5560 Isu Pukul Pengawal Peribadi Ppim Bimbang Cetus Rusuhan Kaum Sinar Harian 16 04 2021


 


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius kes majikan yang memukul dan mengugut dua pengawal peribadinya kerana berpuasa yang dikhuatiri boleh menjadi punca tercetus rusuhan kaum.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan turut mengecam keras majikan terbabit yang bertindak di luar batasan kerana menghina agama Islam, perlembagaan sekali gus satu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Sehubungan itu, katanya, PPIM menggesa supaya tindakan tegas segera diambil terhadap majikan yang turut dipercayainya terlibat dalam kumpulan kongsi gelap susulan penemuan jongkong emas dan wang tunai asing bernilai jutaan ringgit pada Khamis.
“Kita rasa ini satu benda yang menarik perhatian semua. Ini sekarang, kalau lima tahun, 10 tahun lagi apa akan jadi kepada negara kerana (kejadian) ini tidak membawa kebaikan. Ada sesuatu yang salah sedang berlaku dengan sistem dalam negara kita.
"Saya berharap perkara ini yang terakhir kerana kami terima aduan daripada rakan-rakan kita di bawah sana, yang berada di lapangan yang cukup marah dan ada (antara mereka) yang hendak pergi serang, ini sangat tidak baik jika berlaku.
“Kita berharap perkara ini ditangani dengan sekeras-kerasnya supaya tidak lagi berlaku dan menjadi pengajaran kepada semua. Kalau ini tidak ditangani, ia boleh jadi rusuhan kaum dan kita tidak boleh terima, makna ini akan merosakkan semuanya (jika berlaku),” katanya.
Nadzim bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain ditemui pemberita pada sidang akhbar anjuran PPIM di Villa Puteri Kondominium di Jalan Tun Ismail di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Nadzim juga meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador agar dapat menyelesaikan dakwaan dibuat majikan terbabit yang mengatakan mengenali beliau kerana ia menimbulkan persepsi nama beliau disalah guna untuk tujuan menakut-nakutkan orang.
“Dia (majikan terbabit) mendakwa kawan (kepada) IGP (Ketua Polis Negara), ini dakwa dia... maknanya IGP kena settlekan (selesaikan) dengan dia lah, jangan biar orang guna nama dia pasal ini juga kaedah yang dia guna menakutkan orang lain,” katanya lagi.
Pada Rabu Sinar Harian melaporkan, dua pengawal peribadi dipukul dengan rotan dan diacu pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa berada sebuah kondominium di Jalan Pinang Kuala Lumpur.
Susulan itu, tiga lelaki direman lima hari manakala seorang lagi selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Klang, Selangor pada Khamis berhubung kes itu.


Artikel oleh: Sinar Harian
ISU PUKUL PENGAWAL PERIBADI: PPIM BIMBANG CETUS RUSUHAN KAUM
https://www.sinarharian.com.my/article/133865/BERITA/Nasional/Isu-pukul-pengawal-peribadi-PPIM-bimbang-cetus-rusuhan-kaum


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/04/5560-isu-pukul-pengawal-peribadi-ppim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5569 Belasah Pengawal Peribadi Ppim Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Keras Samudera My 16 04 2021

5569 Belasah Pengawal Peribadi Ppim Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Keras Samudera My 16 04 2021

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR 16 April 2021 Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan keras dan melakukan siasatan menyeluruh terhadap perilaku tidak berperikemanusiaan ind...
5545 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Metrotv Harian Metro 14 04 2021

5545 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Metrotv Harian Metro 14 04 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 308 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid 19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan Ketua Aktivis PPIM Datuk N...
5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 318 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid 19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan b...
5579 Igp Perlu Selesai Dakwaan Nama Disalahguna Suspek Kes Pukul Ppim Kini Tv 16 04 2021

5579 Igp Perlu Selesai Dakwaan Nama Disalahguna Suspek Kes Pukul Ppim Kini Tv 16 04 2021

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 276 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan hari ini meminta Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyelesaikan dakwaan dibuat suspek yang memukul dua pengawal dan mengaku berkawan dengan beliau Katanya ini bagi menghentika...
5568 Ppim Desak Tindakan Lebih Tegas Tangani Isu Gugat Perpaduan Rakyat Wacana 16 04 2021

5568 Ppim Desak Tindakan Lebih Tegas Tangani Isu Gugat Perpaduan Rakyat Wacana 16 04 2021

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 16 Apr Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa untuk bertindak tegas dalam menangani isu yang semakin mencabar kedaulatan negara Ketua Aktivis PPIM Dato Nadzim Johan berkata isu terkini yang...
5564 Isu Video Raya Judi Kita Takut Saifuddin Tak Ambil Serius Ppim Malaysia Gazette 16 04 2021

5564 Isu Video Raya Judi Kita Takut Saifuddin Tak Ambil Serius Ppim Malaysia Gazette 16 04 2021

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 489 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap penularan video promosi aktiviti perjudian dengan sambutan hari raya Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Joha...
Pukul Pengawal Peribadi Terbongkar Pula Bisnes Judi Online Majikan

Pukul Pengawal Peribadi Terbongkar Pula Bisnes Judi Online Majikan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 392 hits
SEMUANYA bermula dengan kisah pukul pengawal peribadi yang turut diugut bunuh majikannya kerana berpuasa Namun kini siasatan polis bukan hanya tertumpu kepada kes pukul pengawal peribadi dan ugut itu sahaja Memetik sidang akhbar Polis Selan...
Pengawal Peribadi Dipukul Orang Berpuasa Isu Besar Dalam Negara Hamzah

Pengawal Peribadi Dipukul Orang Berpuasa Isu Besar Dalam Negara Hamzah

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 259 hits
Hasimi MuhamadApril 15 2021 Terdahulu Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi terbabit cedera dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Pinang ibu negara Gambar failPUTRAJAYA Perbuatan menghalang orang Islam berpuasa di bulan Ramad...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan