5391 Banduan Rebutan Peluang Kedua Metro Ahad 13 10 2019



KUALA LUMPUR: Peluang kedua yang sebenar. Inisiatif itu diambil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang ‘menjemput’ bekas banduan dari Penjara Kajang, diberi latihan dan kerja untuk membolehkan mereka mengubah nasib dan masa depan.Menerusi program Insan Sedia Berjasa (ISB) yang dimulakan dua bulan lalu, seramai 20 bekas banduan ditempatkan di beberapa premis perniagaan sekitar Lembah Klang termasuk restoran, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pejabat untuk memulakan hidup baharu.Ia memberikan harapan betapa masih ada pihak yang menerima mereka selepas menempuh pengalaman pahit, keluar masuk penjara berulang kali kerana tiada peluang diberikan menyebabkan mereka terus memilih jalan salah.Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif berkenaan diambil selepas pihaknya mengadakan beberapa siri pertemuan dengan banduan serta keluarga dan mendapati wujud keperluan mendesak untuk membantu bekas banduan di negara ini.Katanya, pemerhatian pihaknya mendapati, kebanyakan bekas banduan akan kembali terjebak dengan ‘kerja lama’ kerana tiada sokongan atau peluang diberikan kepada mereka untuk berubah selepas keluar dari penjara.“Ini satu cara kita untuk membantu kerajaan mengatasi lambakan banduan di penjara. Kita ambil mereka, beri latihan dan beri kerja. Kita juga adakan penjodohan pekerjaan bersama majikan untuk memastikan mereka sesuai bekerja di satu-satu tempat.“Saya juga sudah menulis surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara memohon agar diberikan pertimbangan memohon lesen penjaja kerana mereka hanya perlukan peluang,” katanya.


Pemilik Ali Cafe Tomyam, Ali Syed Mohd, 53, antara majikan terawal yang menyokong ISB dan mengambil lima bekas banduan untuk bekerja dan membantu perniagaan di restoran miliknya sejak sebulan lalu.Menurutnya, ia sebahagian tanggungjawab yang perlu dipikul demi memastikan mereka tidak tergelincir semula dan melakukan kesalahan sama berulang kali sehingga menggadaikan masa depan.“Alhamdulillah sejak mereka bekerja di sini, saya lihat tidak ada masalah sebenarnya. Sebaliknya mereka lebih tekun dan berdisiplin dalam kerja mungkin kerana menghargai peluang yang diberikan.“Insya-Allah, saya akan ambil lagi mereka dan latih untuk menjadi peniaga sama seperti saya. Yang penting, mereka mahu berubah dan menyesali kesalahan sebelum ini.“Bagi saya, sama ada mereka bekas banduan atau tidak, itu tidak penting yang mustahaknya kesungguhan untuk menjadi manusia berguna,” katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya juga menyokong usaha berkenaan dan akan memberi peluang kepada bekas banduan bekerja di restoran milik ahli persatuan itu.Katanya, selain bekerja untuk mendapatkan gaji, ia juga sebahagian tuntutan agama membantu sesama insan, apatah lagi ketika banyak pihak mengambil sikap acuh tak acuh untuk mengambil pekerja dari kalangan bekas banduan.

BEKAS banduan mendengar nasihat daripada Ali.Nekad terus berubah“SAYA menangis apabila dapat tahu ada pihak sudi memberikan kerja kepada bekas banduan seperti saya kerana sebelum ini saya tiada pilihan sehingga terpaksa buat kerja kotor semula untuk mendapatkan wang.Sejak 2015, saya keluar masuk penjara atas kesalahan samun sebanyak enam kali kerana setiap kali bebas, amat sukar untuk mendapatkan kerja walaupun sebagai tukang cuci pinggan kerana status bekas banduan.Sampai satu ketika, saya rasa tidak ada lagi peluang buat bekas banduan seperti saya dan rakan untuk kembali berbakti kepada keluarga dan masyarakat selepas merasai sendiri bagaimana masyarakat memandang sinis kepada kami.Ketika dimaklumkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melatih, memantau dan menyediakan peluang, saya seperti tidak percaya ada pihak sanggup menerima kami untuk bekerja, saya rasa seperti hidup semula kerana pengalaman sebelum ini membuatkan saya berputus asa.Selama sebulan di PPIM, Datuk Nadzim (Johan) bersama aktivis lain banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada kami supaya teruskan perubahan yang baik dan jangan lagi terpedaya dengan pujukan untuk kembali buat jahat.Alhamdulillah, keluarga juga gembira dengan perubahan saya dan saya nekad untuk terus berubah, buat yang terbaik untuk diri sendiri dengan mencari sebanyak mungkin pengalaman untuk membantu orang lain pula selepas ini.”Sabri, 25 (kesalahan samun)


Majikan memahami


“Selama dalam penjara sejak 2005, saya tak pernah terfikir satu hari akan keluar dan mempunyai pekerjaan yang baik, majikan yang memahami serta NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang sudi mendengar rintihan bekas banduan.
Apa yang saya tahu, kemungkinan untuk saya kembali ke penjara adalah tinggi kerana bila kita keluar, semua akan memandang kami seperti sampah, jauh sekali untuk mengambil kami bekerja.
Tetapi ISB mengubah tanggapan itu dan saya rasa bertuah kerana ada pihak yang menerima kami seperti keluarga sendiri, tidak meminggirkan walaupun saya sudah empat kali keluar masuk penjara kerana pelbagai kesalahan.
Saya akui, dulu saya terjebak kerana pengaruh rakan-rakan dan ingin mendapatkan duit mudah tanpa memikirkan masa depan keluarga termasuk dua anak saya.
Peluang ini memberikan saya keyakinan meneruskan hidup dan saya amat berharap agar masyarakat tidak memandang hina bekas banduan seperti kami dan berilah peluang untuk kami menebus kesalahan lalu.
Walaupun bekerja sebagai pembantu restoran, saya akan buat yang terbaik untuk balas kepercayaan majikan yang tidak putus-putus memberikan nasihat dan tunjuk ajar walaupun tahu latar belakang saya sebelum ini.”
Amrin, 34 (pecah rumah, miliki barang curi)

'Saya hanya minta satu peluang'


“Selama ini saya hanya minta satu peluang dan Allah makbulkan, saya sangat bersyukur kerana ada pihak yang tawarkan peluang itu ketika orang lain memang tak bagi harapan.
Sebulan sebelum saya bebas, pihak penjara ada tanya mengenai peluang untuk bekerja, dan saya maklumkan saya mahu bekerja, asalkan dapat duit yang halal.
Setakat ini saya membantu PPIM untuk kerja-kerja di pejabat dan walaupun bergaji kecil saya rasa cukup dan tenang kerana dikelilingi individu positif dan sentiasa mengambil berat, tidak seperti sebelum ini.
Dulu saya pernah hidup mewah dengan kerja haram, tetapi kali ini, peluang ini menjadikan saya insaf betapa masih ada orang yang sayang dengan bekas banduan dan sudi berkawan.
Saya berdoa supaya kekal begini sampai bila-bila dan bersyukur kerana keluarga juga menyokong saya di sini dan mereka mahu saya membalas jasa dengan melakukan perkara yang baik.
Bila melalui pengalaman dalam ISB ini, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi kerana tidak mahu menghampakan mereka yang memberikan kehidupan baru kepada saya dan rakan-rakan.”
Halim, 50, (pecah premis, samun)

Artikel oleh: Metro Ahad 
BANDUAN REBUTAN: PELUANG KEDUA
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/506495/peluang-kedua-metrotv


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5391-banduan-rebutan-peluang-kedua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5392 Peluang Kedua Sebenar Kepada Bekas Banduan Metro Tv 13 10 2019

5392 Peluang Kedua Sebenar Kepada Bekas Banduan Metro Tv 13 10 2019

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 318 hits
Peluang kedua yang sebenar Inisiatif itu diambil Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang menjemput banduan dari Penjara Kajang diberi latihan dan kerja untuk membolehkan mereka mengubah nasib dan masa depan Menerusi program Insan Sedia Berja...
5349 Malakat Mall Untuk Usahawan Bumiputera Harian Metro 03 10 2019

5349 Malakat Mall Untuk Usahawan Bumiputera Harian Metro 03 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 410 hits
KOPERASI Pembangunan Pengguna Islam Malaysia mensasarkan untuk membuka 100 Malakat Mall sebagai ekosistem baru dan pusat pengedaran barangan usahawan Bumiputera dalam tempoh 10 tahun akan datang Ketua Pegawai Eksekutifnya Fadzil Hashim berk...
5331 Aktiviti Temubual Bersama Harian Metro Ppim 01 10 2019

5331 Aktiviti Temubual Bersama Harian Metro Ppim 01 10 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 357 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi telah ditemubual oleh wartawan Harian Metro yang membincangkan mengenai isu Program Insan Sedia Berjasa Program Bantu Bekas Banduan
Top 2019 Keputusan Peringkat Kedua

Top 2019 Keputusan Peringkat Kedua

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 503 hits
CHUKAI Tiga pelumba Malaysia cemerlang pada peringkat kedua perlumbaan berbasikal Tour of Peninsular 2019 sejauh 157 4 kilometer bermula dari Kuala Terengganu dan berakhir di sini hari ini Pelumba negara Mohd Harrif Saleh yang mewakili pasu...
5377 Diperdaya Jadi Keldai Akaun Metrotv Harian Metro 10 10 2019

5377 Diperdaya Jadi Keldai Akaun Metrotv Harian Metro 10 10 2019

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 433 hits
SAYA tidak pernah salahkan ibu dan tahu ketika itu dia terdesak lalu menggunakan saya untuk buat pinjaman berikutan adik mahu membayar yuran pengajiannya kata pemuda yang mahu dikenali sebagai Syamel 22 Gara gara itu juga dia terpaksa meren...
Operasi Nila Jaya 2019 Polda Metro Jaya Ungkap 337 Kasus Narkoba

Operasi Nila Jaya 2019 Polda Metro Jaya Ungkap 337 Kasus Narkoba

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 180 hits
Modus modus baru yang dilakukan untuk dapat mengelabui polisi seperti dibungkus dengan alat kontrasepsi dan dimasukan di dalam alat kemaluan perempuan Modus ini dilakukan oleh Warga Negara Asing
Pt3 2019 Soalan Bocor Lagi Kali Kedua

Pt3 2019 Soalan Bocor Lagi Kali Kedua

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 742 hits
KANGAR Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan kebocoran kali kedua kertas soalan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi subjek Matematik Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata setakat ini...
Karnival Rahmah 2019 Meriah Peluang Kukuhkan Kedamaian

Karnival Rahmah 2019 Meriah Peluang Kukuhkan Kedamaian

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 294 hits
Penganjuran julung kali Karnival Rahmah 2019 selama empat hari di Dataran Putrajaya berlangsung meriah apabila dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat daripada berbilang bangsa
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp