6 Jenis Pengguna Facebook Masa Kini


Aku perasan sekarang ni lain dah cara orang guna facebook. Kalau dulu lebih kepada nak share moment dengan kawan atau sebagai tempat luah perasaan. Ataupun lebih kepada share gambar dengan kawan-kawan untuk update aktiviti seharian. Tapi sekarang dah kurang post-post macam ni.

Digiday.comMungkin sebab terlalu ramai orang tua yang dah main facebook menyebabkan orang muda rasa kurang privasi kat facebook. Kebanyakannya dah pergi ke twitter atau instagram. Pada aku bagus jugak la, sebab takde la keluar kat newsfeed fb orang meroyan tak tentu pasal lagi.

Sekarang ni orang lebih banyak guna facebook untuk dapat info dan berita semasa. Lebih kepada gunakan fb untuk share info dengan orang ramai

So bila dah jadi macam ni, pengguna facebook dah jadi beberapa golongan. Bawah ni antara 6 Jenis Pengguna Facebook yang biasa lepak kat media sosial ni:
1) Peminat penulisan panjang.
Penulisan panjang ni kira macam artikel dalam blog jugak la. Ada yang menulis untuk share pendapat dia, tips, dan isu semasa. Aku antara orang yang gunakan facebook untuk baca benda-benda macam ni. Biasa aku memang akan follow orang-orang macam ni sebab banyak tips dan ilmu boleh dapat. Dari segi pendidikan, isu semasa, pengalaman, perubatan, cerita luar negara, travelling semua ada kat fb ni. Biasa memang aku follow je. Malas nak friend sebab tak pernah jumpa. 
Antara fb individu yang aku rasa menarik untuk di follow:- Harith Faisal (kewangan/hartanah)- Azizul Azli Ahmad (hartanah/kewangan)- Mohd Fadli Salleh (Pendidikan/pengalaman)- Khairul Hakimin Muhammad (tips menulis fb/pengalaman/resepi)- Jaapar Jaaman (isu semasa)-agak kasar sikit- Khairul Ezuwan (hartanah/kewangan)- Yazid Zul (lecturer/cerita/pengalaman)- Ayman Rashdan Wong (isu luar negara)- Ilzanno Sharky (perubatan/pengalaman/cerita)- Najmi Farisham (cerita dari Mekah/Madinah)- Akhi Fairuz Al-Jengkawi (kesedaran pendidikan seks)- Putra Nubhan (isu semasa/politik/pengalaman)- Taufiq Razif (family/parenting)- Firdaus Mokhtar (relationship/agama/pengalaman)- Syafieqah A'lya (kewangan)- Nur Aliah Mohd Nor (kewangan)- Deanne Chee (agama/pengalaman)- Zamir Mohyedin (sains)- Hafiz Aiman (relationship)- Ummi Wafa (pendidikan/general)- Izzuddin Yusof (isu semasa)- Muhammad Hassan (family/general)- Aimir Ma'rof (perubatan)
Haa banyak la pulak aku listkan. Haha.. korang search sendiri la ya. Nanti aku rajin baru aku letakkan link kat nama-nama tu

2) Peminat video ilmiah
Bagi orang-orang yang tak berapa rajin nak membaca biasanya lebih suka content macam ni. Lebih ringan dan lebih santai tanpa perlu habiskan masa yang lama untuk membaca. Content video ilimah ni contohnya macam ML Studio. Tinggal dengar kejap dalam 5-6 minit je kita dah boleh dapat sedikit ilmu daripada speaker ML Studio ni. 
3) Peminat screenshot twitter
Biasanya page-page besar yang banyak share screenshot twitter ni. Content macam ni lebih ramai orang suka baca berbanding penulisan panjang dalam satu post. Sebabnya? Pada aku sebab orang ramai lebih tertarik dengan gambar. Walaupun ianya hanya sekadar screenshot sahaja, tapi sebab dia bergambar jadi senang nak hadam. Tapi kalau cerita dari twitter ni orang kata tak boleh percaya sangat. Betul ke

4) Peminat memes/bahan lawak
Kadang-kadang orang buka facebook sebab nak cari bahan lawak je. Nak hiburkan hati sendiri. Contoh page yang banyak share bahan lawak atau memes ni macam page lawak hambar, MGAG, Gags Malaysia dan beberapa lagi page besar lain

5) Peminat short story
Short story ni kadang ada yang lawak dan ada yang serius. Tapi biasanya short story ni lebih ramai orang minat sebab ianya pendek dan tak ambil masa lama untuk habiskan. So ramai orang akan suka tengok content macam ni. Contoh page yang banyak share short story macam Kokom, MTAS Production dan beberapa production team lain

6) Peminat komik
Disebabkan komik adalah bergambar dan dialog tak panjang sangat, ramai yang suka content macam ni sebab ringan dan senang faham. Kadang- kadang hanya kartun tanpa dialog pun orang dah boleh faham. Contoh content berbentuk komik yang aku follow adalah Buasir Otak: The Komik

...............................................

Jadi, ni antara jenis-jenis pengguna yang main facebook masa kini. Kalau korang ada pandangan lain dan rasa nak tambah, boleh share kat komen. Ini sekadar pandangan peribadi aku sahaja

Takpun, kalau korang ada follow individu yang share benda-benda menarik kat facebook pun boleh la share kat komen. Aku nak follow jugak. Haha.

Salam



Baca lagi:Apa nak buat kalau terjatuh cinta dengan bos sendiri?Gaji sikit macam mana nak cukup?Istikharah CintaKenapa perempuan sibuk nak ada income sendiri? Perlu ke?Salah guna media sosialMengaku intovert dah jadi trend





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://caspositif.blogspot.com/2019/07/6-jenis-pengguna-facebook-masa-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengguna Youtube Kedua Tertinggi Di Dunia Selepas Facebook

Pengguna Youtube Kedua Tertinggi Di Dunia Selepas Facebook

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 316 hits
Ini statistik interaktif dari Influencer Marketing Hub 7 7 billion populasi manusia dicatatkan pada April 2019 Ianya meningkat dengan 21 8 juta tahun ini Ada 4 3 billion pengguna internet pada March 2019 lebih dari setengah adalah dari Asia...
Facebook Marketing Kini Lebih Mudah Dengan Software Auto Post Tolongla Post Satu Klik Untuk Fb Timeline Page Dan Groups

Facebook Marketing Kini Lebih Mudah Dengan Software Auto Post Tolongla Post Satu Klik Untuk Fb Timeline Page Dan Groups

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 685 hits
Khas kepada peniaga online yang menggunakan media sosial fb sebagai tempat jualan onlineSekarang anda boleh melakukan online marketing anda dengan lebih mudah dan berjadual kesemua platform anda di FB hanya dengan sekali klik sahaja Tugas a...
Grabrewards Kini Hadir Dengan Sistem Mata Ganjaran Membolehkan Pengguna Menebus Pelbagai Hadiah Menarik

Grabrewards Kini Hadir Dengan Sistem Mata Ganjaran Membolehkan Pengguna Menebus Pelbagai Hadiah Menarik

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 338 hits
Baru baru ini Grab telah mengumumkan peningkatan kepada program GrabRewards untuk menawarkan lebih banyak keseronokan fleksibiliti dan pemilihan yang lebih besar Selaras dengan komitmennya untuk menyediakan pengguna Grab dengan lebih banyak...
Facebook Didenda Rm20 6 Bilion Kerana Penyalahgunaan Data Pengguna Oleh Ftc

Facebook Didenda Rm20 6 Bilion Kerana Penyalahgunaan Data Pengguna Oleh Ftc

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 290 hits
Antara berita terbesar dunia teknologi pada tahun 2018 ialah Sebanyak 50 juta data akaun pengguna Facebook telah dikumpulkan tanpa kebenaran dan seterusnya digunakan untuk sasaran pengiklanan pilihanraya presiden Amerika Syarikat 2016 Ini m...
Mulai Kini Facebook Akan Semak Fakta Berita Malaysia

Mulai Kini Facebook Akan Semak Fakta Berita Malaysia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 282 hits
Mulai sekarang penerbit berita di Malaysia perlu berhati hati apabila menyiarkan artikel dalam Facebook susulan pelancaran program semakan fakta pihak ketiga baru baru ini oleh platform sosial itu dengan kerjasama Agence France Presse Progr...
Erra Fazira Akui Tiada Jodoh Bersama Shahir Kini Bawa Haluan Masing Masing

Erra Fazira Akui Tiada Jodoh Bersama Shahir Kini Bawa Haluan Masing Masing

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 389 hits
Mungkin ramai yang sedia maklum dengan hubungan intim penyanyi dan pelakon Erra Fazira bersama penyanyi Shahir Zawawi selama empat tahun BACA Nampaknya jodoh mereka tidak sampai ke jinjang pelamin apabila Erra mengakui yang mereka berdua su...
Xiaomi Mi 9t Kepantasan Kini Lebih Berpatutan

Xiaomi Mi 9t Kepantasan Kini Lebih Berpatutan

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 186 hits
Xiaomi Mi 9T merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Xiaomi yang telah ditawarkan untuk pasaran tempatan Ia turut dikenali dengan nama Redmi K20 hadir dengan sejumlah ciri ciri menarik dan sokongan rakaman gambar yang cantik Pa...
Awas Siber Buli Kini Anda Disekat

Awas Siber Buli Kini Anda Disekat

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 436 hits
Aplikasi Instagram baru baru ini telah memperkenalkan 2 ciri baru yang mana diharap dapat mengatasi masalah buli dalam laman sosial berkenaan Ciri baru ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan yang akan berfungsi dengan memaklumkan k...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn