhadap Kebun Komuniti adalah memastikan tanaman diselenggara dengan baik dan sentiasa disiram mengikut waktu, menggembur serta membaja tanah, membersihkan rumpai selain memastikan kawalan penyakit juga serangga perosak dikawal secara semulajadi







“Penduduk perlu memastikan plot atau batas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur, merumpai atau mencabut rumput di batas tanaman serta memastikan kebun tidak diserahkan atau ditukar milik mahupun dijual kepada pihak luar

Kesemua aktiviti yang diaturkan tidak akan lengkap tanpa penginapan oleh Concorde Hotel Shah Alam






Hotel bertarah 4 Bintang yang dilengkapi bilik yang luas serta katil yang sangat selesa, dilengkapi dengan perkhidmatan buggy untuk kaum lelaki ke Masjid pada Hari Jumaat


Suasana Hotel yang mewah yang dilengkapi Spa, Gymnasium, dan Kolam renang, betul² terletak di pusat Bandar Shah Alam, memang sangat mudah bagi korang nak bersiar² di kawasan berhampiran

Untuk tempahan dan maklumat, boleh rujuk seperti dibawah
Concorde Hotel Shah Alam3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, MalaysiaTel: +603 5520 8000 Fax: +603 5520 8001Email: [email protected]

Akhir kata, bagi aku Selangor ni walaupun maju pesat dengan pembangunan, tetapi masih banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi

Jutaan Terima kasih buat Tourism Selangor dan MBSA atas anjuran Program FAM trip yang sangat best walaupun dekat





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ohsemnow.com/2019/11/5-tempat-awesome-wajib-lawat-sekitar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tempat Menarik Di Balik Pulau Bagi Pencinta Alam Semula Jadi

6 Tempat Menarik Di Balik Pulau Bagi Pencinta Alam Semula Jadi

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 329 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBalik pulau satu tempat di Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai daya tarikan yang sangat menarik bagi aku Bila sebut je Balik Pulau mesti benda yang terlintas kat minda korang adalah Durian Durian Black T...
Repeat Makan Di Saudagar Kambing Bakar Shah Alam Jom Tengok Menu Baru

Repeat Makan Di Saudagar Kambing Bakar Shah Alam Jom Tengok Menu Baru

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 910 hits
Repeat Makan di Saudagar Kambing Bakar Shah Alam Jom Tengok Menu Baru Setelah 2 minggu craving Kambing Krispy makan kami pun Repeat Makan di Saudagar Kambing Bakar Shah Alam hari Sabtu lepas Boleh baca pengalaman pertama makan kat sini di e...
Zv Beauty Kembara Kbba9 Ke Ghost Museum Magic World Ice Cafe Dan Entopia Antara Tempat Awesome Kat Penang

Zv Beauty Kembara Kbba9 Ke Ghost Museum Magic World Ice Cafe Dan Entopia Antara Tempat Awesome Kat Penang

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 495 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraLast weekend aku dan Ponder KBBA bersama rakan blogger Jalan ke Pulau Pinang 3 hari 2 malam kat penang sememangnya tak cukup sebab banyak tempat yang sangat menarik yang memang wajib kena pergi Walaupun J...
Jawatan Kosong Projek Lintasan Shah Alam

Jawatan Kosong Projek Lintasan Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 574 hits
Jawatan Kosong Projek Lintasan Shah Alam kerja kosong membuka peluang pekerjaan di Projek Lintasan Shah Alam yang kini dibuka untuk orang ramai dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa mengisi kekosongan ini...
Yee Sang Halal Chinese New Year 2020 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Yee Sang Halal Chinese New Year 2020 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 782 hits
YEE SANG HALAL CHINESE NEW YEAR 2020 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM Lagi beberapa minggu nak sambut Tahun Baru Cina Acara wajib bila tibanya CNY ini ialah makan besar Makan besar CNY bersama menu wajib YEE SANG Mummy memang penggemar Yee...
Jamuan Makan Besar Cny2020 Yang Lazat Dan Meriah Hanya Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Jamuan Makan Besar Cny2020 Yang Lazat Dan Meriah Hanya Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 592 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Sekejap je rasa kita baru sambut Tahun Baru 2020 dan kini tidak lama lagi Tahun Baru Cina pula bakal menjelma wah seronok cuti lagi heheheBagi yang balik ke kampung tu moga semuanya dimudahkan urusan dan...
Nikmati Hidangan Barat Tempatan Dan Asia Di Kedai Makan Fei Dan Ali Seksyen 9 Shah Alam

Nikmati Hidangan Barat Tempatan Dan Asia Di Kedai Makan Fei Dan Ali Seksyen 9 Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 376 hits
Kedai Makan Fei Dan Ali Section 9 Shah Alam Mama ni asyik makan sedap aje Ehh haruslah selagi mama boleh makan mama makan lah nanti kalau dah tak boleh makan sekurangnya mama tak lah ralat mana sebab mama dah merasa The post appeared first ...
Ya Betul Saya Disekat Pak Ya Amp Ropie Sahkan Dilarang Buat Persembahan Di Shah Alam

Ya Betul Saya Disekat Pak Ya Amp Ropie Sahkan Dilarang Buat Persembahan Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 526 hits
Ramai yang tertanya tanya ke mana pergi pelawak Ilya Buang selepas dia dilihat tidak bersama ahli kumpulan Sepahtu yang lain dalam siaran Sepahtu Reunion Live Ada yang mendakwa pelawak itu dihalang daripada membuat rakaman program Sepahtu R...
Tempat Menarik Di Penang 22 Senarai Wajib Pergi

Tempat Menarik Di Penang 22 Senarai Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 594 hits
SOURCE appeared first on Tempat Menarik di Penang 22 Senarai WAJIB PERGI tempat menarik di Pulau Pinang Apabila sebut sahaja mengenai Pulau Pinang pastinya teringat Jambatan Pulau Pinang ataupun bangunan Komtar yang menjadi ikon bagi negeri...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah