6 Disabit Bersalah Bunuh Kevin Morais Mohon Rayuan Dipercepat


V AnbalaganEnam lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais meminta untuk
mempercepatkan rayuan mereka. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Peguam yang mewakili 6 lelaki yang baru-baru ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh timbalan pendakwa raya, Kevin Morais pada 2015, berusaha untuk mempercepatkan rayuan mereka.
Peguam N Sivananthan, yang mewakili bekas doktor tentera R Kunaseegaran berkata, beliau menulis surat kepada pendaftar Mahkamah Rayuan supaya mengarahkan hakim perbicaraan memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin.
“Kami hanya boleh memfailkan petisyen rayuan selepas membaca alasan penghakiman,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, beliau mahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk menyediakan rekod rayuan yang merangkumi nota keterangan dan ekshibit.
“Mahkamah Rayuan hanya boleh menetapkan tarikh perbicaraan untuk mendengar rayuan selepas dokumen berkenaan disatukan.”
Kunaseegaran, bersama-sama R Dinishwaran, AK Thinesh Kumar, M Vishwanath, S Nimalan dan S Ravi Chandaran disabitkan bersalah membunuh Morais pada 4 Sept 2015 di Subang Jaya.
Mereka ditahan sejak September 2015 kerana jaminan tidak benarkan bagi kes bunuh.
Hakim Azman Abdullah memutuskan pihak pendakwaan membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah bahawa 6 terbabit membunuh Morais ketika mangsa dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya Sentul di sini ke No. 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya.
Peguam Sheelan Arjunan yang mewakili 5 individu lain berkata, Mahkamah Rayuan menetapkan pengurusan kes pada 19 November.
Beliau berkata, klien mengarahkannya untuk memfailkan permohonan rayuan dengan segera mengikut Peraturan 22 Mahkamah Rayuan.
Peraturan itu menyebut presiden Mahkamah Rayuan boleh mempercepatkan rayuan jika berpuas hati kes tersebut memerlukan perbicaraan segera.
“Rayuan ini perlu didengar dengan segera kerana ia telah diklasifikasikan sebagai kes kepentingan umum,” kata Sheelan.
Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi pada Januari 2016, dengan 70 saksi memberi keterangan di peringkat pendakwaan.
Timbalan pendakwa raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pendakwaan.
Saiful berkata, perbicaraan berlangsung sekitar 4 tahun setengah kerana banyak penangguhan oleh pihak pembelaan, pertukaran peguam dan penangguhan fail permohonan interlokutori.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/6-disabit-bersalah-bunuh-kevin-morais.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Fitnah Dan Manipulasi Kes Bunuh Kevin Morais Untuk Kefahaman Penyokong Ph Yang Lemah Berfikir

Penjelasan Fitnah Dan Manipulasi Kes Bunuh Kevin Morais Untuk Kefahaman Penyokong Ph Yang Lemah Berfikir

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 661 hits
Ini isu Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB lalu sumbatkan mayat dia dalam tong simen lalu pen drive adalah bukti kukuh Nama Najib ramai yang kenal Nama mendiang Kevin Morais yang dibunuh ...
6 Ke Tali Gantung Kerana Bunuh Kevin Morais

6 Ke Tali Gantung Kerana Bunuh Kevin Morais

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 656 hits
Semua tertuduh disabitkan kesalahan membunuh Morais pada 4 September 2015
Adik Kevin Morais Syukur Kematian Abang Terbela Pakar Patalogi Amp 5 Lelaki Dihukum Mati

Adik Kevin Morais Syukur Kematian Abang Terbela Pakar Patalogi Amp 5 Lelaki Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 725 hits
Selepas hampir lima tahun kematian tragis Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit enam lelaki dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya itu Hakim Datuk ...
Sarawak Report S Informer Was Not Kevin Morais But Jessica Kaur

Sarawak Report S Informer Was Not Kevin Morais But Jessica Kaur

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 909 hits
Jae Senn Now that the whole Kevin Morais murder case has finally concluded with death sentences for those involved it s time to revisit some of the lies and misconceptions that have been raised in previous years But I still can t name names...
Najib Vs Kevin Morais Susah Kerana Mereka Penipu Bersiri

Najib Vs Kevin Morais Susah Kerana Mereka Penipu Bersiri

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 342 hits
Ini isu Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB lalu sumbatkan mayat dia dalam tong simen lalu pen drive adalah bukti kukuh Nama Najib ramai yang kenal Nama mendiang Kevin Morais yang dibunuh ...
Six To Hang For Murder Of Kevin Morais

Six To Hang For Murder Of Kevin Morais

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 749 hits
The High Court here today sentenced six men to death for murdering deputy public prosecutor Kevin Morais five years ago Trial judge Azman Abdullah made the ruling after finding all six guilty of the murder charge against them under Section ...
Lelaki Warga Nigeria Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Siti Kharina

Lelaki Warga Nigeria Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Siti Kharina

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 396 hits
Foto Mei 2019 ketika suspek utama warga Nigeria dibawa masuk ke mahkamah bagi pertuduhan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin di Mahkamah Majistret Sepang Selangor foto HAZROL ZAINAL SHAH ALAM Seorang ...
Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah

Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 312 hits
Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Seorang penganggur mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu dalam mesin basuh di sebuah ke...
Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Bunuh 3 Kucing Dalam Mesin Kedai Dobi

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Bunuh 3 Kucing Dalam Mesin Kedai Dobi

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 518 hits
77 total views 77 views today Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membunuh tiga ekor kucing dengan kejam pada Ahad lalu Tertuduh Muhammad Najwan Zulkefli 24 tahun didakwa telah melemaskan hai...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun