5319 Kahwin Bersulam Muslihat Harian Metro 27 09 2019



DIA tidak menyangka suami yang disayangi sanggup menjadikan kerjayanya sebagai penjawat awam untuk mendapat untung mudah dengan membuat pinjaman sehingga jumlah maksimum sebelum digantung tidak bertali sejak empat tahun lalu.Lebih malang, janji manis untuk membina kehidupan lebih baik menggunakan pinjaman berkenaan sebagai modal perniagaan lenyap begitu saja selepas ia dibelanjakan sesuka hati dan suami kemudian menghilangkan diri.Sudahnya, dia terpaksa melangsaikan pembiayaan berjumlah lebih setengah juta termasuk membayar gaji pekerja dan kos operasi syarikat yang gulung tikar.Bagi Maisarah, 40, tiada lagi keseronokan hidup sebagai doktor di sebuah pusat perubatan awam apabila dia pokai selepas terpaksa melunaskan semua hutang ditinggalkan suaminya.“Saya ingat dia kahwin dengan saya kerana cinta, tetapi sebaliknya. Kami hanya kenal tak sampai dua bulan sebelum dia menyatakan niat melamar saya.“Dalam beberapa minggu pertama perkenalan dulu, memang dia banyak bertanya soal peribadi saya termasuk wang simpanan, gaji serta perbelanjaan harian tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan bersetuju menjadi isterinya atas dasar suka sama suka.“Sebaik sah menjadi suami isteri, dia mula memujuk saya membuat pinjaman peribadi berjumlah RM200,000 kononnya untuk berniaga. Memang sebelum itu dia ada syarikat pembinaan dan saya tidak ambil pusing mengenai perniagaannya,” katanya.Berselang dua bulan katanya, dia mula curiga apabila dihubungi bank yang memaklumkan ada tunggakan bayaran pinjaman selain beberapa pekerja suaminya meminta gaji mereka dan mendakwa sudah beberapa bulan tidak dibayar gaji.Selepas itu, suaminya meminta dia membuat beberapa lagi pinjaman termasuk kad kredit berjumlah antara RM15,000 hingga RM50,000 kononnya sebagai jalan keluar daripada perniagaan yang menghadapi masalah kewangan.“Sampai satu masa saya sudah tidak tahan lagi kerana bebanan hutang semakin bertambah dan mengganggu tugas saya sebagai doktor. Saya minta suami beri penjelasan dan dia berterus terang bahawa dia menggunakan saya untuk mendapat pinjaman dengan mudah kerana kedudukan saya sebagai penjawat awam,” katanya yang membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Seorang guru mahu dikenali sebagai Baizura, 30-an berkata, dia berkahwin dengan suaminya yang dikenali menerusi seorang rakan pada 2013.Tanpa mengetahui latar belakang lelaki itu, mereka mengenali hati budi selama tiga bulan dan bersetuju untuk berkahwin biarpun mendapat tentangan keluarga.Baizura berkata, dalam tempoh lima tahun perkahwinan, dia membuat tiga pinjaman dengan nilai keseluruhan berjumlah RM450,000 dan terpaksa menanggung suaminya yang tidak bekerja.Menurutnya, lebih memeranjatkan apabila suaminya berubah sikap dan memaklumkan bahawa dia akan hidup senang sampai tua kerana turut mempunyai pencen isteri selepas bersara nanti.

Artikel oleh: Harian Metro
KAHWIN BERSULAM MUSLIHAT
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/501106/kahwin-bersulam-muslihat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5319-kahwin-bersulam-muslihat-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4288 Ppim Rombak Struktur Harian Metro 17 09 2019

4288 Ppim Rombak Struktur Harian Metro 17 09 2019

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 591 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia akan memberikan fokus kepada penyampaian maklumat kepenggunaan dengan cara yang lebih berkesan dalam usaha mengekang aktiviti penipuan di negara ini Menerusi perubahan struktur pengurusannya ia turut membab...
4306 Along Caj Biaya Kereta Sesuka Hati Harian Metro 23 09 2019

4306 Along Caj Biaya Kereta Sesuka Hati Harian Metro 23 09 2019

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 511 hits
WUJUD syarikat pembiaya pinjaman kenderaan atau syarikat kredit didalangi along mengenakan caj sesuka hati serta mendesak peminjam supaya melangsaikan pembiayaan penuh atau berdepan kereta dilelong Ketua Biro Pembangunan Sosial Persatuan Pe...
4295 Ppim Perkenal Aplikasi Sppz Harian Metro 19 09 2019

4295 Ppim Perkenal Aplikasi Sppz Harian Metro 19 09 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 419 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menyeru pembabitan semua pihak dalam memperkasa penggunaan aplikasi telefon pintar SPPZ yang diperkenalkan hari ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata aplikasi itu menghimpun segala maklumat pern...
Kahwin Bersulam Muslihat

Kahwin Bersulam Muslihat

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 368 hits
DIA tidak menyangka suami yang disayangi sanggup menjadikan kerjayanya sebagai penjawat awam untuk mendapat untung mudah dengan membuat pinjaman sehingga jumlah maksimum sebelum digantung tidak bertali sejak empat tahun lalu Lebih malang ja...
5331 Aktiviti Temubual Bersama Harian Metro Ppim 01 10 2019

5331 Aktiviti Temubual Bersama Harian Metro Ppim 01 10 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 454 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi telah ditemubual oleh wartawan Harian Metro yang membincangkan mengenai isu Program Insan Sedia Berjasa Program Bantu Bekas Banduan
4284 Wartawan Bimbang Kereta Dilelong Berita Harian 14 09 2019

4284 Wartawan Bimbang Kereta Dilelong Berita Harian 14 09 2019

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 522 hits
KUALA LUMPUR Seorang wartawan wanita bimbang keretanya dilelong berikutan tindakan syarikat peminjam wang berlesen yang memberi kemudahan pinjaman kenderaan enggan menerima tunggakan bayarannya Usaha wartawan dari Perak itu untuk membayar t...
Analisis Ichimoku Cloud Harian Pada Eurusd Untuk 20 September 2019

Analisis Ichimoku Cloud Harian Pada Eurusd Untuk 20 September 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 379 hits
Walaupun arah aliran ini jangka sederhana kekal melakukan pergerakan menurun untuk EURUSD terdapat beberapa tanda yang menunjuk ke arah bergerak lebih tinggi ke arah 1 1150 asalkan harga berada di atas 1 10 Harga hampir ditutup hari ini di ...
4303 Tidak Menolak Mungkin Ada Gelatin Dalam Wang Kertas Ppim Sinar Harian 22 09 2019

4303 Tidak Menolak Mungkin Ada Gelatin Dalam Wang Kertas Ppim Sinar Harian 22 09 2019

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 534 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak menolak kemungkinan terdapat gelatin dalam wang kertas Ringgit Malaysia memandangkan bahan itu kebiasaannya digunakan dalam setiap penyediaan barangan yang dihasilkan termasuk cat gam dan da...
5337 Ekonomi Malaysia Di Mana Melayu Sinar Harian 01 10 2019

5337 Ekonomi Malaysia Di Mana Melayu Sinar Harian 01 10 2019

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 512 hits
Wacana Sinar ke 129 membincangkan Ekonomi Malaysia Di Mana Melayu dari kiri Moderator Astro Awani Nazri Kahar para panelis Profesor Ekonomi Kewangan UKM Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Setiausaha...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku