5614 Tangani Dahulu Ketirisan Minyak Sebelum Laksana Psp Sinar Harian 31 12 2019



SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menangani masalah ketirisan minyak bersubsidi terutama di kawasan sempadan negara terlebih dahulu sebelum melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) pada tahun 2020.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, FOMCA menyambut baik keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan PSP yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.

Bagaimanapun katanya persatuan itu melihat keperluan kerajaan mengkaji satu mekanisme baharu menampung beban sistem subsidi minyak secara pukal, lebih baik dan efektif berbanding mekanisme pelaksanaan PSP.

"Mekanisme pelaksanaan PSP itu tidak jelas dan seolah-olah hanya menumpukan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) semata-mata.

"Sedangkan apabila PSP dilaksanakan, harga minyak RON95 akan naik berterusan hingga mencapai harga pasaran dunia dan sekaligus memberi kesan besar kepada harga barang serta perkhidmatan.

"Sepatutnya masalah ketirisan minyak perlu diselesaikan kerajaan terlebih dahulu kerana jumlah kerugian subsidi ditanggung sebenarnya mencakupi nilai sangat besar yang sepatutnya mampu menampung kos subsidi pukal," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan PSP sehingga satu masa yang akan diumumkan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerajaan tangguh pelaksanaan Program Subsidi Petrol 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat negara ini akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada sementara menunggu pengumuman pengesahan pelaksanaan PSP.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menegaskan kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme pelaksanaan PSP secara lebih teliti sebelum memberi tarikh baharu terhadap pelaksanaannya.

Menurutnya, langkah kerajaan menangguhkan pelaksanaan PSP sebenarnya memberi mesej tidak baik terhadap rakyat dan menunjukkan seolah-olah terdapat banyak kelemahan yang tidak dikaji lebih awal.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George menggesa kerajaan memansuhkan terus pelaksanaan PSP demi kepentingan rakyat negara ini.

Menurutnya, pelaksanaan PSP dilihat seolah-olah menggunakan pendekatan 'try and error' dan rakyat dijadikan tikus makmal bagi mengenal pasti sama ada inisiatif itu mampu mengurangkan tanggungan subsidi minyak oleh kerajaan.

"Keadaan ekonomi lebih mencabar dan kuasa membeli pengguna semakin berkurangan pada tahun 2020, saya bimbang banyak perkara tidak baik akan berlaku jika PSP diteruskan.

"Mansuhkan sahaja PSP kerana pelaksanaan PSP sebenarnya meningkatkan lagi tahap kegusaran rakyat dalam mendepani suasana tidak menentu tahun hadapan," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

TANGANI DAHULU KETIRISAN MINYAK SEBELUM LAKSANA PSP

https://www.sinarharian.com.my/article/63980/BERITA/Nasional/Tangani-dahulu-ketirisan-minyak-sebelum-laksana-PSP



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/12/5614-tangani-dahulu-ketirisan-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5604 Kwsp Perlu Prihatin Masalah Pencarum Ppim Sinar Harian 24 12 2019

5604 Kwsp Perlu Prihatin Masalah Pencarum Ppim Sinar Harian 24 12 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 398 hits
SHAH ALAM Persatuan pengguna Islam Malaysia menyifatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak prihatin dengan permasalahan yang dialami boleh pencarum sehingga membebankan mereka Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata sifat kemanusiaan ...
5605 Dilema Harga Barangan Sekolah Sinar Harian 25 12 2019

5605 Dilema Harga Barangan Sekolah Sinar Harian 25 12 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 427 hits
ISU kenaikan harga barangan tidak akan pernah terhenti Saban tahun saban musim rakyat sentiasa berdepan dengan masalah kenaikan harga barang Menghampiri hujung tahun golongan ibu bapa terkesan dan tertekan dengan harga barangan persekolahan...
31 Disember 2019 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

31 Disember 2019 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 342 hits
Sejak 14 November yang lalu tahap harga sekitar 1 1000 telah kekal sebagai Tahap Permintaan ketara yang telah menawarkan SOKONGAN kenaikan harga yang mencukupi untuk pasangan mata wang dua kali berturut turut Tidak lama selepas itu pasangan...
Psp Cemerlang Rangkul 2 Anugerah Hkip Upm 2019 Putra Science Park

Psp Cemerlang Rangkul 2 Anugerah Hkip Upm 2019 Putra Science Park

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 241 hits
Ini adalah mengenai BERITA di PUTRA SCIENCE PARK UPMPSP cemerlang merangkul Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik dan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidm...
Minyak Zaitun Digunakan 8 000 Tahun Dahulu

Minyak Zaitun Digunakan 8 000 Tahun Dahulu

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 437 hits
Minyak zaitun memang mempunyai banyak sekali khasiat yang sangat bagus untuk manusia Minyak ini sudah digunakan sejak lama baik untuk keperluan kesihatan kecantikan sehingga keperluan lain Namun bukti sejarahnya tidak pernah memberikan kete...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti