
Pengunjung mencuba mesin sanitasi ‘Virus Buster Nanospray’ di Pasar Chaw Kit, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2020.Beliau berkata demikian selepas program pemasangan Virus Buster Nano Spray di Pasar Raja Bot di Jalan Haji Hussein di sini hari ini.Zull Design bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Critical Illness Support Group menaja terowong penyembur itu kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan PPPKMWP untuk diletakkan di laluan masuk ke pasar itu.Muhammad Asif menambah, terowong itu dihasilkan menggunakan peralatan seperti keluli tahan karat, dinding aluminium dan alat pengesan automatik serta alat pelaras masa.Jelas beliau, ia berjaya disiapkan dalam tempoh dua ke tiga hari sahaja dan dijual di pasaran pada harga RM12,500.“Namun cecair anti kuman hanya disediakan syarikat pembekal lain dan kami boleh mencadangkan kepada pelanggan.“Bahan cecair yang digunakan diyakini dapat menghapuskan hampir 100 peratus kuman yang melekat pada tubuh badan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.Sementera itu, Yang Di-Pertua PPKMWP, Datuk Mohamad Abdullah berkata, dianggarkan hampir 1,000 orang mengunjungi pasar itu setiap hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Jelasnya, jumlah pengunjung hanya berkurang 30 peratus kerana pasar itu masih menjadi tumpuan orang ramai kerana harganya murah dan barang segar.
Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah bercakap kepada media selepas hadir pemasangan mesin sanitasi ‘Virus Buster Nanospray’ di Pasar Chaw Kit, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2020“Oleh yang demikian, PPPKMWP mengharapkan dengan adanya Virus Buster Nano Spray ini, ia dapat membantu mengawal penyebaran seterusnya menutuskan rantaian jangkitan Covid-19.“PPPKMWP yakin sumbangan Zull Design ini sebagai inisiatif untuk meningkat tahap keselamatan dan kesihatan pelanggan serta peniaga di pasar ini nanti walaupun mereka tidak diwajib melintasinya.“Dan selepas tempoh PKP ini berakhir, PPPKMWP turut bercadang untuk terus menggunakan terowong penyebur itu di pintu masuk Bazar Ramadan jika operasinya dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya. – MalaysiaGazette|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |