6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat


Assalamualaikum wbt,
6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat | Resepi durian crepe adalah menjadi fenomena suatu masa dulu, ia merupakan satu hidangan pencuci mulut yang sangat lazat untuk dinikmati seisi keluarga. Ada orang lebih menjurus untuk membeli dan makan durian crepe yang telah siap. Namun begitu, ia tidak memberi kepuasan kerana tidak cukup jika dibeli dengan kuantiti yang sedikit. Jadi, apa kata anda cuba pula membuatnya sendiri dengan mencuba resepi-resepi dibawah. Tahukah anda bahawa membuat durian crepe amatlah mudah dan senang.


6 Resepi Durian Crepe Sedap dan LazatJadi, kali ini mommy berkongsi pula dengan anda himpunan 6 resepi durian crepe untuk anda cuba di rumah.
#1 - Resepi Durian Crepe (Resepi Mama)Resepi Durian Crepe
Bahan Bahan:4 tbs tepung gandum4 tbs tepung ubi2 tbs tepung jagong2 tbs tepung kastard2 biji telur ¨C saya guna telur saiz B2 tbs minyak/butter dicairkan- saya guna minyak masak je2 tbs gula halus1 cawan susu segar3 tbs airsecubit garampewarna kuningperasa durian
Cara Buat Durian Crepe Sedap Dan Simple:Cara Membuat Kulit Crepe:Satukan semua jenis tepung dan ayak dalam satu bekas.Lepas tu campurkan dengan semua bahan lain. Kacau hingga hingga sebati.Tapis dan letakkan pewarna.Sediakan kuali nonstik untuk membuat crepe, panaskan dan sapukan kuali dengan minyak.Apabila kuali sudah panas, angkat dan masukan 1 senduk adunan ke pan.Ratakan adunan crepe dengan cara digoyang-goyangkan.Letakkan sebentar pan di atas api, lalu angkat apabila crepe sudah masak.Ulangi langkah membuat crepe ni hingga habis adunan.
Cara Membuat Filling Kastard Durian Crepe:Satukan tepung kastard kemudian ayak dalam satu bekas, pastu masukkan gula, 2 biji telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati.Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla, Kacau rata.Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup baru tutup api.Biarkan ia sejuk, masukan isi durian yang dah dihancurkan ke filling kastard, simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.
Cara Membuat Filling Whipping Cream:Sediakan bekas yang bersih dan kering, masukan 200 ml Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga kental. Jadi warna putih gebu
Cara Melipat Durian Crepe:Letakkan sekeping crepe di atas piring.Letakkan filling Whipping Cream ke atas kulit crepe tadi sebagai lapisan filling pertama.Kemudian letakkan filling kastard da nisi durian tadi di atas filling Whipping Cream sebagai lapisan filling ke dua.Lipat secara cermat seperti kita melipat sampul surat, buat sehingga habis.Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin.
#2 - Resepi kek durian crepe/mille (Murni Rahmat)Resepi Kek Durian CrepeBahan-bahan:2 cawan+sesudu penuh tepung gandum2 cawan santan2 cawan air1 sudu gulaPewarna makanan-kuning la cantik3 biji telur gred A-kalau kecil tambah lg 1GaramSetengah cawan minyak jagung/kelapaSeulas durian/perisa durian
Cara-Cara:Kisar semua bahan lebih kurang 5 minit,tapis dan biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih dah tiada.Panaskan kuali yang tidak melekat, sapu minyak masak dengan tisu.Tuang sesenduk bancuhan dan lenggang2kan kuali sampai dapat bentuk bulat. Mesti buat nipis2 ye. Kalau tak nanti tak jadi crepe, jadi lempeng durian.Api mesti kecil. Kalau api besar nanti crepe tu akan berlubang2 halus.Bahagian atas yang tak kena api tu akan jadi bahagian kulit luar ye.Crepe ini tak perlu dibalikkan sewaktu masak diatas kuali.Masak dalam 2 minit sudah cukup.Api wajib kecil, kalau boleh, masa bancuhan sentuh kuali, bunyi dia slowww je. Kalau bunyi kuat, confirm tebal.hihi
Resepi inti:Krim- yang non dairyIsi durianSusu pekat manis
Cara-Cara:Gaulkan isi durian dengan susu, tiada sukatan,kalau suka manis boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati-akan jadi macam paste/jem.Pukul krim yang sejuk sampai gebu.Cara Buat Durian Crepe:Sudukan atas crepeTambah isi durianBungkus mcm nk buat popia. 
#3 - Resepi Durian Crepe (Tahrunnisah Jali)Resepi Durian Crepe
Bahan-Bahan: Kulit/Crepe (18-20 keping)1 sudu besar tepung gandum1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung ubi kayu1 sudu besar tepung ubi kentang1 sudu besar tepung kastard1 1/2 sudu besar tepung hong kongSedikit garam2 sudu besar gula icing2 biji telur saiz B1 sudu besar minyak jagung3/4 cawan air (210ml)1/2 cawan susu segar (130ml)Sedikit esen vanilaBeberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)



Bahan Untuk Filling Kastard + Durian:
2 sudu besar gula20 gm tepung kastard250 ml susu segar2 biji kuning telurIsi durian yang dihancurkanFilling Whipping Cream500gm whipping cream2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)Cara-Cara:
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis.Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.
Cara Buat Filling Kastard + Durian:Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur, dan susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag.Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.
Cara Buat Filling Whipping Cream:Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream tawar. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.
Cara Untuk “membantalkan durian crepe”:Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan. 
#4 – Resepi Durian Crepe Rasa Macam Ais Cream (Yatie Zuhdi)Resepi Durian Crepe Rasa Macam Ais CreamBahan-Bahan:6sb tepung gandum6sb tepung ubi3sb tepung jagung2sb tepung kastard2biji telur+ 2biji telurkuning saja1cawan susu cair (suam)2cawan airSecubit garam1sk pewarna kuning2sb minyak1sk creamy vanila/esen vanila2sb gula
*kacau semua bahan-bahan ini sekali . Sampai tak berketul . Lepas tu tapis . Ok siap. Panaskan pan, kemudian lenggang-lenggangkan.
Bahan-Bahan Filling:2cawan Whipping cream non dairy5sb aiskrim vanila1cawan whipping cream3sb susu
*mixer ja semua sekali sampai gebu
#5 – Resepi Durian Crepe (Kak Azlita)Resepi Durian CrepeBahan-Bahan:250 gm tepung gandum3 biji telur500 ml santan1/2 sudu teh garam1 sudu teh pewarna kuning / hijau
Cara-Cara Buat Kulit Crepe:Satukan semua bahan di atas di dalam bekasKacau rataMasukkan dalam blender dan kisarKemudian tapisSediakan kuali leper (tidak melekat) untuk membuat crepePanaskan hingga kuali benar-benar panasSapukan sedikit minyak pada kuali, kemudian kecilkan apiTuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepeAdunan tak perlu di balikkanBila permukaan atasnya dah kering terus angkat. Buat sehingga habisBiarkan sejuk
Bahan-Bahan Untuk Isi Durian Crepe (Filling):1 cawan Non dairy Whipping CreamIsi durian secukupnya
 Cara-Cara:
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kentalPisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikitCara Buat / Lipat Durian Crepe:
Bentangkan 1 keping crepeLetakkan Whipping Cream di tengahnyaLetakkan isi durianTutupkan semula dengan Whipping CreamLipatlah crepe sekreatif mungkinKemudian simpan dalam peti ais sebentar dan bila sudah sejuk, anda bedal dulu 2,3 biji – sebab sedap sangat, tidak sanggup untuk berkongsi!


#6 – Resepi Durian Crepe (Azlina Ina Fan)Resepi Durian Crepe Nipis Dan KilatBahan-Bahan untuk crepe:3 sb tepung gandum3 sb tepung ubi1 1/2 sb tepung jagung1 sb tepung custard1/2 cawan susu segar bagi suam3/4 cawan air paip1 sk pewarne kuning lemon1 biji telur semua dan 1 bijik lg kuning sahaja(so dua)Sedikit garam dan esen vanila1 sb gule halus1 sb minyak*Ok whisk kan semua dan tapis

Bahan-Bahan untuk Isi Crepe:Isi durian asli yang telah dileraikan dari biji1 cawan Whipping cream jenis non dairy (putar sampai jadi gebu putih, kemudian asingkan letak dalam peti ais)
Cara-Cara :Panaskan pan, bila dah panas angkat pan jangan tuang masa die dekat api nanti permukaan dia tidak berkilat kadang-kadang ada gelembung2 udara so angkat jauh kan dr api tuang adunan dan lenggang kan. Pan tu goyang-goyang sedikit ok dah rata letak atas dapur tadi dan biar ada gelembung2 pd crepe maksudnya sudah masak dan tebalikkan terus atas pingganCara melipat bahagian yang tak kilat (huduh sikit) kat dalam. Letakkan isi crepe, kemudian lipat atas bawah dan kiri kanan seperti lipat kain. Kemudian, susun cantik-cantik.Masuk peti beku 30 mnt dan potong, ready untuk dimakan.Semoga berjaya





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.vitaminwawa.com/2020/03/6-himpunan-resepi-durian-crepe-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 630 hits
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali masuk bulan puasa mesti buntu nak masak apa Setelah berpuasa seharian mestilah kalau nak menu buka puasa yang mudah Kalau masak menu nasi pun mesti na...
Resepi Mudah Dan Sedap Buat Telur Bungkus Telur Bistik Di Rumah

Resepi Mudah Dan Sedap Buat Telur Bungkus Telur Bistik Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 832 hits
As Salam Resepi Mudah Dan Sedap Buat Telur Bungkus Telur Bistik Di Rumah Alhamdulillah Hari Ke 5 kita di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Saya pernah beritahu sebelum ini yang bagi saya dok dalam rumah diam diam tu seben...
8 Resepi Kuih Tradisional Mudah Dibuat Dan Sedap Di Makan

8 Resepi Kuih Tradisional Mudah Dibuat Dan Sedap Di Makan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1048 hits
Assalamualaikum wbt 8 Resepi Kuih Tradisional Mudah Dibuat Dan Sedap Di Makan Di waktu yang meruncing ini ramai yang update di mukabuku alami kebosanan apabila tidak lagi boleh keluar seperti biasa Ramai juga yang gemar makan kuih muih trad...
Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sahaja Mudah Dan Sedap

Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sahaja Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 445 hits
Marilah sama2 Kita berdoa agar kerajaan Malaysia berjaya menangani covid 19 di negara Kita Tempoh PKP pun dah dilanjutkan sehingga 14 4 marilah sama2 kita support Dan beri kerjasama Ni Mama nak share Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sah...
Resepi Laksa Kuah Lemak Mudah Dan Sedap Di Kala Keboringan Ketika Covid19 Menyerang Seluruh Negara

Resepi Laksa Kuah Lemak Mudah Dan Sedap Di Kala Keboringan Ketika Covid19 Menyerang Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 789 hits
Ha tudiaaa panjang tanjuk blog kali hahaha Harini kak bee nak share resepi Laksa Kuah Lemak Ada kawan kak bee tanya rasa macam mana Rasa dia macam laksa siam cuma laksa siam kena ada daun limau purut serai halia dan lengkuas tapi resepi kak...
8 Resepi Kek Mudah Sedap Masak Guna Periuk Nasi

8 Resepi Kek Mudah Sedap Masak Guna Periuk Nasi

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 816 hits
8 Resepi Kek Mudah Sedap Masak Guna Periuk Nasi Boleh ke buat kek guna periuk nasi Jawapannya boleh Mungkin ramai yang tak sangka periuk nasi biasapun mampu untuk membakar sebiji kek tapi itulah kenyataannya Dengan bantuan rice cooker tak a...
Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah Lembut Amp Sedap Guna Nasi Lebih Je

Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah Lembut Amp Sedap Guna Nasi Lebih Je

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 802 hits
Kadang kadang tu buntu juga nak masak apa untuk sarapan Naik jemu makan roti canai dan nasi lemak setiap hari kan Sesekali pekena lempeng cicah sambal atau kari pun seronok juga Boleh buat guna lebihan nasi semalam je Taklah membazir Sesuai...
Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Puri Yang Sedap Dan Mengelembung Elok

Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Puri Yang Sedap Dan Mengelembung Elok

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 699 hits
As Salam Resepi dan Cara Mudah Buat Roti Puri Yang Sedap Dan Mengelembung Elok Syukur Dapat Cuti Sekolah extra tahun ni Walaupun kena kuarantin dok dalam umah tak boleh keluar tanpa urusan penting sebagai wanita bekerjaya dok dalam umah mem...
Resepi Mudah Sedap Lontong Goreng Bayam Brazil

Resepi Mudah Sedap Lontong Goreng Bayam Brazil

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 459 hits
assalamualaikum salam sejahtera di hari raya ketupat adalah salah satu juadah yg mesti ada di atas meja baik di hari raya Aidilfitri mahupun Aidil adha kan di makan bersama kuah kacang rendang ayam kari itik masak merah ayam pendek kata sem...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam