6 Petua Cara Atasi Loya Ketika Hamil



Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Oh, betapa sayangnya suami kepada isteri, sampai sanggup berkongsi kesakitan. Barulah dikatakan susah senang bersama. Setuju


APA ITU MABUK HAMIL?
Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, mari kita lihat definisi mabuk hamil atau morning sickness terlebih dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut


BERAPA LAMA TEMPOH MABUK HAMIL?
Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan vitamin B6 dalam diet

Morning sickness biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas sembilan minggu kehamilan, berjumpa dengan doktor anda


BERAPA LAMAKAH MABUK HAMIL AKAN BERPANJANGAN?
Seperti diberitahu, rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari Kementerian Kesihatan ini menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya


CARA MENGATASI MABUK HAMIL
1. JUMPA DOKTOR DAHULUPertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya

Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang

2. HIDU BAU LIMAUKebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang

3. MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAKSalah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah

4. ELAKKAN PERUT KOSONGAnda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong

5. MINUM TEH HALIABagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Ok

6. MAKAN VITAMINCuba ambil Vitamin B6 jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil

Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi mabuk hamil tersebut. Semoga petua hilangkan mabuk hamil ini dapat membantu serba sedikit

Sumber : SirapLimau

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wanfaizumi.blogspot.com/2020/07/6-petua-cara-atasi-loya-ketika-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kalau Ada Peluang Ambilah Masa Buat Semua Ni Ketika Isteri Hamil Masa Tak Boleh Patah Balik

Suami Kalau Ada Peluang Ambilah Masa Buat Semua Ni Ketika Isteri Hamil Masa Tak Boleh Patah Balik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 417 hits
Wanita lebih sensitif semasa sedang hamil Ini kerana perubahan dalam hormon mereka membuatkan mereka kadangkala berkelakuan tidak rasional Semasa hamil ibu perlu menanggung kesakitan kerap berjumpa doktor dan juga sering keletihan Justeru i...
Cara Solat Ketika Baring

Cara Solat Ketika Baring

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 370 hits
SOALAN Ohmedia yakin ramai di antara kita tahu orang yang berada dalam keadaan sakit dan sukar untuk solat walaupun dalam keadaan duduk masih boleh melakukan solat dalam keadaan baring Jadi bagaimanakah cara untuk solat dalam keadaan baring...
Petua Rumahtangga Bahagia Mengikut Cara Orang Dulu Dulu

Petua Rumahtangga Bahagia Mengikut Cara Orang Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 346 hits
Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya Adakala bahagia muncul dan adakala ditimpa taufan yang mendatang Ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam menguruskan hal rumahtangga yang dibina Petua Rumahtangga Bahagia Mengikut Cara Orang...
Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 333 hits
Kehilangan orang tersayang diibarat seperti hilang separuh jiwa dan raga Paling terkesan pada pasangan sehidup dan semati Tidak kurang juga perasaan kehilangan itu turut dirasai oleh rakan dan sahabat yang rapat Siapa yang tidak sedih denga...
Petua Dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali Terseliuh

Petua Dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali Terseliuh

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 396 hits
Petua dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali TerseliuhPetua dan Cara Merawat Rawatan Masalah Buku Lali Terseliuh Merawat terseliuh buku lali dengan betul boleh mencegah daripada sakit kronik Merawat sendi pergelangan kaki dengan betul j...
Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 411 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Cara Angkat Tangan Ketika Takbir

Cara Angkat Tangan Ketika Takbir

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 330 hits
Bagaimana cara angkat tangan ketika takbir dalam solat Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ada soalan berkenaan angkat tangan waktu ucap tak...
Wanita Diberitahu Hidap Kans3r Tahap 4 Ketika Hamil 8 Bulan Nota Rayuan Kepada Doktor Und4ng H1ba

Wanita Diberitahu Hidap Kans3r Tahap 4 Ketika Hamil 8 Bulan Nota Rayuan Kepada Doktor Und4ng H1ba

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 296 hits
PEMERGIAN ibu kepada dua anak selepas hampir dua bulan bert4rung ny4wa mel4wan peny4kit kans3r payud4ra bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga tetapi juga rakan rapatnya Turut bersedih dengan pemergian Noor Athirah Mohd Ariff 24 adalah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities