10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021


10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021

Setiap tahun kerajaan akan mengumumkan senarai bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat bertujuan untuk mengurangkan beban hidup rakyat. Sedar atau pun tidak banyak sebenarnya bantuan yang kerajaan hulurkan.

Jadi jom semak senarai bantuan yang boleh anda mohon bagi tahun 2021.





#1 Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah satu bantuan daripada Kerajaan yang ditujukan kepada beberapa kategori penerima yang telah dikenalpasti. Bantuan diberikan dalam bentuk tunai kepada penerima yang layak dan ditentukan melalui satu set kriteria yang telah diumumkan oleh kerajaan. Selain bantuan tunai, mereka yang menerima BSH juga layak untuk menyertai Skim Khairat Kematian yang diwujudkan di bawah BSH ini.



#2 Skim Perlindungan Masyarakat mySalam

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia yang juga penerima Bantuan Sara Hidup berumur antara 18 hingga 65 tahun;


Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.



Semak kelayakan Permohonan mySalam 



#3 Program Rebat Bil Elektrik RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.

Semak kelayakan Program Rebat BilElektrik RM40 



#4 Pas Tanpa Had MyRapid My100 dan My50

My100 dan My50 adalah pas yang menawarkan perjalanan tanpa had pada rangkaian kereta api dan bas Rapid KL selama 30 hari berturut-turut.

Penumpang boleh melakukan perjalanan beberapa kali dalam sehari di mana-mana rangkaian Rapid KL atau bas, dengan tambang yang dikenakan pada bayaran sebanyak RM100 untuk 30 hari untuk perjalanan tanpa had di LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT; atau RM50 untuk 30 hari untuk perjalanan tanpa had hanya pada bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT, tetapi tidak termasuk BRT.



#5 Bantuan Awal Persekolahan RM 100

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) iaitu bantuan One-Off bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.



#6 Skim i-SURI

i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Antara manfaat yang bakal diterima ialah menikmati dividen tahunan, serta layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan Insentif Kerajaan sebanyak RM480 setahun.

 

#7 Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)

Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar. Berumur 40 tahun dan ke atas. Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.

 

#8 Bantuan Telefon Pintar Untuk Golongan B40 & 120GB Data Internet

Pemberian telefon percuma dengan data 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan) kepada murid dari keluarga B40 daripada YTL Foundation adalah untuk memudahkan urusan pembelajaran dari rumah.

Permohonan hendaklah dicalonkan oleh cikgu yang berkelayakan dan mendapat kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan beserta maklumat murid dan ibubapa.

Permohonan dibuka sehingga 30 June 2021. Boleh buat permohonan di sini 

 

#9 Bantuan RM 100 Kredit E-Wallet

Pemberian e-wallet RM100 adalah kepada golongan belia berumur 18-20 tahun dan juga akan diberikan kepada semua pelajar IPTA dan juga IPTS tanpa mengira umur.  Muat turun aplikasi TNG E-wallet/Boost/Grab (salah satu aplikasi tersebut), dan isi maklumat diperlukan.

Bantuan e-wallet ini akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021 dan boleh ditebus melalui verifikasi kad pengenalan.

 

#10 Bantuan Kanak-Kanak serta Keluarga JKM

Bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar bantuan adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut syarat ditetapkan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/01/10-bantuan-kerajaan-untuk-rakyat-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Semak Semula Pertumbuhan Kdnk 7 5 Tahun 2021

Kerajaan Perlu Semak Semula Pertumbuhan Kdnk 7 5 Tahun 2021

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 345 hits
Kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diminta untuk mengkaji semula sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2021 Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung berkata sasaran pertumbuhan 7 5 sebagaimana yang dinyat...
Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 342 hits
Pada 19 Januari 2021Oleh Zamzani HusinPerdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima kecaman daripada warganet selepas beliau menyampaikan perutusan berkenaan bantuan khas sempena pelaksanaan PKP 2 0 semalam Ini selepas rata rata daripada mereka...
Senarai Bantuan Rakyat 2021

Senarai Bantuan Rakyat 2021

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 487 hits
SENARAI BANTUAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT BELANJAWAN 2021 1 Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40 http aorracer com 2fUi 2 Bantuan Khas Penjawat Awam RM 600 This is a content summary only Visit my website for full links other c...
Permohonan Bantuan Telefon Pintar Data Percuma B40 Tahun 2021

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Data Percuma B40 Tahun 2021

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 1131 hits
PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR DATA PERCUMA B40 TAHUN 2021 Semua sedia maklum bahawa sesi persekolahan kini dilaksanakan secara PdPR Golongan B40 sangat memerlukan telefon pintar untuk pelaksanaan PdPR YTL Foundation telah melanjutkan pe...
Bantuan Prihatin Rakyat Bpr 2021 Permohonan Baru Dan Kemaskini

Bantuan Prihatin Rakyat Bpr 2021 Permohonan Baru Dan Kemaskini

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 954 hits
Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 Permohonan Baru dan Kemaskini Seperti yang telah dimaklumkan Bantuan Prihatin Rakyat untuk tahun 2021 boleh dibuat bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 Baca Juga Permohonan Bantuan ...
Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Pendaftaran Bayaran Syarat Kelayakan

Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Pendaftaran Bayaran Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 858 hits
Selesai sudah bab i Sinar KWSP malahan kategori 1 sudahpun mula menerima bayaran dan i Sinar kategori 2 pula telah pun di buka permohonan beserta mengemukan dokumen sokongan yang di perlukan dalam permohonan untuk yang layak Dan di waktu en...
Bkks Semakan Bantuan Sarawak Ku Sayang Tahun 2021

Bkks Semakan Bantuan Sarawak Ku Sayang Tahun 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 554 hits
Cara Mohon dan permohonan BKKS Semakan Bantuan Sarawak Ku Sayang termasuk kepada golongan bujang dan b40 di Sarawak tahun 2021 Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan baru baru ini bahawa terdapat Skim dan Pake...
Kemaskini Dan Permohonan Baru Bpr Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Kemaskini Dan Permohonan Baru Bpr Bantuan Prihatin Rakyat 2021

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 687 hits
Dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 Menteri Kewangan telah mengumumkan BSH kini digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR Jumlah bantuan adalah seperti berikut Isi rumah berpendapatan RM2 5001 orang anak RM1 2002 orang anak ata...
5326 Lockdown 4 Feb Rakyat Berhak Tahu Kerajaan Jangan Sorok Ppim Malaysia Post 25 01 2021

5326 Lockdown 4 Feb Rakyat Berhak Tahu Kerajaan Jangan Sorok Ppim Malaysia Post 25 01 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 384 hits
RAKYAT berhak untuk tahu setiap maklumat dan tindakan kerajaan bagi membendung penularan jangkitan Covid 19 agar persediaan boleh dilakukan lebih awal Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata beberapa perka...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever