6 Himpunan Resepi Donut Gebu Lembut Dan Mudah


Assalamualaikum wbt,
6 Himpunan Resepi Donut Gebu, Lembut Dan Mudah (Guna Tangan Saja) | Bila duduk rumah macam ini, pasti mulut anak-anak nak sentiasa berisi. Ibu pening fikir, kuih apakah lagi yang boleh dibuat dengan kuantiti yang banyak dan boleh menghilangkan rasa lapar anak-anak. Di samping itu, boleh ajak anak-anak membuat bulatan donut sekali. Kan?



Di sini mommy kongsikan 6 resepi membuat donut gebu gebas pelbagai cara dan sukatan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah dan senang di dapati. Boleh kita makan donut yang gebu setiap hari.
6 Himpunan Resepi Donut Gebu Dan Lazat Yang Penting Mudah
#1 - Resepi Donut Gebu Ala Kampung (Hamidah)Resepi Donut Gebu Ala KampungBahan-Bahan:Tepung gandum cap ros 500g*Telur sebiji*Marjerin 3 sudu*Garam secubit*yis/mauripan ¹/² shj -gula 2 sudu -susu pekat 4 sudu -air biasa 4 cawan -



Cara-Cara:Masukkan yang bertanda (-) dalam jug masukkan air suam, biarkan 20-25 minit sehingga kembang/berbuih.Sekalikan yang bertanda (*) dalam satu bekas, gaul hingga sebati
Selepas yis mengembang/berbuih masukkan ke dalam tepung tadi, masukkan air biasa sedikit-sedikit, uli hingga menjadi doh
Perapkan 20 minit guna penutup yang ada kain/ tdung periuk boleh
Selepas 20 minit boleh bentukkan guna acuan donut dan biar mengembang lagi.Kemudian boleh goreng
#2 - Resepi Donut Gebu Tanpa Uli (Resepi Mama)Resepi Donut Gebu Tanpa UliBahan-Bahan: (sukatan ni saya dapat 18-20biji/doh 25gram)Bahan A: Gaulkan sebati
2 cawan tepung*2sb majerin*2sb susu pekat*Bahan B: Biarkan sampai naik macam gunung berapi
1 cawan air suam1paket yis1sb gulaCara-Cara:
Masukkan Bahan B dalam adunan tepung, kalau lembik biarkan je, tapi jangan lembik sanga, agak-agak lekat sikit-sikit kat tangan tu je, tutup biarkan sejam.Lepas sejam, saya amik timbang 25gram 1 doh, buat bentuk, biarkan lagi 30minit. Sudah boleh goreng .#3 - Resepi Donut Gebu Tanpa Perap (Sadagar Jewelry)Resepi Donut Gebu Tanpa PerapBahan-Bahan: (Hasilkan 130 biji donut)2kg tepung gandum1 1/4 gayung air1 sudu cina garam diratakan2 sudu cina gula diratakan3 sudu cina yis diratakan1 sudu makan baking powder1 senduk nasi marjerin (penuhkan)Cara-Cara:Masukkan semua bahan dalam besen besar, gaul rata semua bahan sehingga menjadi serbuk roti.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi sekata. Gaulkan doh sehingga lembik, biarkan ia melekat pada besen dan tangan, ini adalah doh terbaik.Pastikan oles tapak tangan dgn minyak masak sebelum bahagikan adunan donut. Ini bagi mengelakkan adunan doh yang sangat lembik tadi dari melekat pada tangan. Genggam sedikit doh dan picit keluar melalui lubang antara ibu jari dan jari telunjuk. Jika anda baru melakukan proses ini, size doh mungkin tidak sekata. Bila sudah berulang kali melakukannya, InsyAllah anda akan rasa senang melakukannya dan size doh akan sekata (sama besar). Ulangi sampai habis.Susun secara bejarak dalam loyang besar. Ini kerana adunan akan kembang 3 kali ganda dengan sekejapnya.Ketika minyak sudah panas (guna api perlahan), gunakan hujung jari dan cucuk tengah-tengah doh kemudian tarik perlahan angkat dari loyang.Kemudian tarik menggunakan 2 jari untuk renggangkan sedikit lubang di tengah donut.Perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Masukkan dlm minyak panas dengan cara gelongsorkan doh dari tepi kuali. Ini bagi mengelakkan minyak dari terpercik. Utamakan keselamatan.Masukkan cukup-cukup penuh permukaan minyak sahaja. Ini bagi memastikan donut masak dengan sekata. Bila habis sahaja proses memasukkan donut, cepat-cepat ambil sudip goreng dan terbalikkan donut. Ini bertujuan bagi memastikan permukaan donut yang tidak rata pada bahagian bawah sempat untuk halus.Goreng sampai warna donut bertukar keemasan. Tidak perlu goreng lama. Memadai 2-3 minit bagi mengelakkan donut keras kerana lama di goreng. Paling penting di sini, api kena perlahan.Sambil2 menggoreng, blend gula pasir untuk di jadikan salutan donut. Cara saya ini cara paling jimat dan mudah. Terpulang kehendak anda. Boleh juga beli siap gula aising sekiranya ingin memudahkan kerja anda.Tuang gula yang siap di blend dalam bekas besar yang bertutup.Tuang donut yang siap di goreng dan tutup bekas. Goncang bekas bagi memastikan gula tersalut rata pada donut yang gebu.Tekstur dalaman donut gebu. Spongy, ringan dan lembut. Makan sebiji memang tak cukup.#4 - Resepi Donut Gebu Gebas (Ila Najwa)Resepi Donut Gebu GebasBahan-Bahan:5 cawan tepung gandum3 sudu besar marjerin1 Peket yis mauripan*1 cawan air suam*3 sudu besar susu pekat Sedikit garam


Cara-Cara:Satukan yang bertanda * ke dalam jug. Masukkan 3 sudu besar susu pekat dan sedikit garam. Kacau menggunakan sudu plastik dan biarkan selama 20-30 minit. Biarkan sehingga ia menjadi seperti lava gunung berapi.Masukkan 5 cawan gandum ke dalam besen atau bekas untuk menguli, masukkan pula 3 sudu marjerin. Gaulkan sehingga menjadi serbuk roti.Tuangkan adunan yis tadi ke dalam bekas gandum yang sudah menjadi serbuk roti. Gaulkan sehingga adunan sebati.Dah siap gaul, masukkan 3/4  cawan air biasa. Uli sehingga sebati, jika rasa tepung tadi lembik, biarkan sahaja, jangan tambah tepung. Kalau rasa melekat kat tangan lagi just basuh jer tangan tu dan uli lagi.Biar tangan tu macam basah2 sikit. Uli sehingga doh cantik elok.Biarkan doh tadi selama 30 minit dibawah bekas yang bertutup sehingga adunan tadi naik sekali ganda.Tekap menggunakan penekap donut yang bersaiz besar. Biasanya dapat 20 biji.Goreng dengan minyak yang betul-betul panas dengan api yang perlahan.golek2 kan dlm gula yg dh dimesin hancur.#5 - Resepi Donut Gebu Gebas (Kekda)Resepi Donut Gebu GebasDONUT KAMPUNG GEBU (Cara Kekda)Bahan-Bahan:Tepung Gandum 400gYis 1/2 Paket2 sudu besar Gula1 sudu kecil Garam1 1/2 sudu Mentega (cook & baked punya)Air Suam
Cara-Cara:Sukat tepung gandum sebanyak 400gram. Letakkan didalam besen bersama gula 2 sudu, garam 1 sudu kecil & mentega 1 sudu setengah.Sediakan air suam separuh cawan bersama 1 sudu gula untuk rendam yis & aktifkan yis. Biarkan sekejap sekitar 10-15 minit sehingga yis aktif & elok kembang melimpah. Pastikan air suam tau bukan air panas or sejuk nanti yis tu tak menjadi atau mati. Dalam bekas adunan tepung dan bahan-bahan lain tadi, buat bulatan ditengah2 dan curahkan yis yg dh melimpah tadi tu.Uli sehingga sebati & sehingga doh tidak lagi melekat di tangan. Sukatan air kena pepandai adjust jangan terlalu banyak. Biasanya air rendaman yis tadi dah cukup elok dah. Kalau doh nampak lembek / kering sangat, adjust kuantiti air tadi okey.Uli uli uli dan uli sehingga jadi sado. Taklahh uli lah setakat mampu jangan sampai tersalah urat tangan pulak. Kekda tadi uli sekejap je haaa. Dalam 10minit je kot.Rehatkan doh sekejap bagi kembang. (sekitar 15-20minit)Agak-agak doh dah kembang, tumbuk2 kasi keluar angin sekejap, picit2 halus pun bisaa. Asal keluar angin tu.Bulat-bulatkan doh kepada size donut yang korang nak. Kekda buat sedang-sedang tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. 400g doh tadi Kekda dapat dalam 20 biji donut.Rehatkan sekejap (5-10minit) , bagi dia naik sikit.Then setiap doh yg dah dibulatkan tu, cucuk jari di tengah2 tu dan bentukkan bentuk donut. Kekda buat pakai tangan jaa, xdak acuan nak buat donut jadi bulat elok. Tapi pakai tangan pun okey jaaaa, jadik bulat gak.Lepastu bolehlaaa goreng sehingga keperangan. Agak-agak dah perang bolehlerrr angkat, tos sekejap then salutlah dengan gula.Dah siap ! Makan panas-panas memang sedap. Oh ya ! Gula tu Kekda xde gula yg halus tu , so Kekda blend je gula kasar yg biasa tu then salut donut. Kalo ada Nutella ka, Strawberry ka apa2 ka pun boleh jee nak taruk. Sedap jugak!Sebelum lupa, kalo nal frozenkan, goreng sekejap ja, goreng kilas Kekda panggil, then angkat, toskan, sejukkan sekejap, boleh taruk frozen. Boleh buat makan petang.#6 - Resepi Donut Gebu Guna Pelembut Roti Buat Sendiri (Azlina Ina Fans) Resepi Donut Gebu Guna Pelembut Roti Buat SendiriBahan-Bahan:Bahan A:Bahan2 A1cawan air2sb tepung gandumSatukan dan masak atas api perlahan smpai pekat. Biakan sejuk.Bahan B:1/2 cawan air suam1peket mauripan 11g2sb gula2sb butter atau majerin( xdak tibai ja minyak)Satukan semua kacau dan biar berbuih tutup permukaan cawan


Bahan C:Tepung gandum 4 cawanSusu tepung 1/2 cawan ni kalau ada tiada abaikanSedikit garamGaul kan semua1 biji telur
Cara-Cara:Lubangkan tengah-tengah dia letak 1 biji telur dan bahan B dan 2 sb bahan A (bahan pelembut doh), kemudian gaul rata.Selepas itu dah boleh tambah sedikit air sambil uli dengan tangan.Ok stop tambah air bila dah jadi doh mcaam tak lekat dan licin. Uli dalam 10 mnt je macam tu lah. So tutupkan dengan tuala basah biarkan 30 minit bagi dia naik. Kemudian tumbuk bagi keluar angin dan bentukkan.Panaskan minyak dan slowkan sedikit api masukkan donut tadi. Ok dah garing terbalikkan.Kemudian gaulkan dengan gula halus, boleh makan.Selamat mencuba.

Baca : Resepi Donut Big Apple



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.vitaminwawa.com/2020/03/6-himpunan-resepi-donut-gebu-lembut-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Roti Manis Paling Mudah Yang Lembut Dan Gebu Perkongsian Dari Dyahlarvin

Resepi Roti Manis Paling Mudah Yang Lembut Dan Gebu Perkongsian Dari Dyahlarvin

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 1693 hits
Anak anak saya suka roti dan memang setiap hari makan roti Walaupun dia jarang makan nasik tapi bila kerap makan roti tak de lah saya risau sangat Cuma nak mendapatkan roti yang kena dengan selera dia tu susah sikit Tapi dia memang suka kal...
Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba

Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 709 hits
Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba Kek dan biskut memang ramai orang suka Lagi lagi golongan kanak kanak Dulu masa baru mula berjinak dengan dunia masakan memang tak pernah terfikir yang resepi kek ni mudah Pada masa t...
Resepi Lempeng Lembut Gebu

Resepi Lempeng Lembut Gebu

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 645 hits
Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam Terus laju kopek bawang cili api sikit dengan ikan bilis tumbuk lumat Jadila nasi goreng power ciptaan sendiri Untuk lempeng kadang orang...
Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah Lembut Amp Sedap Guna Nasi Lebih Je

Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah Lembut Amp Sedap Guna Nasi Lebih Je

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 748 hits
Kadang kadang tu buntu juga nak masak apa untuk sarapan Naik jemu makan roti canai dan nasi lemak setiap hari kan Sesekali pekena lempeng cicah sambal atau kari pun seronok juga Boleh buat guna lebihan nasi semalam je Taklah membazir Sesuai...
Resepi Kek Mudah Dan Ringkas Kek Gebu Gebas Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang

Resepi Kek Mudah Dan Ringkas Kek Gebu Gebas Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 853 hits
Sesekali adakalanya aku ada buat kek mudah dan ringkas untuk juadah minum petang Kek mudah dan ringkas ini walau hanya beberapa bahan tapi menjadi kek gebu gebas cantik rupanya Kek enak di buat juadah minum petang seisi keluarga tu Di petan...
6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat

6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 913 hits
Assalamualaikum wbt 6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat Resepi durian crepe adalah menjadi fenomena suatu masa dulu ia merupakan satu hidangan pencuci mulut yang sangat lazat untuk dinikmati seisi keluarga Ada orang lebih m...
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 574 hits
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali masuk bulan puasa mesti buntu nak masak apa Setelah berpuasa seharian mestilah kalau nak menu buka puasa yang mudah Kalau masak menu nasi pun mesti na...
Resepi Viral Singgang Ikan Covid 19 Mudah Buat Sekali Hadap Mungkin 3 Pinggan Nanti

Resepi Viral Singgang Ikan Covid 19 Mudah Buat Sekali Hadap Mungkin 3 Pinggan Nanti

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 346 hits
Maksud Singgang Maksud Singgang ialah masakan yang direbus dan digarami sahaja Tanpa ada santan Jadi menu singgang ikan adalah satu menu yang sihat untuk kita nikmati sekarang ini Tetapi awas dan berhati hati kerana ia akan bert
Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap Ala Kula Cakes

Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap Ala Kula Cakes

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 701 hits
Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap PKP ni memang buat ramai orang menjadi tukang masak chef pastri yang hebat buat keluarga Apa yang pasti bila anak anak semua berkumpul idea memasak tu mencurah curah keluar dan hubby dan ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11