Bersama pemilik gerai Kampung KambingKalau korang nak tau, medan selera ni baru je di buka pada bulan Julai tahun 2018. Yang menariknya dekat sini adalah kemudahan tempat letak kenderaan yang luas. Ada juga disediakan perkhidmatan surau di tingkat atas. Jadi, kalau korang datang sini bolehlah tunaikan kewajipan yang wajib tu. Surau yang luas terletak di tingkat atas Medan Selera ini.
Recommended menuOkeh, gerai makan yang Juju nak suggestkan dekat korang ni adalah Kampung Kambing. Ada pelbagai makanan panas-panas yang terdapat di sini. Tapi kalau korang tak makan kambing pun ada juga makanan lain. Okeh jom kita tengok menu utama yang ada dekat gerai ni.
Nasi goreng kampung kambing grillCuba korang bayangkan kambing yang di grill bersama dengan limpahan sos blackpepper di gabungkan bersama dengan nasi goreng kampung yang pedas beserta ikan bilis yang rangup. Fuh, memang makan tak jeling kiri kanan dah.
Nasi goreng paprik kambingUntuk nasi goreng ini, nasi dia berwarna merah melambangkan yang nasi ni memang pedas. Tambah pula Juju memang suka nasi goreng warna macam ni. Lepas tu kita kan biasa sangt jumpa paprik ayam atau paprik daging je kan. Ha dekat sini korang boleh rasa sendiri paprik kambing dia.
Nasi goreng kampung kambing timbusOkeh, untuk nasi goreng ni, mesti korang tertanya macam mana dia timbus kambing tu kan. Hehe... Sebenarnya nasi ni ada gear box 2 ketul dalam nasi. Yang ditimbus tu ha dagingnya di sebelah bawah. Jadi korang memang boleh nampak ada gear box dalam nasi ni.
Sup gearbox kambingKorang wajib cuba tau sup gear box dekat sini. Rasa isi dalam tulang tu memang melt in your mouth kekdahnya. Fuhhhhh, sampai sekarang terigau-igau keenakkan gear box dekat sini. Rasa sup dengan kambing tu sendiri memang mesra betul.
Nasi goreng kampung petaiSo, tak semestinya semua makanan dekat sini ada lauk kambing. Ada juga yang takde. Korang bolehlah cuba nasi goreng kampung petai ni. Siap ada petai extra lagi dekat atas nasi ni tau. Petainya pula besar-besar okeh. Bukan petai yang kecil tu.
Nasi goreng tomyamNasi goreng tomyum dekat sini dihidangkan bersama udang dan juga sotong. Rasa masam dan pedas tomyam tu memang padu sungguh. Tapi memang serius Juju cakap. Rasa dia tak sama dengan kedai-kedai yang pernah Juju order nasi goreng tomyam ni.
Menu lain yang ada di gerai ini
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |