6 Lelaki Belasah Pemandu Bas Ekspres Didenda Rm2 000


6 lelaki belasah pemandu bas ekspres didenda RM2,000


Padah membelasah seorang pemandu bas ekspres di R&R Gambang arah timur minggu lalu, enam lelaki dijatuhkan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan selepas kesemua mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut

Tertuduh Ahmad Mohamad Noor, 44, Muhammad Isamrudin Dollah, 34, Shahrizan Mohd Sham, 36, Haire Dollah, 40, Ahmad Kamaruddin Mohamad Noor, 41, dan Mohd Hapis Sukri Dollah, 36, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah. 
Berdasarkan pertuduhan, enam tertuduh dengan tujuan bersama mendatangkan kecederaan ke atas mangsa, Mohd Saifullakmal Abdul Rasid, 32, pada jam 1.30 pagi 24 Disember di kawasan tempat letak kereta R&R Gambang. 
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Inspektor P Prabu. 
Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun meminta mahkamah mengenakn hukuman denda dalam jumlah yang minimum atas alasan mereka bergaji rendah dan mempunyai keluarga untuk ditanggung. 
Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 kepada setiap tertuduh. Jika tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan, mereka boleh dikenakan dua bulan penjara. 
Sementara itu, dalam prosiding sama, pemandu bas ekspres, Mohd Saifullakmal mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan memukul dua pekerja di gerai di R&R Gambang. 
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan majistret. 
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Saifullakmal didakwa sengaja mencederakan Mohamad Irwan Shah Azman, 17, dengan memukul belakang leher mangsa. 
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa sengaja mencederakan Shahril Helmi Mohd Radzuan, 17, dengan mencekik mangsa pada masa dan tempat yang sama

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 
Tertuduh bagaimanapun merayu agar mahkamah mengurangkan jumlah jaminannya yang ditawarkan kepadanya oleh pihak pendakwaan sebanyak RM5,000 kerana perlu menanggung tiga anak dan isterinya yang tidak bekerja. 
Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang dikenakan dengan seorang penjamin. Kes disebut semula pada 14 Januari depan. 
Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/6-lelaki-belasah-pemandu-bas-ekspres.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Bas Ekspres Dibelasah Lima Lelaki Di R R Gambang

Pemandu Bas Ekspres Dibelasah Lima Lelaki Di R R Gambang

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 586 hits
KUANTAN Seorang pemandu bas ekspres dipukul sekumpulan lima lelaki di Kawasan Rehat Rawat Gambang arah timur dipercayai kerana salah faham Video kejadian kira kira jam 1 30 pagi semalam itu tular sejak malam tadi Video berdurasi 1 minit 49 ...
Tujuh Direman Kerana Belasah Pemandu Bas Di R R Gambang

Tujuh Direman Kerana Belasah Pemandu Bas Di R R Gambang

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 356 hits
SHAHRULANOOR ISHAK 26 Disember 2018 2 03 PM KUANTAN Tujuh lelaki berusia 32 hingga 44 tahun dikenakan perintah reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi mem
Pemandu Bas Ekspres Enggan Bayar Penuh Harga Nasi Lemak Dan Mengasari Pelayan Gerai

Pemandu Bas Ekspres Enggan Bayar Penuh Harga Nasi Lemak Dan Mengasari Pelayan Gerai

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 427 hits
Polis mengesahkan pertengkaran di antara pemandu bas ekspres dengan pelayan gerai makanan di kawasan Rehat dan Rawat Gambang arah timur di Kuantan kelmarin adalah berpunca dari pemandu bas terbabit yang enggan membayar penuh harga nasi lema...
Sabarlah Babi Saksi Dakwa Pelayan Kedai Biadab Punca Pemandu Bas Dibelasah 5 Samseng Di R R Gambang

Sabarlah Babi Saksi Dakwa Pelayan Kedai Biadab Punca Pemandu Bas Dibelasah 5 Samseng Di R R Gambang

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 1081 hits
Viral video di media sosial menunjukkan seorang pemandu bas ekpres dibelasah sekumpulan lelaki di Kawasan Rehat dan Rawat Gambang arah timur di Kuantan lapor Harian Metro Dalam kejadian jam 1 30 pagi itu dikatakan berpunca dari salah faham ...
Punca Sebenar Kenapa 6 Orang Lelaki Ini Tibai Seorang Pemandu Bas Ekspress Akhirnya Dibongkarkan Sungguh Memalukan

Punca Sebenar Kenapa 6 Orang Lelaki Ini Tibai Seorang Pemandu Bas Ekspress Akhirnya Dibongkarkan Sungguh Memalukan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 363 hits
POLIS mengesahkan tindakan pemandu bas ekspres yang tidak mahu membayar penuh nasi lemak yang dibeli menjadi punca pertengkarannya dengan pelayan gerai sebelum berlaku pergaduhan di kawasan Rehat Rawat Gambang arah timur di Kuantan kelmarin...
Pemandu Bas Dipukul Kerana Salah Faham

Pemandu Bas Dipukul Kerana Salah Faham

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 482 hits
KUANTAN Seorang pemandu bas ekspres dipukul sekumpulan lima lelaki di Kawasan Rehat Rawat Gambang arah timur dipercayai kerana salah faham Video kejadian kira kira jam 1 30 pagi semalam itu tular sejak malam tadi Loading Video berdurasi 1 m...
Separuh Rakyat M Sia Gaji Bawah Rm2 000 Sebulan

Separuh Rakyat M Sia Gaji Bawah Rm2 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 734 hits
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan satu kenyataan yang menyedihkan mengenai kadar pendapatan rendah yang diperoleh separuh daripada rakyat Malaysia di seluruh negara Menurut laporan gaji penengah yang diterima sebanyak 10 16 ju...
Muhammad Sajjad Didenda Rm2 700

Muhammad Sajjad Didenda Rm2 700

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 310 hits
Ahli perniagaan kontroversi Nur Sajat didenda RM2 700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga kesalahan membabitkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 tiga tahun lalu Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan Nur Sajat atau nama...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik