5904 Pemandu Teksi Limo Ltapp Terpaksa Tukar Kerjaya Harian Metro 28 08 2021


 

Bayan Lepas: Sebahagian daripada 300 pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, berdepan dengan situasi kenderaan mereka ditarik balik kerana gagal melunaskan bayaran ansuran bulan.
Ia berikutan golongan itu yang tidak mampu membayar sewa kenderaan kerana tidak dapat meraih pendapatan dan kehilangan pelanggan sejak pandemik Covid-19.
Pengerusi Persatuan Pemandu Limo dan Teksi LTAPP Hafizi Ahmad berkata, kebanyakan mereka kini terpaksa tukar kerjaya demi kelangsungan hidup.
Katanya, kebanyakan golongan itu terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan serta pemandu lori selepas operasi LTAPP terjejas sekali gus menyebabkan mereka tidak mempunyai pelanggan.
"Kini sebulan pun belum tentu ada pendapatan daripada hasil teksi limosin berbanding sebelum ini yang mana setiap ahli mampu meraih pendapatan anggaran RM200 sehari.
"Adakalanya hanya dapat seorang atau dua penumpang sebulan malah ada pemandu yang langsung tidak dapat pelanggan pada bulan tertentu, " katanya kepada media di sini, semalam.
Mengulas lanjut Hafizi berkata, dia kini turut melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam bagi mencari pendapatan tambahan.
Katanya, dia berharap wakil daripada Kementerian Pengangkutan dapat turun padang bersemuka dan berbincang bagi mengatasi masalah yang membelenggu mereka.
"Orang tak nampak keperitan yang dialami oleh pemandu teksi limosin, mujurlah pengumuman moratorium kerajaan sedikit sebanyak meringankan beban.
"Kami mengalu-alukan sumbangan agensi kerajaan serta orang ramai kepada ahli persatuan namun tetap meminta kerajaan memberi perhatian kepada mereka yang terjejas teruk.
"Orang bagi (bantuan) kami terima dan agihkan kepada ahli yang betul-betul memerlukan tetapi dalam masa sama, sampai bila bantuan akan disumbangkan jadi kami mahu ada satu jalan penyelesaian supaya isu ini dapat diselesaikan," katanya lagi.
Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP.
Sementara itu, Ketua Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso Mohd Razmi Khalid berkata, sumbangan barangan makanan bernilai RM100 itu adalah inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.
"Pulau Pinang adalah negeri kedua yang disinggahi konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan 200 bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 Julai lalu.
"Secara keseluruhan sebanyak 900 bakul makanan akan diagihkan khususnya kepada pemandu limosin, teksi yang mencarum dengan Perkeso berikutan terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro
PEMANDU TEKSI LIMO LTAPP TERPAKSA TUKAR KERJAYA
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/747908/pemandu-teksi-limo-ltapp-terpaksa-tukar-kerjaya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/08/5904-pemandu-teksi-limo-ltapp-terpaksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5888 Ppim Agih Bantuan Kepada Pemandu Teksi Limo Terjejas Sinar Harian 28 08 2021

5888 Ppim Agih Bantuan Kepada Pemandu Teksi Limo Terjejas Sinar Harian 28 08 2021

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 245 hits
SHAH ALAM Impak pandemik Covid 19 membuatkan ramai kalangan rakyat negara ini yang terjejas pendapatan termasuk pemandu teksi dan limo Simpati dengan nasib mereka Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama rakan sinergi PPIM turun padang bag...
Lebih 300 Pemandu Teksi Limosin Ltapp Hilang Pendapatan Sejak Tahun Lepas

Lebih 300 Pemandu Teksi Limosin Ltapp Hilang Pendapatan Sejak Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 249 hits
Sekarang ini nak dapat seorang penumpang sebulan pun susah GEORGE TOWN Lebih 300 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas dekat sini hilang punca pendapatan sejak dua tahun lepas ekoran wabak COVID 19 ...
5903 Ramai Masih Keliru Kelonggaran Sop Harian Metro 29 08 2021

5903 Ramai Masih Keliru Kelonggaran Sop Harian Metro 29 08 2021

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 238 hits
Kuala Lumpur Masih ramai keliru dengan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard sektor ekonomi dan sosial yang sudah diberikan kerajaan baru baru ini Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya ...
5865 Gusar Lihat Anak Terlantar Sakit Harian Metro 16 08 2021

5865 Gusar Lihat Anak Terlantar Sakit Harian Metro 16 08 2021

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 298 hits
Petaling Jaya Hati bapa mana tidak sedih dan gusar apabila melihat keadaan anak yang terlantar akibat lumpuh sejak Februari lalu Hanya ikhtiar dan berdoa kepada Tuhan dapat dilakukan Ismail Bakar 62 buat anak sulungnya Muhamad Iszwan 34 yan...
5876 Sarjan Dapat Tawaran Guaman Percuma Berita Harian 24 08 2021

5876 Sarjan Dapat Tawaran Guaman Percuma Berita Harian 24 08 2021

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Seorang peguam dilaporkan menawarkan khidmat guaman percuma kepada anggota tentera yang diberhentikan kerja kerana menolak pengambilan vaksin COVID 19 Sarjan Wan Ramli Wan Seman 39 berkata beliau masih berbincang dengan peguam ...
24 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

24 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 240 hits
Penurunan harga yang berterusan di bawah zon harga 1 2050 1 2000 membolehkan aliran menurun jangka pendek semasa ditetapkan Sasaran penurunan awal berada di sekitar tahap 1 1940 dan diikuti tahap 1 1800 yang menawarkan penolakan kenaikan ha...
5870 Scammer Bijak Bermain Emosi Psikologi Punca Mangsa Terpedaya Ppim Sinar Harian 20 08 2021

5870 Scammer Bijak Bermain Emosi Psikologi Punca Mangsa Terpedaya Ppim Sinar Harian 20 08 2021

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 403 hits
SHAH ALAM Walaupun menggunakan taktik sama sindiket penipuan dalam talian atau scammer bijak mempermainkan emosi untuk memanipulasi psikologi mangsa sehingga mereka ditipu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan b...
Cara Cara Buat Temujanji Kwsp 2021 Tukar Batal Temujanji Kwsp Online

Cara Cara Buat Temujanji Kwsp 2021 Tukar Batal Temujanji Kwsp Online

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 453 hits
Cara Buat Temujanji KWSP Online Kaunter Perkhidmatan KWSP bermula 1 Julai 2021 beroperasi sepenuhnya berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dibuat secara online Kaedah ini diaplikasikan bagi mengurangkan risiko jan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui