5g Sampai Kereta Boleh Terbang Jangan Nak Mengarut La


Berikutan kes Huawei baru-baru ni muncul la pelbagai tanggapan kenapa ini boleh berlaku. Ada yang salahkan Apple yang perlukan pertolongan kerajaan US untuk menyekat kemaraan Huawei dari segi jualan, ada juga yang katanya disebabkan 5G race dimana Huawei merupakan pemain utama dalam membekalkan teknologi dan peralatan di seluruh dunia.
Tapi menurut kerajaan Amerika Syarikat “aka” Donald Trump, Huawei telah membenarkan data spying dilakukan kerajaan China melalui backdoor pada equipment 5G mereka. Walaupun masih tak dapat buktikan kenyataan ini, menurut US ini adalah national threat dan Huawei patut dihentikan untuk berurusan dengan mana-mana syarikat berpengkalan di US. Jadi macam sekarang apabila Huawei dimasukkan kedalam Entity List.
Admin taknak sembang panjang tentang ni lagipun sumber admin dalam CIA dah pencen sekarang. Katanya dia tengah sembunyi somewhere di Moscow sekarang ni. Tapi yang admin nak cakap hari ni pasal mesej viral baru-baru ni yang bagi admin over sangat tentang bahana dan kehebatan 5G yang akan merubah dunia sampai kereta pun boleh terbang. Jadi terpanggil pulak untuk betulkan tanggapan netizen-netizen terhadap 5G ni. Jangan risau admin tak tulis panjang, lagipun membaca amalan mulia, kan.
Ok, ringkasnya 5G adalah successor kepada 4G yang kita guna sekarang ni. Ia generasi kelima teknologi selular yang secara ringkasnya sambungan selular dari tower ke smartphone pengguna. Ia jauh lebih laju dari 4G dan masa latency yang sangat-sangat rendah iaitu 1-4ms berbanding 4G sekarang yang biasanya 30ms.
Speed “menakutkan” di demontrasi oleh Maxis -Gambar oleh Technave Jadi sebab laju dan stabil, terjadilah satu kejadian dimana seorang doktor berjaya melakukan pembedahan dengan cara mengawal robot arm secara real-time yang berada pada jarak 5km dari tempat doktor tersebut berada. Dengan stabiliti dan kelajuan 5G, yang dapat membawa kualiti imej dan input control, pembedahan tersebut dilakukan dengan jayanya. Jadi part yang crucial disini adalah sambungan komunikasi diantara doktor dan peralatan pembedahan tersebut sebab itu 5G diangkat sebegai penyebab semua ini berjaya. Tapi kena ingat, robot arm, kamera dan segala peralatan perubatan pembedahan tersebut bukan 5G, ok.
5G boleh buat kereta jadi auto-pilot??? Ok, agenda utama syarikat automotif sekarang adalah autonomous driving. Ia bukan baru bahkan Tesla telahpun mengeluarkannya kepada umum. Seterusnya sekarang adalah untuk membuatkan setiap kereta di jalanraya berhubung dan boleh berinteraksi sesama sendiri melalui capaian internet dan untuk tujuan keselamatan jalanraya serta kecerdasan AI melalui hubungan ke cloud.
Syarikat automotif Continental juga bekerjasama dengan Huawei untuk sambungan 5G ke connected vehicle mereka Jadi peranan 5G disini hanya untuk membolehkan komunikasi ini dilakukan. Sekali lagi, speed dan stability. Dan satu lagi komponen utama 5G, kebolehan membolehkan hubungan ke lebih sejuta devices per kilometer. Oleh sebab makin banyak “benda” yang bersambung, bukan lagi hanya sekadar telefon, network 5G ini memang sangat-sangat diperlukan untuk membolehkan ini semua berlaku.
Jadi kalau nak cakap kereta terbang, robot bercakap macam manusia bagai semua tu, ia bukan 5G yang buat. Tapi 5G cuma boleh sediakan komunikasi data yang pantas dan cukup stabil diantara device dan tower sahaja dan kebolehan jumlah sambungan yang jauh lebih tinggi berbanding 4G. Dimana tower masih bersambung ke network utama sama-ada melalui fiber atau wireless backhaul connection.
Jadi kenapa Huawei? Selain Huawei, antara syarikat lain yang juga mengeluarkan equipment 5G termasuk ZTE, Nokia, Samsung dan Ericsson. Standard 5G itu sendiri bukan direka oleh Huawei, tapi ITU (International Telecommunication Union) iaitu badan antarabangsa yang menyelenggara standard telekomunikasi dunia.
Tapi berbanding pesaingnya, Huawei adalah satu-satunya pembekal yang mempunyai portfolio produk lengkap end-to-end dari server ke cell towers dan seterusnya ke device. Juga yang paling cost-effective. Menurut pengasas Huawei sendiri Mr. Ren, tiada siapa yang dapat mengejar teknologi 5G mereka dalam masa terdekat ini.
Disebabkan 5G beroperasi pada wave spectrum yang lebih tinggi, ia memerlukan cell tower 5 kali lebih banyak berbanding 4G. Maksudnya kalau di Malaysia ada 20 ribu cell tower, 5G memerlukan tambahan lagi 80 ribu cell tower untuk 5G. Teknologi milik Huawei mempunyai cell site antenna yang 50% lebih kecil dan cumar berat 30kg setiap satu. Dengan equipment Huawei, telco cuma memerlukan 2 orang pekerja tanpa crane yang mahal untuk upgrade ke 5G. Bayangkan kalau jimat RM50,000 per tower untuk upgrade, 20 ribu tower tak ke RM1 bilion !!!
Gambar sumber CNN Jadi disebabkan ini Huawei jadi pilihan utama setiap telco di dunia. Sedangkan pembekal lain belum ada teknologi yang betul-betul mampu bersaing dengan Huawei.
Disebabkan inilah, US tak senang duduk. Atas sebab yang jauh lebih besar berbanding bisnes.
Disclaimer: Yang kat bawah ni lebih kepada rumor dan tanggapan ok.
Seperti didedahkan oleh Snowden, CIA atau kerajaan Amerika Syarikat mempunyai akses untuk “spy” ke seluruh device pengguna. Namun mereka mempunya masalah dengan Huawei apabila syarikat itu tidak betul-betul transparent dengan badan “polis dunia” itu. CIA mungkin ada masalah untuk tap kedalam network Huawei jadi secara tak langsung mereka tak berjaya melakukan data spying ke network 5G Huawei, ingat tak tadi saya cakap network 5G Huawei adalah end-to-end.
Atas kegagalan melakukan intipan ini, CIA jadi buta la. Bayangkan kalau 80% telekomunikasi dunia menggunakan equipment Huawei, CIA terus tak dapat “lihat” dan pantau apa yang berlaku dalam dunia digital. Itu yang membimbangkan Trump.
Jadi untuk menyekat kemaraan Huawei, mereka menuduh setiap equipment Huawei ada “backdoor” untuk membolehkan kerajaan komunis China masuk dan pantau seperti yang mereka lakukan selama ini.
MUNGKIN memang betul kerajaan China lakukan perkara itu sebab itu Huawei tak transparent dengan US tentang source code mereka. Yang kuatkan dakwaan ini adalah founder Huawei Mr. Ren sendiri adalah ahli Parti Komunis China dan ahli Tentera Pembebasan Rakyat. Namun US sehingga hari ini belum dapat buktikan dakwaan mereka.
Bagi kita, it’s a matter of sama ada US atau China. Apa pun Huawei P30 Pro memang best.
The post 5G Sampai Kereta Boleh Terbang? Jangan Nak Mengarut La appeared first on Lepak CC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lepakcc.com/5g-sampai-kereta-boleh-terbang-jangan-nak-mengarut-la/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=5g-sampai-kereta-boleh-terbang-jangan-nak-mengarut-la

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Keluar Duit Banyak Kalau Nak Bercuti Kat Rumah Pun Boleh Kalau Kena Gaya

Tak Perlu Keluar Duit Banyak Kalau Nak Bercuti Kat Rumah Pun Boleh Kalau Kena Gaya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 496 hits
Hujung minggu waktu yang ditunggu tunggu untuk habiskan masa bersama keluarga Setiap orang ada cara tersendiri untuk luangkan masa berkualiti bersama orang orang yang disayangi Ada yang pergi bercuti ada yang piknik di pantai dan sebagainya...
Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 371 hits
Tugas untuk membesarkan serta mendidik anak anak bukan mudah Setiap ibu ayah mempunyai pendekatan yang berbeza untuk membentuk sahsiah serta perwatakan anak Sepanjang tempoh tumbesaran mereka sangat penting untuk ibu ayah berada di sisi mer...
Jangan Ambil Mudah Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Bawa Maut Jika Tidak Dirawat Ini Simptom Simptomnya

Jangan Ambil Mudah Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Bawa Maut Jika Tidak Dirawat Ini Simptom Simptomnya

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 294 hits
Pasti anda sudah terbiasa mendengar tentang alahan makanan Sememangnya alahan makanan bukanlah suatu perkara yang anda boleh pandang ringan Ia boleh menyebabkan maut jika tidak diatasi dengan cepat Kebiasaannya kita hanya mendengar tentang ...
Terkejar Kejar Nak Pakai Tudung Mama Kepit Jarum Di Mulut Bahaya Boleh Bawa Maut

Terkejar Kejar Nak Pakai Tudung Mama Kepit Jarum Di Mulut Bahaya Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 354 hits
Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab Tahukah a...
Jangan Paksa Anak Berjalan Sebab Anak Orang Lain Seusia Dah Boleh Berjalan Sabarlah

Jangan Paksa Anak Berjalan Sebab Anak Orang Lain Seusia Dah Boleh Berjalan Sabarlah

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 343 hits
Pertama kali bergelar ibu dan bapa sudah tentu wujud perasaan teruja dengan tahap perkembangan bayi Antara proses yang paling ditunggu tunggu adalah menyaksikan anak mula berjalan kan Bila anak mula berjalan Apabila si manja sudah boleh men...
Wajib Pakai Ubat Gigi Berfluorida Untuk Gigi Bayi Pakar Pesan Jangan Takut Boleh Cegah Kerosakan Gigi

Wajib Pakai Ubat Gigi Berfluorida Untuk Gigi Bayi Pakar Pesan Jangan Takut Boleh Cegah Kerosakan Gigi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 394 hits
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah sat...
Hannah Yeoh Dipanggil Polis Ai Nak Tanya Lu Sikit Pun Tak Boleh Juga

Hannah Yeoh Dipanggil Polis Ai Nak Tanya Lu Sikit Pun Tak Boleh Juga

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 394 hits
Hannah Yeoh dipanggil polis berkait tweet perkahwinan bawah umurJUNE 17 2020Bekas timbalan menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat Hannah Yeoh berkata beliau dipanggil Bukit Aman berhubung satu catatan di Twitter yang dibuatnya m...
Jangan Cat Kereta Warna Pink Netizen Kongsi Tips Elak Dirompak Khas Untuk Wanita

Jangan Cat Kereta Warna Pink Netizen Kongsi Tips Elak Dirompak Khas Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 427 hits
Penjenayah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan kerja mereka terutama ketika mangsa leka Betapa banyak video video detik rompakan ragut dan sebagainya yang berlaku dalam sekelip mata Justeru kita perlu maju selangkah ke hadapa...
Alhamdulillah Punyalah Seronok Dah Boleh Rentas Negeri Sampai Tak Tahu Nak Pergi Mana

Alhamdulillah Punyalah Seronok Dah Boleh Rentas Negeri Sampai Tak Tahu Nak Pergi Mana

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 534 hits
Alhamdulillah Punyalah Seronok Dah Boleh Rentas Negeri Sampai Tak Tahu Nak Pergi Mana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dah umum dalam siaran langsung perutusan khas pada 7 jun 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat digantikan de...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je