550 Peserta Ikuti Webinar Sembang Santai Stem Bersama Dr Ihsan
Jika 2 hari lepas, saya berwebinar berkongsi tentang kejayaan tersenarai sebagai Finalis Top 50 Global Teacher Prize 2020, hari ini dijemput group Admin Digital Classroom Malaysia sebagai moderator untuk webinar perkongsian pendidikan STEM di Malaysia bersama Dr Ihsan. Sekalipun kurang berpengalaman bab-bab jadi emcee nih, tapi atas kepercayaan yang diberi saya cuba sahut. Sesuai juga dengan bidang kepakaran saya, iaitu STEM maka lebih untuk kot untuk saya menjadi moderator.
250 Peserta Ikuti Webinar Sembang Santai STEM Bersama Dr Ihsan
Kerana konsep yang diorang nak adalah konsep sembang santai, maka saya mula hubungi Dr Ihsan Ismail, lebih awal bagi membincangkan apa perkara yang kami nak bualkan. Sekurang-kurangnya jika ada beliau nak kongsikan dapatan atau slide, maka beliau boleh buat persiapan awal. Apatah lagi ini juga kali pertama Dr Ihsan menyampaikan ceramah melalui konsep webinar nih.
Antara yang dibincangkan adalah soalan yang nak dikemukakan. So saya senaraikan sket soalan yang saya dan Dr Ihsan Ismail bincangkan supaya sesuai dengan keperluan webinar.
1. Apa itu STEM? Sejarah dan latarbelakang Pusat STEM Negara
2. Program Pusat STEM Negara sepanjang 2019 dan 2020
3. Program lain inkuiri selain daripada IBSE dan IBME
4. Pilihan lain untuk guru non-STEM - STEM4ALL
5. Impak daripada pelaksanaan program Pusat STEM Negara
Kemudian kami selitkan dengan sesi Q&A daripada penonton yang diuatarakan sepanjang webinar berlangsung. Juga melalui komen di Youtube.
6. Harapan daripada Pusat STEM Negara
Yang ini pulak flow webinar tadi yang menggunakan aplikasi Microsoft Team.
1. Pendahuluan
2. Bacaan doa
3. Tatacara semasa webinar berlangsung
4. Memperkenalkan VIP
5. Mengacukan soalan dan jawapan
6. Prosedur redeem kursus dan link sijil
7. Penutup
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tadi. Paling saya risaukan adalah talian internet yang bermasalah. Yelah musim COVID-19 nih ramai yang menggunakan internet, maka kadang-kadang jadi sedikit masalah. Tapi untuk petang tadi semuanya lancar.
Yang nak mengikuti rakaman webinar Sembang Santai STEM bersama Dr Ihsan pada petang tadi, boleh lah tengok di laman Youtube di bawah.
Feedback yang diterima juga sangat baik. Banyak juga soalan dan cadangan yang telah diutarakan dan dijawab dengan baik. Harapan saya semoga para peserta webinar petang tadi mendapat perkongsian yang bermanfaat daripada Ketua Pusat STEM Negara, iaitu Dr Ihsan Ismail. Satu pengalaman yang menarik, dan mana tahu ada rezeki kita jumpa lagi!
Terima kasih Digital Classroom!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikguhailmi.com/2020/03/webinar-sembang-santai-STEM-Dr-Ihsan.html