6 Ketua Pkr Negeri Isytihar Sokongan Kepada Anwar



(FMT) – Di sebalik konflik dalaman yang berlaku melibatkan pucuk pimpinan pusat PKR, hari ini beberapa ketua PKR negeri menandatangani surat sokongan kepada presiden parti, Anwar Ibrahim.
Koodinator Majlis Pengerusi-Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN), Johari Abdul turut mendakwa semua 14 ketua negeri itu akan menandatangani sokongan kepada Anwar.
Katanya, sehingga kini, 6 ketua negeri menandatangani melibatkan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan, manakala baki 8 lagi dijangka akan melakukannya di Port Dikcson malam ini, termasuk orang kuat timbalan presiden, Aminudin Sharin menerusi satu perjumpaan tertutup dengan Anwar.
Beliau turut memaklumkan, Aminudin juga dimaklumlan perkara ini.
“Berapai ramai yang akan tandatangan kita tengok petang ini menerusi perjumpaan di PD, dan kita akan muat naik menerusi laman rasmi PKR. Kita juga telah maklum kepada dia (Aminuddin) tapi belum respon, lagi 2, 3 pemimpin juga belum respon.
“Kami menyokong penuh presiden parti. Kami juga menyokong usaha presiden parti membangunkan parti dan menjadikan PKR parti yang kuat.
“Kami berdiri teguh dibelakang presiden menghadapi cabaran jika ada pihak mahu melemahkan parti,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini sambil memaklumkan MPN baru sahaja ditubuhakn hari ini dan telah mengadakan mesyuarat pertama.
Johari turut memaklumkan, penubuhan MPN tiada kaitan dengan masalah dalaman parti yang berlaku di peringkat atasan melibatkan kumpulan pro Anwar dan juga pro Azmin.
“Fokus kami untuk menjaga kebajikan rakyat peringkat bawah ini,” katanya.
Bulan madu sudah tamat
Dalam perkembangan sama, Johari berkata tempoh bulan madu sudah berakhir dan kini pemimpin PKR perlu membantu rakyat dan menunaikan manifesto yang masih belum terlaksana.
Menurutnya, beliau memahami keadaan di mana PKR sudah lama menjadi pembangkang dan perlu melakukan beberapa penyelarasan ketika menjadi kerajaan.
“Namun sekarang dah lebih setahun dan saya rasa tempoh bulan madu sudah berakhir. Tolong dengar suara kami kerana kami tahu rakyat perlu dibantu.
“Kita tidak kata diabaikan tapi tidak berikan perhatian sepenuhnya.
“Kami tahu pemimpin atasan mungkin sibuk tapi kami lebih rapat dengan rakyat. Sebab itu penubuhan majlis pengerusi ini sangat penting,” katanya MPN akan menjadi orang tengah antara negeri dan pentadbir Putrajaya.

Berikut senarai MPN:
Perak: Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
Negeri Sembilan: Aminuddin Harun
Kedah:Johari Abdul
Pulau Pinang: Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Sabah: Christina Liew Chin Jin
Sarawak: Baru Bian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Zahir Hassan
Melaka: Halim Bachik
Johor: Hassan Abdul Karim
Terengganu: Azan Ismail
Pahang: Fuziah Salleh
Perlis: Amran Kamarudin
Selangor: Amirudin Shaari
Kelantan: Mohamad Suparadi
Dua hari lalu Anwar berkata beliau menyokong gesaan supaya Azmin bercuti atau meletak jawatan sekiranya kesahihan video seks sejenis yang dikaitkan dengan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz terbukti.
“Pada awalnya, saya katakan Azmin tidak perlu bercuti kerana ia peluru tembakan rambang. Sekarang ini perdana menteri sudah beri kenyataan baru bahawa terpulang kepada Azmin sendiri.
“Sekiranya video itu sahih, maka sepatutnya dia meletakkan jawatan, tetapi kita masih tidak dapat pengesahan,” katanya.
Menyusuli kenyataan Anwar, sekumpulan pemimpin kanan PKR mempersoalkan tindakan Anwar yang disifatkan “memecah belah kesatuan parti”.
“Justeru berdasarkan penafian tegas YB Timbalan Presiden, Mohamed Azmin berkaitan hal ini, presiden sewajarnya mempertahankan timbalan presiden demi memelihara muafakat utuh PKR dan tidak sama sekali cuba mengusir kedudukan timbalan presiden dalam kerajaan tanpa sebarang asas yang kukuh,” kata kenyataan ditandatangani 27 pemimpin PKR, termasuk naib presiden, ahli Majlis Pimpinan Pusat dan ahli Parlimen.
Antara mereka termasuk Zuraida Kamarudin, Xavier Jayakumar, Tian Chua, Amirudin Shari, Saifuddin Abdullah, Sivarasa Rasiah dan Maria Chin Abdullah.
Turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah naib presiden Ali Biju, ketua Wanita PKR Haniza Talha, timbalan setiausaha agung Dr Santhara, Rashid Hasnon, Elizabeth Wong, Rahimah Majid, Zakaria Abdul Hamid, Dr Mansor Othman, Kamaruddin Jaafar, Azmizam Zaman Huri, Gan Pei Nei, Hee Loy Sian, Lee Kai Loon, Baru Bian, Steven Chong, Jonathan Yasin dan Willy Mongin.
27 pimpinan PKR juga berkata Anwar sepatutnya memberikan kepimpinan yang jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan Azmin.
Pimpinan PKR itu juga hairan dengan meminta Anwar menyorot kembali saat ketika ahli PKR teguh mempertahankan beliau daripada fitnah jahat yang menggunakan fitnah dan video seks sebagai alat politik biarpun disahkankan tulen pada 2011.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/07/19/6-ketua-pkr-negeri-isytihar-sokongan-kepada-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Pemimpin Pkr Negeri Belum Tanda Tangan Dokumen Sokong Anwar

3 Pemimpin Pkr Negeri Belum Tanda Tangan Dokumen Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 309 hits
PORT DICKSON Tiga orang pemimpin negeri belum menandatangani dokumen yang mengistiharkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Mereka merupakan pengerusi PKR Johor Selangor dan Sarawak Pengerusi PKR Kedah Johari Abdul berkata mereka te...
Azmin Absent From Pkr Retreat Again Despite Anwar S Overtures

Azmin Absent From Pkr Retreat Again Despite Anwar S Overtures

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 355 hits
PKR deputy president Azmin Ali was a no show at the PKR leadership retreat at Port Dickson tonight Sources present at the retreat said Azmin did not turn up for a scheduled speech he was supposed to give This despite PKR president Anwar Ibr...
Sabah Pkr Stand By Anwar Don T Wantonly Issue Statements

Sabah Pkr Stand By Anwar Don T Wantonly Issue Statements

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 306 hits
Sabah PKR chief Datuk Christina Liew today called on party leaders not to wantonly issue statements on the crisis facing the party but instead stand by party president Anwar Ibrahim to resolve it Liew who is also Sabah Deputy Chief Minister...
Pkr Tidak Setuju Hassan Karim Letak Jawatan Anwar

Pkr Tidak Setuju Hassan Karim Letak Jawatan Anwar

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 382 hits
PORT DICKSON Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak bersetuju Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor Hassan Karim melepaskan jawatannya Anwar berkata parti tidak boleh menerima alasan Ahli Parlimen Pasir Gudang i...
Stand By Anwar To Resolve Party Crisis Says Sabah Pkr Chief

Stand By Anwar To Resolve Party Crisis Says Sabah Pkr Chief

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 274 hits
Christina Liew says Sabah PKR fully supports Anwar Ibrahim s efforts to bring back party solidarity KOTA KINABALU Sabah PKR chief Christina Liew called on the party s leaders not to wantonly issue statements on the crisis facing the party b...
Anwar Wins Support Of Johor Pkr Leadership

Anwar Wins Support Of Johor Pkr Leadership

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 319 hits
JOHOR BAHRU Members of the PKR State Leadership Council today pledged their full and unconditional support for party president Anwar Ibrahim to continue leading the party The leaders who comprise members of Parliament state assemblymen divi...
Pkr Tetap Beri Sokongan Padu Kepada Tun M

Pkr Tetap Beri Sokongan Padu Kepada Tun M

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 254 hits
PORT DICKSON Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sejak awal penubuhan Pakatan Harapan sehingga penubuhan kerajaan dan kini tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Anwar be...
Pkr Johor Sokong Anwar

Pkr Johor Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 392 hits
JOHOR BAHRU 20 Julai Ahli Ahli Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Johor menyatakan ikrar taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim Ikrar tersebut dinyatakan dalam kenyataan media ...
120 Pemimpin Pkr Teguh Di Belakang Anwar

120 Pemimpin Pkr Teguh Di Belakang Anwar

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 427 hits
Selepas berkumpul dan bermukim di kawasan peranginan Port Dickson selama tiga hari sejak Jumaat lalu kepemimpinan PKR menyatakan sokongan penuh mereka kepada Anwar Ibrahim sebagai presiden parti Dalam resolusi yang dikeluarkan hari ini mere...
Dilema Malaysia Berapa Lama Dasar Beralah Boleh Mengekalkan Kesatupaduan Persekutuan

Cabinet Discusses Reactions To Minimum Wage Epf Proposals

Monkeys Canopy Resort

Hiburan Saya Tak Ganggu Siasatan Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1mdb Dan Src

Aeon Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Sains Di Hujung Jari Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku

Guan Eng Malukan Umno Di Dewan Rakyat

Permohonan Maaf Bukti Bossku Diperdaya Kata Umno


echo '';
Biodata Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Isteri Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Perkahwinan Diraja

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 Versi Malaysia Autumn In My Heart Slot Akasia TV3

5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia


Miskin Di Usia Tua Realiti Yang Membuka Mata

Singgah Di Yala Thailand

Itulah Islam 1 Yahya Sinwar Syahid 1000 Muncul Ganti Mampuslah Israel As

Gildcoustic Jare Tresno Chord

Pudar Gazza Rindu Serindu Rindunya Chord

Jumpa Kami Di Sini