5570 Trend Beraya Dengan Duit Judi Sinar Harian 17 04 2021


 

SHAH ALAM - “Banyak orang gila judi. Banyak orang gila judi. Hai judi merosak diri, merosak diri. Banyak yang setengah mati, akibat judi”.
Demikianlah lirik lagu Gila Judi nyanyian Datuk M Daud Kilau, yang turut memberi gambaran mengenai sikap manusia kaki judi yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginannya dipenuhi termasuk pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Terbaharu, tular klip video lagu raya berdurasi 2 minit dan 1 saat yang menggalakkan orang ramai berjudi untuk mendapatkan duit raya.
Video itu memaparkan aksi lakonan dan nyanyian lima lelaki dan perempuan lengkap memakai baju Melayu dan baju kurung sambil menyanyikan lagu raya seakan-akan mengikut melodi Warna-Warni Aidilfitri tetapi liriknya diubah.Video tersebut mempromosikan sebuah laman judi dalam talian menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan tidak menolak ada kaki judi yang terpengaruh dengan iklan seperti itu dan menggunakan wang dimenangi bagi membuat persiapan Aidilfitri untuk diri sendiri dan keluarga.
Menurut beliau, judi online kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja menerusi telefon pintar.
“Judi online kini sangat serius kerana individu yang terlibat boleh menggunakan aplikasi perjudian secara online tanpa perlu pergi ke pusat judi.
“Kadang-kadang semasa makan pun mereka berjudi secara online,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Video klip mempromosi judi online yang tular sejak Khamis.
Malah dek kerana terlalu mudah mencapai akses untuk berjudi katanya, PPIM pernah mendapat pelbagai aduan daripada keluarga mangsa menanggung hutang ratusan ribu ringgit apabila ahli keluarga terlibat dalam judi online.“(Judi online) paling mudah diakses, kita juga pernah mendapat aduan daripada keluarga tentera.
“Ada yang ibu bapanya datang mengadu kerana terpaksa menjual rumah bernilai RM200,000 kerana ada anak dia askar yang sangkut dengan judi online.
“Sebagai orang Islam, kalau hendak ubah nasib perlu ikut cara Islam. Kalau tidak kita akan hanyut. Kepada pihak berkuasa, mereka perlu mengambil serius perkembangan judi ini,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan sindiket perjudian online amat licik, namun pihak berkuasa perlu lebih agresif memastikan aktiviti itu dapat dibanteras.
“Kita tahu sindiket perjudian ini licik. Pihak berkuasa perlu ambil serius. Kita tahu mereka boleh buat semula aplikasi tersebut walaupun telah dipadam oleh pihak berkuasa.“Tapi itulah kerja kita. Sama seperti sampah di Sungai Klang, kita kena cuci hari-hari disebabkan ada orang buang sampah setiap hari,” katanya.
Nadzim
Artikel oleh: Sinar Harian
'TREND BERAYA DENGAN DUIT JUDI'
https://www.sinarharian.com.my/article/133994/BERITA/Nasional/Trend-beraya-dengan-duit-judi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/04/5570-trend-beraya-dengan-duit-judi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untung Nasib Berjaya Tak Ada Duit Beraya Boleh Cuci Iklan Judi Sempena Aidilfitri

Untung Nasib Berjaya Tak Ada Duit Beraya Boleh Cuci Iklan Judi Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 434 hits
388 total views 388 views today Semakin hari aktiviti berjudi dilihat semakin mudah untuk diakses Hanya dengan menggunakan telefon pintar seseorang sudah mampu berjudi dengan harapan mampu meraih wang berganda Terbaru aktiviti yang sememang...
5560 Isu Pukul Pengawal Peribadi Ppim Bimbang Cetus Rusuhan Kaum Sinar Harian 16 04 2021

5560 Isu Pukul Pengawal Peribadi Ppim Bimbang Cetus Rusuhan Kaum Sinar Harian 16 04 2021

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius kes majikan yang memukul dan mengugut dua pengawal peribadinya kerana berpuasa yang dikhuatiri boleh menjadi punca tercetus rusuhan kaum Presidennya Datuk Nadzim Johan turut me...
5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 329 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid 19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan b...
Check Bayaran I Sinar Terkini Duit I Sinar Dah Masuk

Check Bayaran I Sinar Terkini Duit I Sinar Dah Masuk

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 392 hits
CHECK BAYARAN i SINAR TERKINI DUIT i SINAR DAH MASUK Selepas proses pindaan pengeluaran i Sinar pada bulan Mac 2021 bayaran bulanan i Sinar untuk kategori 1 2 dan tanpa syarat sudah berubah Jadi bagaimana nak check bayaran i Sinar terkini A...
5597 20 Ngo Serah Memorandum Bantah Iklan Judi Raya Kepada Zahidi One News 22 04 2021

5597 20 Ngo Serah Memorandum Bantah Iklan Judi Raya Kepada Zahidi One News 22 04 2021

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 479 hits
20 pertubuhan bukan kerajaan menyerahkan memorandum bantahan iklan judi raya dalam talian kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin Memorandum itu meminta kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap operato...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinda Dania Katana Chord

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Makan Kenduri Di Telok Panglima Garang

3 Beranak Ke Ikea Cheras