5426 Ketagihan Permainan Dalam Talian Semakin Menular Ppim Bernama 24 10 2019



MELAKA, 24 Okt -- Isu ketagihan permainan dalam talian dilihat semakin bertambah serius sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh membawa kesan negatif, kerana ia kini bukan hanya sering menjadi satu ketagihan di kalangan kanak-kanak, malah ia juga telah mulai turut menjangkiti orang dewasa.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata sejak kebelakangan ini pihaknya ada menerima beberapa aduan dan rungutan orang ramai dan juga ketua-ketua jabatan, bahawa terdapat penjawat awan yang ketagih dengan permainan dalam talian hingga menjejaskan tugas mereka.

Beliau berkata walaupun jumlah aduan yang diterima tidak banyak, namun beliau risau sekiranya terus dibiarkan, ia akan menjejaskan mutu perkhidmatan awam.

"Saya menyeru agar ketua-ketua jabatan kerajaan peka dengan perkara ini dan membuat pemantauan serta mengambil tindakan awal bagi membendungnya sebelum terlambat,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Malah menurutnya lebih parah lagi, ada juga kes-kes di mana ada penjawat awam yang sanggup membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang tidak berlesen atau 'Ah Long' semata-mata untuk melepaskan 'gian' ketagihan itu.

"Saya juga harap agar pihak berwajib mengambil tindakan akan perkara ini sebelum ia meresap dalam sistem masyarakat kita dengan melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat dan bersungguh-sungguh serta menambah baik perundangan yang sedia jika perlu,”katanya.

Beliau berkata kerajaan boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan China baru-baru ini yang mengharamkan operasi permainan dalam talian ‘PlayerUnknown’s Battlegrounds’ (PUBG) yang digantikan dengan permainan baharu yang lebih bersifat patriotik, dikenali sebagai ‘Game of Peace’.

Menyentuh mengenai ketagihan bermain permainan dalam talian di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah, Nadzim berkata ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dan dekat dengan anak mereka perlu mainkan peranan dengan membuat pemantauan dan mengehadkan masa anak bersama telefon pintar.

Katanya ibu bapa perlu menjadikan anak sebagai aset atau dijaga seperti emas dan tidak meletakan anak sebagai satu tanggungan atau liabiliti semata-mata.


Artikel oleh: Bernama

KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN SEMAKIN MENULAR - PPIM 

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1782539



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5426-ketagihan-permainan-dalam-talian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5381 Mekanisme Semakan Dalam Talian Atasi Penipuan Umrah Ppim Alhijrah Online 10 10 2019

5381 Mekanisme Semakan Dalam Talian Atasi Penipuan Umrah Ppim Alhijrah Online 10 10 2019

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 588 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak kerajaan mewujudkan mekanisme khas yang membolehkan bakal jemaah menyemak status syarikat pengendali umrah dan status visa umrah dalam talian Cadangan itu disuarakan ketua aktivisnya...
5416 Larangan Kempen Di Masjid Tak Jejas Bmf Ppim Sinar Harian 21 10 2019

5416 Larangan Kempen Di Masjid Tak Jejas Bmf Ppim Sinar Harian 21 10 2019

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 395 hits
SHAH ALAM Tindakan kerajaan Perak yang melarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu di kawasan masjid di negeri itu tidak menjejaskan kempen berkenaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan meny...
5412 Majlis Penutup Security Management Close Protection Operation Course Siri 2 2019 Ppim 20 10 2019

5412 Majlis Penutup Security Management Close Protection Operation Course Siri 2 2019 Ppim 20 10 2019

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 314 hits
Toqqi menyampaikan ucapan perasmian penutup bagi majlis penutup Security Management Close Protection Operation Course Siri 2 2019 anjuran Persatuan Taekwando Bekas Prajuit ATM Malaysia di PERHEBAT Kem Sg Buloh
5415 Kami Bantu Apa Yang Kami Mampu Toqqi Tv Ppim 21 10 2019

5415 Kami Bantu Apa Yang Kami Mampu Toqqi Tv Ppim 21 10 2019

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 294 hits
Kami Bantu Apa Yang Kami Mampu Toqqi Untuk maklum semua PPIM menerima ribuan aduan setiap bulan yg membabitkan penganiayaan penindasan kezaliman Mereka datang ke PPIM bagi mengharapkan bantuan pembelaan Sebagai sebuah NGO sudah tentu ini bu...
5407 Baru Nak Senang Sikit Bala Sampai Tv Ppim 16 10 2019

5407 Baru Nak Senang Sikit Bala Sampai Tv Ppim 16 10 2019

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 444 hits
Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna Tahu tak zakat ni diletakkan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam islam dan sering digandingkan perkataannya dengan ...
5424 Aktiviti Sesi Perbincangan Bersama Prof Dato Dr Noordin Darus Dan Coach Fadzil Hashim Ppim 24 10 2019

5424 Aktiviti Sesi Perbincangan Bersama Prof Dato Dr Noordin Darus Dan Coach Fadzil Hashim Ppim 24 10 2019

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 825 hits
PPIM telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Prof Dato Dr Noordin Darus Pengerusi Eksekutif WorldWellness dan Coach Mohd Fadzil Hashim Pengasas Brainy Bunch di Pejabat Brainy Bunch Cyberjaya Perbincangan adalah berkenaan portal pern...
5442 Aktiviti Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Wilayah Persekutuan Ppim 30 10 2019

5442 Aktiviti Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Wilayah Persekutuan Ppim 30 10 2019

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 381 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan YB Tuan Haji Khalid Abd ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik