5381 Mekanisme Semakan Dalam Talian Atasi Penipuan Umrah Ppim Alhijrah Online 10 10 2019



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak kerajaan mewujudkan mekanisme khas yang membolehkan bakal jemaah menyemak status syarikat pengendali umrah dan status visa umrah dalam talian.Cadangan itu disuarakan ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan bagi mengatasi masalah penipuan umrah yang terus berleluasa di negara ini.Katanya, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan peningkatan kes dilaporkan dari tahun ke tahun itu, membuktikan kedegilan pihak tidak bertanggungjawab menipu orang ramai.“Penipuan ini bukan sehari dua, kita harap pihak kerajaan akan memantau kes penipuan umrah ini dengan lebih dekat.“Kita rasa perlu ada mekanisme semakan dalam talian, untuk semak siapa-siapa yang pergi umrah dengan butiran terperinci (pengendali umrah, visa dan maklumat berkaitan) bagi atasi masalah ini.“Ia perlu dilakukan dengan segera,” katanya ketika diminta mengulas laporan khas penipuan umrah Berita AlHijrah kelmarin.Statistik terkini PDRM berkaitan penipuan pakej umrah dan ziarah yang diperoleh AlHijrah Online menunjukkan 311 kes penipuan membabitkan kerugian RM10.8 juta dicatatkan dari 2014 hingga 2018.Jika diteliti, trend penipuan umrah adalah semakin parah apabila mencatat peningkatan daripada 64 kes pada 2014 kepada 104 kes pada 2018.Statistik sama turut menunjukkan 38 kes dengan nilai kerugian RM849,980 direkodkan bagi enam bulan pertama 2019.Situasi ini amat membimbangkan selepas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memansuhkan Lesen Khas Umrah (LKU) pada 1 September lalu bagi membolehkan lebih ramai ejen mengendalikan pakej umrah dengan memberi kelonggaran kepada syarat lesen khas itu.Laporan khas AlHijrah Online yang turut menemubual tiga mangsa penipuan umrah membabitkan syarikat dan individu bergelar “dato” yang menawarkan pakej umrah serendah RM1,500 kepada 250 penduduk PPR Kerinchi di Lembah Pantai.Mangsa sepatutnya diterbangkan ke Tanah Suci pada Oktober tahun lalu, sebaliknya mereka ditipu dan tidak ke Makkah sehingga ke hari ini.“Memang orang kita mudah ditipu. (Mereka yang menipu) licik dengan guna modus operandi bawa jemaah jumlah kecil dahulu.“Kumpulan awal akan pergi dulu tapi kumpulan lepas itu tipu. Mereka memang rancang tipu untuk lima tahun akan datang,” kata Nadzim menegaskan ramai menjadi mangsa kerana bayaran murah selain “diyakinkan” dengan kumpulan terdahulu yang dibawa ke Makkah.Menurut seorang mangsa yang bergelar “haji”, kumpulan pertama hanya membayar RM500 pada 2015 dan diterbangkan ke Makkah untuk ibadah umrah.Ia diikuti kumpulan kedua setahun berikutnya dengan bayaran RM1,000 setiap jemaah dan bayaran RM3,800 pada 2017.Namun ketika trip pada tahun lalu (2018), pakej umrah itu dibatalkan tanpa sebarang sebab dengan sekurang-kurangnya 250 mangsa dari PPR Kerinchi ditipu.“Ramai lagi mangsa yang kena tipu bukan hanya di PPR Kerinchi, di kawasan lain di Lembah Pantai ramai kena tipu dari golongan pesara, ibu tunggal, surirumah dan warga emas,” katanya enggan dinamakan atas faktor keselamatan.Ditanya mengenai desas desus Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang mungkin dibubarkan, Nadzim yang mendengar berita sama berkata, beliau mahu pihak terbabit menjelaskan sebab tindakan itu diambil.“Saya ada dengar khabar ini (MKSU) mungkin dibubarkan. Jika benar ia langkah ke belakang dalam menangani penipuan umrah. Ia akan buka ruang kepada lebih banyak penipuan,” katanya. – AlHijrah Online/Syed Azwan Syed Ali
Artikel oleh: Alhijrah OnlineMEKANISME SEMAKAN DALAM TALIAN ATASI PENIPUAN UMRAH: PPIMhttps://alhijrahnews.com/2019/10/10/perlu-ada-mekanisma-semakan-dalam-talian-atasi-penipuan-umrah-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5381-mekanisme-semakan-dalam-talian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bshr 2019 Cara Semakan Status Online Penerima Bsh

Bshr 2019 Cara Semakan Status Online Penerima Bsh

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 514 hits
SOURCE appeared first on BSHR 2019 Cara Semakan Status Online Penerima BSH lulus atau tidak Dengan berita baru dan pengumuman pelancaran BSHR oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ia semestinya melega...
5386 Keldai Akaun Pemangsa Atau Mangsa Alhijrah Online 12 10 2019

5386 Keldai Akaun Pemangsa Atau Mangsa Alhijrah Online 12 10 2019

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 397 hits
PPIM mengadakan sidang akhbar khas semalam bagi membela individu yang diperdaya menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan Ikuti laporan Berita AlHijrah 11 Oktober 2019 Sumber Alhijrah OnlineKELDAI AKAUN PEMANGSA ATAU MANGSA
5390 Program Gotong Royong Jom Bersih Bukit Bintang Ppim 12 10 2019

5390 Program Gotong Royong Jom Bersih Bukit Bintang Ppim 12 10 2019

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 655 hits
Terima kasih kepada Sukarelawan PPIM yang hadir menyumbang tenaga ke Program Gotong Royong Jom Bersih Bukit Bintang melalui projek Blueprint Kebersihan Bukit Bintang pada hari ini Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan...
5388 Undang Undang Tanpa Kemanusiaan Tv Ppim 12 10 2019

5388 Undang Undang Tanpa Kemanusiaan Tv Ppim 12 10 2019

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 240 hits
Undang undang diwujudkan bertujuan untuk melindungi rakyat namun hari ini PPIM menerima banyak aduan mengenai undang undang negara gagal melindungi rakyat Kehilangan sifat perikemanusiaan oleh pengamal undang undang dan penguatkuasa adalah ...
5383 Statistik Pinjaman Ahlong Ppim 11 10 2019

5383 Statistik Pinjaman Ahlong Ppim 11 10 2019

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 293 hits
Statistik terkini kami menunjukkan 80 peminjam Ahlong adalah Melayu manakala 10 adalah Cina 8 adalah India dan 2 adalah lain lain kaum 65 peminjam dari kalangan lelaki dan 35 selebihnya adalah wanita Terjerat Ahlong Jangan Risau Dapatkan Ba...
5387 Pihak Berkuasa Salah Guna Kuasa Demi Capai Kpi Tv Ppim 12 10 2019

5387 Pihak Berkuasa Salah Guna Kuasa Demi Capai Kpi Tv Ppim 12 10 2019

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 330 hits
Helah scammer yang menyamar sebagai pegawai bank berjaya memperdaya seorang ibu yang ingin membuat pinjaman peribadi untuk pembiayaan pengajian mangsa Dikatakan tidak boleh menggunakan akaun bank sendiri kerana lanjutan usia si ibu mendedah...
5384 Kami Tak Mahu Sumbangan Dari Ahlong Kami Mahu Sumbangan Dari Anda Ppim 11 10 2019

5384 Kami Tak Mahu Sumbangan Dari Ahlong Kami Mahu Sumbangan Dari Anda Ppim 11 10 2019

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 325 hits
KAMI TAK MAHU SUMBANGAN DARI AHLONG KAMI MAHU SUMBANGAN DARI ANDA Kami tetap cekalkan hati tidak mahu hati kami buta kerana wang ringgit Ahlong berkali kali ingin memberi sogokkan kepada PPIM agar tutup mata pada kegiatan mereka sehingga me...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya