5332 Pembelian Dalam Talian Satu Penjimatan Atau Pembaziran Pengguna Bernama 01 10 2019



MELAKA, 1 Okt -- Sejak kebelakangan ini trend membeli barang secara dalam talian banyak mengubah corak bagaimana rakyat negara berbelanja.

Kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat platform e-dagang bukan hanya memudahkan pengguna berbelanja tetapi harga sesetengah barangan yang dipamerkan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan harga di kedai atau pasar raya.

Namun persoalan yang timbul adakah kemudahan itu menggalak pengguna berbelanja secara boros sehingga berlaku pembaziran akibat ketagihan dalam melakukan pembelian secara dalam talian ataupun pengguna dapat berbelanja dengan jimat kerana harga yang ditawarkan adalah lebih rendah.

Seorang pekerja swasta, Siti Norazimah Abdullah, 34, berkata persoalan sama ada kewujudan kaedah baharu itu menggalak pengguna berbelanja secara boros atau lebih jimat dalam menguruskan kewangan mereka (pengguna) bergantung kepada sikap individu itu sendiri.

"Saya lebih selesa membeli barangan tertentu seperti produk penjagaan diri dan pakaian kerana ianya menawarkan harga yang lebih murah serta ‘update’(terkini) berbanding dengan apa yang terdapat di pasar raya.

“Lagipun saya tidak lagi perlu membuang masa memandu ke pasar raya dan menghabiskan masa berjam-jam untuk ‘shoping’ (berbelanja)… paling memeritkan apabila terpaksa berbaris panjang ketika membuat pembayaran lebih-lebih lagi ‘time gaji’ (ketika gaji) atau musim perayaan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengguna diingatkan agar berhati-hati dalam membuat pesanan kepada penjual yang dipercayai sahaja bagi mengelak berlakunya penipuan dengan meneliti ruangan komen pembeli terlebih dahulu.

Katanya, beliau telah lama membuat pembelian secara dalam talian sebelum wujub platform e-dagang lagi iaitu membuat pembelian buku rujukan sekolah menerusi laman web.

Turut berkongsi pendapat, Zahari Ibrahim, 44, berkata adakalanya membeli barang secara dalam talian lebih menjimatkan dan kadang kala membazir apabila pengguna berbelanja secara boros.

"Bagi saya semuanya bergantung kepada sikap individu itu sendiri… sekiranya pengguna bijak dalam berbelanja dan berhati-hati dalam membuat pemilihan barang, ia akan memberi penjimatan dan lebih nilai pada wang yang dibelanjakan," katanya yang sering mengunakan platform e-dagang bagi membeli barangan aksesori kereta.

Satu kelemahan membuat pembelian dalam talian adalah pembeli perlu menunggu lebih daripada sehari bagi mendapat barang yang dipesan kerana ianya dihantar mengunakan perkhidmatan pos.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi Bernama semalam berkata fenomina membeli barang secara dalam talian perlu dipantau agar ianya tidak menjadi satu budaya yang akhirnya dapat memberi kesan negatif kepada masyarakat.

“Semua pihak sama ada pembeli itu sendiri, ketua keluarga, badan bukan kerajaan (NGO), mahupun kerajaan perlu terlibat sama dalam melakukan pemantauan bagi memastikan mereka (pengguna) tidak membeli barang yang tidak berfaedah di luar keperluan akibat ketagih berbelanja,” katanya.

Nadzim berkata, sekiranya perkara ini tidak dipantau, beliau risau ianya akan menjadi satu budaya negatif apabila pengguna berbelanja sesuka hati tanpa mengukur kemampuan dan keperluan mereka.

“Ini bukan bermakna saya menolak kewujudan dan peranan syarikat e-dagang yang telah banyak membantu pengguna dan ekonomi negara, namum usaha membuat pemantuan perlu dilakukan segera oleh pihak berkenan agar ianya tidak menjadi satu perkara yang negatif satu hari nanti,” katanya.

Katanya, beliau ada menerima rungutan daripada orang ramai bahawa terdapat segelintir pengguna membeli barangan dari luar negara yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini dan ada juga yang membeli barangan yang salah dari segi undang-undang negara.

Artikel oleh: Bernama
PEMBELIAN DALAM TALIAN SATU PENJIMATAN ATAU PEMBAZIRAN - PENGGUNA 
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1773640


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5332-pembelian-dalam-talian-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Play Store Kini Memudahkan Pengguna Keluar Dari Mana Mana Ujian Beta Dengan Satu Butang Sahaja

Google Play Store Kini Memudahkan Pengguna Keluar Dari Mana Mana Ujian Beta Dengan Satu Butang Sahaja

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 345 hits
Google Play Store adalah gedung memuat turun aplikasi untuk pengguna Android yang sedia terbina pada mana mana peranti Android Selain daripada memuat turun ia juga menawarkan kemampuan kepada pengguna untuk sertai ujian Beta dengan mudah me...
Cara Membuka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Dalam Satu Smartphone Terkini 2019 2020

Cara Membuka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Dalam Satu Smartphone Terkini 2019 2020

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 586 hits
Sekitar tahun 2015 dan 2016 yang lalu blog ini pernah kongsikan cara untuk membuka lebih dari satu akaun pada smartphone yang sama Carian berkaitan dengan hal ini masih lagi dicari oleh pengguna internet hingga ke hari ini Jadi kali ini Blo...
Stl 2019 Pemain Import Membunuh Atau Meningkatkan Kualiti Pemain Tempatan

Stl 2019 Pemain Import Membunuh Atau Meningkatkan Kualiti Pemain Tempatan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 666 hits
Nampaknya Sepaktakraw League menambah rencah dengan kemasukan beberapa pemain import dari Thailand Salah seorangnya adalah nama besar iaitu bekas pemain kebangsaan Thailand Wirawut Nongkhai yang beraksi untuk pasukan Negeri Sembilan Anthler...
5350 Aktiviti Ceramah Bulanan Kesedaran Dan Kepentingan Hak Hak Pengguna Dalam Islam Ppim 03 10 2019

5350 Aktiviti Ceramah Bulanan Kesedaran Dan Kepentingan Hak Hak Pengguna Dalam Islam Ppim 03 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 389 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesedaran dan Kepentingan Hak Hak Pengguna dalam Islam di Surau Luqman Al Hakim Kem Kementah
5354 Reintroduction Of Gst Poses A Challenge To Changing People S Perception Bernama 02 10 2019

5354 Reintroduction Of Gst Poses A Challenge To Changing People S Perception Bernama 02 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Oct 2 The impact on the people and prices of goods as well as government revenue is among the important aspects to be heeded in making a decision on whether the goods and services tax should be reintroduced No matter how good t...
4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR 25 Sept Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Mala...
5365 Pengguna Usahawan Harap Sistem Cukai Baharu Lebih Berkesan Utusan 07 10 2019

5365 Pengguna Usahawan Harap Sistem Cukai Baharu Lebih Berkesan Utusan 07 10 2019

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR 7Okt Masyarakat Pengguna hanya mengharapkan sistem percukaian yang lebih berkesan yang membawa kesan positif dan perubahan kepada rakyat dan negara kata Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia itu mem...
Tema Lirik Lagu Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2019

Tema Lirik Lagu Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2019

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 658 hits
Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun Pada tahun ini Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan tema Hari Kemerdekaan pada 24 Julai 2019 lalu adalah Sayangi M...
Piala Malaysia 2019 Pknp Fc Tagih Sentuhan Penyudah Giancarlo Di Darul Aman

Piala Malaysia 2019 Pknp Fc Tagih Sentuhan Penyudah Giancarlo Di Darul Aman

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 230 hits
PKNP FC dalam misi memburu dua gol tanpa bolos dalam aksi timbal balik menentang Kedah di Stadium Darul Aman malam nanti Dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 tempohari Kedah meraih kemenangan tipis 2 1 Bercakap kepada Berita Ha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator