6 Artis Ini Mampu Hidup Bahagia Walau Lalui Hidup Berpoligami Sehingga Ada Yang Tak Perasan


Bila bicara tentang poligami sudah tentu ada antara wanita yang tidak boleh menerima hakikat ini.
Untuk berkongsi suami dengan orang lain adalah sesuatu yang pantang baginya. Namun ada juga wanita yang boleh menerima konsep hidup bermadu.
Jom lihat senarai enam artis yang telah mengamalkan poligami dan hidup bahagia.
1. Salih Yaacob

Salih memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat Norraha Hamat, Norfara Wahida Sulaiman, dan Samihah Sheikh Amy (Emi) dan telah menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan dengan isteri keempatnya, Samihah.
Berdasarkan kronologi, perkahwinan pertama Salih berlangsung pada tahun 1980.
Setelah sembilan tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan – Norliana, 25, dan Nurulazwa, 22, Salih meminta izin isterinya untuk berkahwin dengan Norlizah.
“Ketika saya mengalami penyakit misteri, saya bertemu dengan Norlizah. Setelah mengenal hati budinya dan melihat keserasiannya dengan saya, saya meminta izin isteri pertama saya ketika itu.
“Dengan izinnya, saya berkahwin dengan Norlizah pada tahun 1989. selepas kahwin, kami hidup bahagia tanpa masalah.
“Namun selepas sembilan bulan hidup bermadu, rumah tangga kami diduga. Campur tangan keluarga menyebabkan kami terpaksa bercerai.
“Walaupun saya amat sedih terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak tersayang, namun saya reda dengan semua itu,” cerita Salih membuka cerita duka dalam hidupnya sebelum ini.
Walaupun perkahwinan pertamanya itu berakhir dengan perceraian, namun Salih tidak pernah berdendam.
Malah, Salih tetap melangsaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada kedua-dua anaknya itu hinggalah mereka dewasa. Anak sulungnya telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu.
Malah perkahwinan anak sulungnya, Norliana dengan pasangannya diuruskan oleh ketiga-tiga isteri Salih.
Mereka bukan sahaja sama-sama berganding bahu bertiga malah turut membantu bekas isteri Salih bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur.
“Sebagai lelaki dan suami, saya amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan isteri-isteri yang amat taat kepada suami.
“Bagi saya inilah anugerah Allah SWT yang amat berharga untuk saya sebagai makhluknya. Sebenarnya bukan mudah mengemudikan tiga rumah tangga dengan aman dan damai jika tidak ada ilmu agama.
“Setiap wanita yang saya kawini bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mereka yang saya nikahi adalah seorang yang memahami al-Quran dan tahu hukum hakam agama.
“Selepas menikahi mereka, saya tidak tinggalkan mereka begitu saja. Saya membimbing mereka ke jalan Allah dan sentiasa berpesan kepada mereka harus ada keyakinan dan pegangan agama yang cukup.
“Sebagai seorang suami saya sentiasa berpegang pada akidah dan beriman serta beramal. Pesan saya kepada mereka mesti memahami al-Quran dan sentiasa lekat di hati.
“Bukan itu sahaja, malah saya sering mengingatkan kepada mereka bahawa apa juga yang akan berlaku adalah ketentuan Allah dan mereka harus terima,” Salih berkongsi kisah mengenai isteri-isterinya.
Menurut Salih, setiap kali berkenalan dengan wanita dia bukan setakat mengenali hatinya malah menyelami jiwanya.
“Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan terjadi kita akan melihat wanita lain lebih cantik daripada isteri sendiri,” akui Salih sambil tersenyum.
Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya – Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.
Malah apa yang membanggakan isteri-isteri Salih hidup bagaikan adik beradik saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
Perkahwinan Salih dengan Norlizah dikurniakan tiga orang anak – Irfan Izwan, 20, Irfan Sapuan,15, dan Norfarisya,12 tahun.
Salih yang berkahwin dengan Norraha pada tahun 1993 dikurniakan lima orang anak – Effa Madiha,16, Effa Najiha,13, Effa Soleha,12, Mohd. Ehsan,8, dan Effa Fateha tujuh tahun.
Norfara Wahida yang dikahwini pada tahun 2007 baru dikurniakan anak, Fara Aqeesya yang kini berusia 11 bulan.
Hidup Salih bersama tiga isterinya sebetulnya bukan saja dicemburui ramai lelaki bahkan, dia turut dikagumi jiran tetangganya.
Di sebalik kebahagiaan itu, Salih bagaimanapun tidak alpa dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Demi memastikan dia tidak berjauhan daripada keiga-tiga isteri dan anak-anaknya, Salih membelikan rumah buat setiap isterinya di kawasan kediaman berhampiran.
Demi keadilan juga, Salih bergilir bermalam di rumah ketiga-tiga isterinya selain menjaga kebajikan mereka dan anak-anak bagi mengekalkan keharmonian rumah tangganya.
“Saya tidur di rumah isteri-isteri saya bergilir-gilir setiap satu malam. Ini bukan sahaja untuk memastikan kasih sayang kami suami isteri sentiasa berkekalan malah saya juga pentingkan anak-anak.
“Saya tidak mahu terpisah daripada anak-anak begitu lama. Jadi selepas semalam tidur di rumah isteri pertama, esoknya saya akan tidur di rumah isteri kedua dan seterusnya isteri ketiga.
“Mereka dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan itu semua kerana tahu saya tidak pernah berat sebelah malah sentiasa adil,” katanya berterus-terang.
2. Ashraf Muslim

Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Bersama isteri pertama, Ashraf baru sahaja menimang cahaya mata.
Selepas itu, pelakon filem Aku Masih Dara ini mencetuskan kontroversi apabila mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013. Bersama Sakinah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
Rahsia Ashraf Bahagia
Meskipun pernah dikecam hebat kerana tindakannya berkahwin dua, kini pelakon Ashraf Muslim dilabel sebagai ‘ikon poligami’ oleh netizen. Lebih-lebih lagi, Ashraf, 38, tidak menyembunyikan kebahagiaan dikecapinya bersama kedua-dua isteri dan keluarga tercinta.
Terbuka berbicara mengenai perkara itu, Ashraf berkata, perkahwinan lebih daripada satu tidak perlu dijadikan isu.
“Dalam Islam pun, tindakan poligami dibenarkan cuma ia sering menjadi isu kerana masyarakat belum boleh terima sepenuhnya.
“Biarpun saya boleh menjelaskannya secara terperinci, perkara berkaitan poligami sesuatu yang sensitif bagi orang kita.
“Jadi, apa yang boleh saya katakan, poligami akan jadi indah apabila suami mampu memimpin dengan betul,” katanya.
Ashraf pernah mengejutkan industri hiburan tanah air apabila bernikah buat kali kedua dengan wanita pilihannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, di Thailand pada 7 Julai 2013. Terdahulu, Ashraf bertemu jodoh dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 31, dan mereka bernikah di Tanah Suci Makkah pada 30 Ogos 2011. Hampir lima tahun melayari kehidupan poligami, Ashraf dikurniakan tiga cahaya mata.
Bersama Noor Dayana, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 3, dan dengan Wan Sakinah pula 3 orang zuriat iaitu Sarah Ashraf, 4, Adam Ashraf, 3 dan yang baru dilahirkan Saffiyah Ashraf.
3. Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan bergelar isteri kedua ketika usianya baharu mencecah 22 tahun dan sehingga kini telah dikurniakan empat orang anak.
Setelah sekian lama berahsia akhirnya Zarina telah memperkenalkan madunya iaitu Datin Seri Noorhashimah Mohd. Noor.
Bahagia 25 Tahun Bermadu…
Zarina Zainuddin, 48, mengakui dia sudah 25 tahun menjalani hidup bermadu dalam suasana harmoni dengan isteri pertama suaminya.
Ibu empat anak itu memberitahu dia setuju menjadi isteri kedua selepas bertemu dan meminta restu daripada isteri pertama untuk berkongsi suami.
“Saya dahulu, ketika mahu bernikah dengan suami tidaklah merampas hak orang. Sebaik suami ajak berkahwin, saya minta padanya untuk bertemu dengan isteri pertama.
“Ketika itu, niat saya mahu berkongsi kasih dan sudah jodoh dengan suami orang. Jadi, saya kena berani bertemu dengan isteri pertama suami untuk meminta restu.
“Alhamdulillah, apa yang saya lakukan itu memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun, hubungan saya dan madu sentiasa dalam kedaaan baik,” katanya.
Menurut pelakon drama Ku Kirim Cinta ini, pada awal perkahwinan dia dan suami pada usianya 22 tahun dahulu berpaksikan simpati.
“Saya berkahwin pada usia muda ketika nama masih di puncak dalam karier seni. Saya dan suami, kami tidak bercinta sakan.
“Suami hendak berkahwin dengan saya ketika itu kerana simpati. Itu pun, suami memberitahu saya selepas tiga bulan kami berkahwin,” katanya.
Menurut Zarina lagi, dia tidak berkecil hati dengan pengakuan itu kerana yakin niat suaminya ikhlas walaupun harus bermadu.
Ujarnya, dia sangat bersyukur dipertemukan jodoh dengan suami. Malah, berkat kesabaran, sentiasa mengalah dan sedar diri sebagai isteri kedua, Allah SWT memberikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
“Adat menumpang kasih, saya harus tahu kedudukan diri. Apatah lagi, tiada wanita pun yang mahu berkongsi suami.
“Sejak dari dulu, saya sangat menghormati hak madu sebagai isteri pertama suami. Susah senang memang banyak mereka lalui bersama sebelum kemunculan saya.
“Apapun, indahnya kehidupan dijalani kini, saya dan madu tinggal berjiran. Rumah kami bersebelahan dan saling membantu di antara satu dengan lain termasuk berniaga pulut kuning bersama,” katanya.
Zarina berkata dia dan madunya juga sering memasak bersama dan jika sibuk dengan penggambaran drama maka isteri pertama dan suami akan menjaga anak-anaknya.
Hasil perkongsian hidup Zarina dan suami, mereka dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12.
4. Salima AF

Salima telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre. Salima merupakan isteri kedua buat ustaz yang telah mempunyai tiga cahaya mata bersama isteri pertamanya ketika itu.
Salima bernikah pada 30 November 2013 di kampung halamannya, Ipoh, Perak.
Sehingga kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Salima Selesa Berpoligami
Poligami tidak bermakna selamanya hidup makan hati berulam jantung. Ada antara institusi rumah tangga yang mengambil intipati poligami sebagai perkongsian hidup yang mendasari aura positif.
Hal itu diakui oleh penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Nor Salima Habibi atau popular disapa Salima.
Salima telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ustaz terkenal, Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre tiga bulan lalu. Dia menjadi isteri kedua kepada penceramah bebas tersebut.
Salima, 26, telah selamat diijabkabulkan dengan Abd. Kadir pada 30 November tahun lalu di kampungnya di Ipoh, Perak, menyifatkan kehidupan sebagai isteri kedua tidak banyak bezanya.
Sering orang salah tafsir bahawa menjadi isteri muda mahu lebih perhatian tapi sepanjang tempoh perkahwinan kami, saya melihat suami saya seorang yang adil.
Poligami ada hikmahnya, saya selesa dan menerima status saya sekarang. Perkahwinan ini mendidik saya menjadi seorang yang pandai bertolak ansur dan menghormati isteri pertama suami saya, katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
wajah terkini

Cinta lepas kahwin
Salima menjelaskan hubungannya dengan isteri pertama suaminya baik dan mereka sering bertukar-tukar makanan dan hadiah antara satu sama lain.
Kami diperkenalkan oleh ustaz yang mengendalikan kelas Usrah Fitrah yang saya sertai. Pada mulanya saya takut sebab kami tidak pernah bertemu.
Apabila dilamar, saya tidak menyatakan keputusan sebaliknya pulang ke rumah untuk memberitahu keluarga saya. Lucunya saya dan ayah mencari dulu biodatanya di internet.
Kemudian barulah saya letakkan syarat, kalau hendak mengahwini saya perlu ikut cara sebagai wanita muslimah. Tidak mahu kahwin lari dan dia telah membuktikan bahawa dia seorang lelaki budiman,tambah Salima yang mengambil masa dua bulan untuk persiapan kahwin.
Tiada masalah, kata Salima, untuk bercinta selepas berkahwin, malah hubungan itu lebih istimewa berbanding bercinta sebelum mendirikan rumah tangga.
Suami saya seorang lelaki yang lembut tapi tegas. Sepanjang mengenalinya saya tidak pernah melihat dia marah. Kalau ada perkara yang tidak berkenan pun dia hanya tersenyum kemudian menegur secara berhemah.
Banyak perubahan yang dituntut untuk menjadi seorang isteri kepada ustaz dan saya melihat perkahwinan kami sebagai pemecah dinding yang memisahkan artis dan ulamak,ujarnya.
5. Rahim Sepahtu

Nama Rahim semakin dikenali ramai sebagai pelawak yang hebat apatah lagi menjuarai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Sepahtu.
Sedikit berita terkini tentang Rahim, untuk pengetahuan dia telahpun berkahwin dua pada tahun lalu.
Isteri keduanya itu berasal dari Johor dan dikenali sebagai Lily.
Ini komen Rahim:
“Isteri pertama di Batu Pahat dan isteri kedua di Simpang Renggam.
“Saya berterima kasih kepada isteri yang memahami jadual saya. Mereka sangat bertolak ansur dan bekerjasama.
“Saya orang Klang. Mak dan ayah pula sudah tidak ada. Saya tidak ada masalah beraya. Jadi isteri saya yang jadualkan untuk pergi ke mana,”
“Sudah setahun lebih kahwin, cuma media tidak tahu. Mereka duduk berhampiran di Shah Alam. Saya berterima kasih pada isteri pertama saya,”
“Saya percaya pada jodoh,”
Rahim berkata dia bersyukur kerana mendapat isteri pertama, Norazlin yang sanggup berkongsi kasih demi membolehkannya berpoligami.
Kedua-dua isteri Rahim kini menetap di Shah Alam memudahkan urusan giliran untuk berlaku adil sebagai seorang suami.
Ditanya adakah minatnya untuk berpoligami mendapat dorongan Salih Yaacob, yang juga penyampai radio Sinar FM, Rahim segera menafikannya.
6. Adira AF

Hanya sebulan berkenalan, lantas membuat keputusan untuk bernikah? Sesuatu yang mengejutkan sama sekali. Tetapi itulah kuasa jodoh yang tidak akan pernah tewas dalam menyusun atur gerak hidup insan.
Bahawa hidup, mati, ajal, maut serta jodoh pertemuan manusia itu sudah tercatat dalam kamus kehidupan, ketentuan Yang Maha Esa.
Menyoroti kembali apa yang berlaku dalam kehidupan penyanyi ini, Disember 2014 dia bergelar tunangan orang secara senyap, tetapi putus selepas beberapa bulan kemudian.
Kini sekali lagi Adira membuat kejutan. Lebih serius skalanya, berita pernikahan pula hadir, juga dengan ‘tiba-tiba’. Kelmarin, Adira mula mengaku, dia sudah sah bergelar isteri orang, setelah tiga minggu lepas melangsungkan pernikahan di daerah Songkla, Thailand.
Jujur berkongsi rasa, kata Adira dia sendiri tidak menyangka bulan terakhir tahun 2015 telah menjadi saksi perubahan status diri, daripada solo kepada isteri orang. Apa yang berlaku juga terlalu pantas buat dirinya, malah tidak sempat untuk dia sendiri berkongsi kisah gembira ini dengan semua memandangkan masih dalam fasa ‘tidak percaya’.
Membawa gelaran isteri kedua bagi Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, ini tidak perlu dipertikaikan pihak luar memandangkan keluarganya dan keluarga barunya juga sudah menerima dia seadanya.
“Kami berkenalan tidak lama, tidak sampai sebulan pun. Berjumpa juga hanya dua kali, tiada istilah bercinta buat saya dan suami sebelum ini. Bila dia membuka mulut soal perkahwinan, saya tidak melihat mengapa saya perlu menolak. Memandangkan dia menepati ciri-ciri lelaki yang saya perlukan untuk membimbing diri ini, maka saya buat keputusan untuk bersetuju sahaja,” katanya, dalam ketawa yang panjang.
Berkongsi serba sedikit mengenai suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, 37, Adira hanya mengetahui kewujudan lelaki itu melalui salah seorang kakak kandungnya.
Sikap jujur yang dibawa lelaki itu menyebabkan dia terbuka hati untuk menerima lamaran, meskipun terpaksa menjadi isteri kedua dan berpoligami.
“Suami dan kakak saya pernah terlibat dalam urusniaga dahulu, pada mulanya bukan niat dia pun untuk kenalkan kami. Siapa sangka perkenalan singkat ini membawa kepada keserasian dan kemudian diteruskan kepada pernikahan seperti sekarang.
“Sikap dirinya yang membuatkan saya percaya terhadap kesungguhan dia, pada saya tiada apa yang perlu kami sorokkan memandangkan kedua belah keluarga sudah tahu. Malah suami saya sendiri tidak cuba menyorokkan perkara ini dari pengetahuan isteri pertamanya, itu antara sebab saya senang dengan dia,” katanya, memuji sang suami.
Nampak tergesa-gesa untuk berkahwin, ada yang menjangkakan Adira mungkin mahu mengubati hatinya selepas putus tunang beberapa bulan lalu.
Menolak persepsi tersebut, kata Adira dia adalah seorang wanita yang cukup jelas dengan fokus hidupnya. Malah, dia tidak akan sama sekali membuat keputusan jika diri sedang dalam keliru.
“Saya sudah lama bersedia untuk bergelar isteri. Selepas apa yang berlaku (putus tunang), siapa sangka Allah hadirkan seseorang yang lebih baik untuk saya. Saya tidak harap semua orang untuk menerima ini dengan hati yang terbuka keputusan ini. Namun penting bagi saya untuk seluruh keluarga memahami apa sebenarnya yang berlaku dan memberikan restu buat kami,” katanya.
Tahu kedudukan
Sedia maklum dengan keperluan diri ketika ini, Adira akur bahawa bergelar isteri kedua banyak mengajar dirinya untuk sentiasa bertolak ansur. Pun begitu, dalam hal berkenaan, dia tidak mahu terlalu terbuka untuk berkongsi cerita kerana banyak hati yang perlu dijaga ketika ini.
“Saya dan isteri pertama mempunyai komunikasi yang baik, jadi kami mahu kekalkan perkara itu, seadanya. Dan apa yang perlu saya faham kini adalah tolak ansur merupakan kunci utama dalam kehidupan saya sebagai isteri kedua.
“Walaupun masih baru dalam melalui fasa ini, namun saya yakin dengan kehadiran orang sekeliling, suami dan keluarga yang sedia membimbing saya,” jelasnya.
Hampir tiga minggu bernikah dan baru kini mengaku sudah mempunyai suami, Adira didakwa cuba menyorokkan perkahwinannya. Juga banyak mempertikai, kenapa perlu berkahwin secara menyorok di luar negara, jika kebenaran diberikan oleh isteri pertama?
Menolak itu yang cuba dilakukan dirinya, kata Adira apa yang berlaku lebih kepada menghormati pihak lain yang turut terlibat dalam cerita perkahwinannya.
“Bukan niat saya juga untuk menyorokkan perkara yang baik seperti ini. Selaku isteri saya pilih untuk memberi jalan kepada pihak suami dan madu saya yang memulakan perkara ini. Perlu mereka di luar sana faham, dalam keadaan ini banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum bersuara atau berkongsi cerita. Jadi bila sudah ada yang membuka jalan untuk saya bersuara, jadi saya kongsi apa yang perlu,” katanya, pinta difahami.
Melihat kepada komen yang ditinggalkan peminatnya di laman sosial ada yang terang-terang tidak setuju dengan keputusan penyanyi dari Sabah ini untuk memilih berkahwin dengan suami orang.
Malah, tidak kurang yang mengutuk dan mempertikaikan tindakan itu. Kata mereka, Adira satu nama popular dan mampu untuk mencari lelaki yang solo, mewah dan ternama sekalipun, tetapi kenapa dia memilih mengambil hak orang lain? Demikian skeptikal manusia di luar sana.
Tahu perkara seperti sindiran dan kata-kata kutukan sebegini perlu dihadapinya juga dalam tempoh akan datang, Adira yakin dia tidak perlu gentar.
Jika hanya sekadar kata-kata negatif pihak yang langsung tidak memberi kepentingan, dia enggan melayan.
“Tidak, saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin kerana pangkat atau harta. Bagi saya apa yang berlaku ini adalah kerana jodoh. Saya sangat yakin tentang soal itu. Apa sekalipun, bagi saya, orang akan terus bercakap. Saya pula akan hadapi perkara itu sebaik yang mungkin. Ini adalah perkara yang akan saya hadapi memandangkan berada dalam bidang nyanyian,” katanya.
Sumber: Berita Steady & yoy.my
The post 6 Artis Ini Mampu Hidup Bahagia Walau Lalui Hidup Berpoligami, Sehingga Ada Yang Tak Perasan! appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/6-artis-ini-mampu-hidup-bahagia-walau-lalui-hidup-berpoligami-sehingga-ada-yang-tak-perasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Susah Hidup Bahagia Bila Dh Senang Suami Ada Gf Dia Ludah Saya Depan Gf Dia

Masa Susah Hidup Bahagia Bila Dh Senang Suami Ada Gf Dia Ludah Saya Depan Gf Dia

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 342 hits
Benar kata orang isteri di uji saat suami tak punya apa dan suami diuji saat dia punya segalanya Salam Tolong hide profile saya Saya bercinta dengan Daniel sejak sekolah Habis SPM saya memilih untuk terus berkahwin Walaupun kesal orang tua ...
Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 375 hits
Ketika penulis mendekatinya untuk ditemuramah Norlailee Abu Hassan tidak keberatan Bahkan dia sanggup datang jauh dari Melaka untuk bertemu penulis Banyak kisah menarik tentang anaknya Hairul Khalish Hairulaminy yang dia ceritakan pada penu...
Artis Pun Mampu Didik Anak Jasmin Hamid Bangga Anak Cemerlang Spm

Artis Pun Mampu Didik Anak Jasmin Hamid Bangga Anak Cemerlang Spm

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 1092 hits
unable to retrieve full text content Anak lelaki Jasmin Hamid iaitu Ian Haziq berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018 Ian yang merupakan pelajar Asia Pacific Schools Selangor berkata dia meluahkan rasa sy...
Buruan Golongan Kaya Cecair Ajaib Eliksir Konon Mampu Hidup Kekal Abadi Ditemui

Buruan Golongan Kaya Cecair Ajaib Eliksir Konon Mampu Hidup Kekal Abadi Ditemui

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 367 hits
March 10 2019 Cerita dongeng suatu ketika dahulu kononnya ada perubatan tertentu semata mata untuk terus kekal hidup mungkin hanya mampu dibaca namun kesahihannya belum tentu boleh dipercayai Bagaimanapun bagi masyarakat Cina ia adalah satu...
Ihab Ismail Titian Hidup Lyrics

Ihab Ismail Titian Hidup Lyrics

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 318 hits
Lirik Lagu Ihab Ismail Titian Hidup Lengkap Terbaru Kesilapan demi kesilapan Kegelapan demi kegelapan Tak terjumpa oh cahaya Penyelamat jiwa Ku terbang jua dalam gelita Walau bintang kesuraman Keperitan yang ku tempuhi Sakit bukan kepalang ...
Video Gara Gara Sering Dihantui Ex Husband Wanita Ini Hidup Dalam Keadaan Menyedihkan

Video Gara Gara Sering Dihantui Ex Husband Wanita Ini Hidup Dalam Keadaan Menyedihkan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 280 hits
Gara Gara Sering Diganggu Ex Husband Wanita Ini Hidup Dalam Keadaan Yang Menyedihkan Tanpa pertimbangan akal yang waras seseorang itu boleh bertindak di luar batasan Seorang wanita berkongsi pengalaman nge ri apabila perlu berdepan dengan b...
Mengapa Hidup Terasa Amat Sulit

Mengapa Hidup Terasa Amat Sulit

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 258 hits
Oleh Fadhil ZA Pada dasarnya Allah tidak menghendaki kita hidup selalu dirudung kesusahan dan kesulitan Allah menginginkan kita hidup aman nyaman dan sejahtera didunia dan akhirat Tapi mengapa banyak diantara kita yang hidupnya selalu dirud...
Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 368 hits
Kisah tentang kondisi Mbah Turah warga lanjut usia di Desa Klampis Kecamatan Jatibarang Kabupaten Brebes yang hidup sebatangkara menjadi viral di media sosial Kapolres Brebes AKBP Aris Supriyono lantas mendatangi rumah tak layak huni yang d...
Janjikan Sim Seumur Hidup Dan Bebas Pajak Motor Caleg Pks Diperiksa Bawaslu Makassar

Janjikan Sim Seumur Hidup Dan Bebas Pajak Motor Caleg Pks Diperiksa Bawaslu Makassar

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 296 hits
Ketua Fraksi PKS di DPRD Sulsel ini diperiksa terkait dugaan pelanggaran pemilu berupa dugaan money politic sebagaimana yang terpasang di balihonya Salah satu Alat Peraga Kampanye di beberapa titik memuat konten menjanjikan sesuai berupa SI...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025