53 Tahun Berlalunya Peristiwa Berdarah 13 Mei


freemalaysiatoday.com
Mohsin Abdullah
-May 13, 2022 9:15 AM
Adakah rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup aman damai penuh harmoni? Jawapannya “ya”. Tontonlah iklan atau video yang terbit sempena hari perayaan masyarakat Malaysia. Tak kiralah Hari Raya, Tahun Baharu Cina mahupun Deepavali. Tengok juga pelbagai kisah yang disediakan untuk Hari Kebangsaan, khususnya yang dihasilkan Yasmin Ahmad dulu. Betapa harmoninya kita hidup rukun damai, bantu-membantu sesama rakyat

Itu dalam wayang, bagaimana pula realiti? Sekali lagi jawapannya “ya”. Contohnya beberapa kejadian ketika tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969, yang saya tahu secara langsung. Saya dilahirkan di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur. Ketika peristiwa berdarah 13 Mei, saya di kampung saya – Kampung Baru – di mana peristiwa itu mula-mula tercetus. Masa itu saya berusia 14 tahun. Cukuplah saya katakan banyak yang saya lihat dan dengar. Ada yang mahu saya lupakan dan ada yang saya mahu ingat buat selamanya.


Antara kenangan yang ingin saya kongsikan dengan anda secara ringkas, bermula dengan kisah sepupu saya, Othman Omar yang pada 1969 bekerja sebagai pemandu untuk seorang tauke Cina yang kedainya di Jalan Raja Laut, berdekatan Chow Kit.

Pada petang kejadian, sekumpulan pemuda Cina bersenjatakan parang datang ke kedai dan mendesak tauke itu beritahu di mana “driver Melayu” beliau berada. Kita tahu mengapa mereka mahu “jumpa” pemandu itu.

Si tauke jawab, pemandunya sudah pulang sejak tengah hari lagi, padahal apabila beliau dengar cakap-cakap pergaduhan tercetus, beliau cepat-cepat menyembunyikan pemandunya di siling kedai. Daripada celah-celah siling asbestos itu, sepupu saya dapat lihat kumpulan bersenjata yang sedang menyoal taukenya.

Kumpulan pemuda Cina itu amat marah apabila diberitahu pemandu Melayu yang mereka kerap lihat sebelum ini bekerja untuk tauke itu sudah tidak ada di kedai. Mahu tidak mahu, mereka beredar dari kedai berkenaan. Othman hanya dapat keluar dari kedai itu beberapa hari kemudian, apabila taukenya berjaya menyerahkannya secara senyap kepada anggota tentera yang meronda.

Itu kisah di kawasan orang Cina di Chow Kit yang letaknya tidak jauh dari penempatan Melayu, Kampung Baru.

Di depan rumah saya pula, di Jalan Daud, jiran saya Pak Cik Rahim menyembunyikan dua tukang kayu Cina yang sejak pagi berada di rumahnya untuk melakukan kerja baik pulih. Sebaik pergaduhan tercetus kira-kira 6.30 petang itu, Pak Cik Rahim menyuruh dua pemuda Cina itu “duduk diam-diam” dalam biliknya supaya “tidak diapa-apakan” kumpulan pemuda Melayu berselendang merah bersenjatakan parang yang lalu-lalang di depan rumah. Mereka berdua diseludup keluar beberapa hari kemudian dan diserahkan kepada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja yang mengawal Kampung Baru.

Mengapa Pak Cik Rahim dan tauke Cina sepupu saya berbuat demikian, walaupun sedar mereka berdepan bahaya jika dituduh “pengkhianat” terhadap bangsa sendiri kerana menyelamatkan “musuh”?

Hakikatnya, ketika kebencian orang Melayu-Cina memuncak, insan seperti tauke Cina dan Pak Cik Rahim tetap mementingkan perikemanusiaan dan sifat menyayangi sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Begitu juga kawan sekolah saya, Chang Kum Yun dan Teh Jit Siang, serta guru Tingkatan 2 saya, Rene Chang. Mereka duduk di kawasan Kampung Baru. Rumah mereka dibakar. Mujur mereka sempat melarikan diri ketika diserang.

Pun begitu, apabila sekolah dibuka semula beberapa bulan kemudian, Rene menjalankan tugasnya sebagai guru tanpa prejudis atau rasa benci terhadap pelajar Melayunya, termasuk saya, meskipun yang membakar rumahnya ialah orang Melayu.

Jit Siang dan Kum Yun akrab dengan saya hingga hari ini. Mereka juga tidak berdendam dengan orang Melayu kerana kata mereka, yang membakar rumah mereka ialah “kumpulan Melayu luar”, manakala jiran Melayu merekalah yang menolong mereka lari dari Kampung Baru.

Itu kisah lama yang menyentuh diri saya. Ini pula kisah baharu. Ramadan lalu, saya membaca laporan seorang wanita India yang memandu kereta ke rumah ibunya bersama anak perempuan terkandas di tengah-tengah jalan sesak dengan lalu lintas di Ampang.

Kereta yang dipandu itu tiba-tiba rosak. Beliau panik apabila kenderaan lain membunyikan hon, menyuruhnya jangan halang lalu lintas. Muncul seorang lelaki Melayu dari surau berhampiran bersama beberapa pemuda yang membantunya menolak kereta ke tepi jalan.

Mereka berusaha memanggil mekanik dan sebagainya. Azan berkumandang, namun mereka melengahkan berbuka puasa. Sebaliknya, mereka memberikan wanita itu dan anaknya minuman serta sedikit juadah, sementara bereskan usaha membantu sehingga wanita itu dapat meneruskan perjalanan.

Beberapa hari kemudian, wanita berkenaan menyumbang kepada tabung surau, di mana jemaahnya telah menolongnya tempoh hari sebagai penghargaan.

Saya lihat juga video seorang lelaki Cina berkongsi makanan yang dipesannya dengan penghantar makanan berbangsa Melayu ketika berbuka puasa. Sebenarnya banyak kisah seperti ini. Cerita benar yang menyentuh perasaan yang membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia.

Namun, ada juga di antara kita yang rasis, dan terus-menerus rasis. Ada orang Melayu benci orang Cina, benci orang India, malah benci semua orang bukan Melayu. Ada orang Cina dan India yang benci orang Melayu. Ada prejudis. Mengapa? Tidak perlu saya huraikan. Hakikatnya, wujud orang seperti ini dalam kalangan kita sejak sekian lama.

Lebih menyedihkan, ada pihak tertentu yang mengapi-apikan keadaan. Ada orang politik yang mencari jalan mudah untuk memenangi pilihan raya supaya dapat berkuasa dengan membakar sentimen perkauman. Apa jua isu dijadikannya isu ras. Malangnya, ada dalam kalangan kita yang telan bulat-bulat apa yang dijaja golongan rasis ini.

Benar kita tidak bersengketa sampai tercetusnya pertumpahan darah seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Namun, tidak dapat dinafikan sifat prejudis dan benci-membenci antara kaum tertanam dalam jiwa kalangan rakyat. Tidak mungkin ini dapat dihapuskan sama sekali. Ini realitinya.

Bagaimanapun, yang mesti dipastikan, jangan dibiarkan sifat dan sikap benci ini membiak sehingga tidak dapat dikawal. Harapan kita ialah bilangan rakyat anti-rasis lebih ramai daripada bilangan sang rasis. Biar rasis jadi minoriti yang mengecil saban hari.

Hari ini, 13 Mei 2022. Saya tidak dapat elak daripada mengimbau apa yang berlaku 53 tahun lalu. Didoakan Tuhan memberkati mereka yang terkorban dan yang berkorban pada 13 Mei 1969.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/53-tahun-berlalunya-peristiwa-berdarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah Berjuang 20 Tahun Akhirnya Mei Dapat Ic Malaysia

Setelah Berjuang 20 Tahun Akhirnya Mei Dapat Ic Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 200 hits
STEVEN SIMWalaupun lahir di Malaysia membesar di Malaysia dan belajar di Malaysia Mei tidak ada kewarganegaraan Malaysia selama ini Sudah tentu hidupnya cukup sukar Dia kata perkara ini menyebabkan tekanan mental kepada hidupnya Namun syuku...
Peluang Kerjaya Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022 L Gaji Bermula Rm6 072 L Mohon Sebelu 14 Mei 2022

Peluang Kerjaya Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022 L Gaji Bermula Rm6 072 L Mohon Sebelu 14 Mei 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 346 hits
Peluang Kerjaya Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022 l Gaji Bermula Dari RM6 072 Jabatan Perdana Menteri telah membuka jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong...
Tentera Darat Buka Pengambilan Besar Besaran Tahun 2022 Kekosongan Bulan Mei

Tentera Darat Buka Pengambilan Besar Besaran Tahun 2022 Kekosongan Bulan Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 347 hits
Tentera Darat Buka Pengambilan Besar Besaran Tahun 2022 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ini ...
Hiburan Pengadu Tarik Balik Laporan Polis Kes Gangguan S Ksual Nasib Da I Syed Diketahui 31 Mei Ini

Hiburan Pengadu Tarik Balik Laporan Polis Kes Gangguan S Ksual Nasib Da I Syed Diketahui 31 Mei Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 209 hits
Susulan dua pertuduhan jenayah seksual dikenakan terhadap pendakwah selebriti Da i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful keputusan selanjutnya akan diketahui pada 31 Mei ini setelah pengadu dalam kes itu telah mena...
Isyarat Dagangan Dow Jones 30 Untuk 18 19 Mei 2022 Buka Pesanan Membeli Sekiranya Harga Melantun Pada Paras 31 700

Isyarat Dagangan Dow Jones 30 Untuk 18 19 Mei 2022 Buka Pesanan Membeli Sekiranya Harga Melantun Pada Paras 31 700

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 280 hits
Indeks Perindustrian Dow Jones 30 didagangkan di bawah tekanan menurun yang kuat Pada awal sesi dagangan Amerika indeks Wall Street jatuh selepas prestasi kukuhnya pada hari Selasa Data jualan runcit AS yang positif menyokong jangkaan bahaw...
Rizky Dalam Kenangan Jan 2007 18 Mei 2022

Rizky Dalam Kenangan Jan 2007 18 Mei 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 229 hits
Mama Rizky dah tak ada Kata kata Juita yang mengejutkan saya dari tidur pagi tadi Setelah lebih sebulan tidak dapat tidur malam saya mulai tidur malam ini Biasanya pukul 2 00 pagi saya akan mulai terjaga Saya meluru berlari ke bilik Juita s...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 17 Mei 2022

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 17 Mei 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 216 hits
Gambaran keseluruhan Pasangan mata wang EUR USD menghadapi rintangan pada tahap 1 0578 manakala rintangan kecil dilihat berada pada tahap 1 0540 Sementara sokongan pula masing masing ditemui pada tahap 1 0495 dan 1 0461 Titik pivot telah pu...
Liga Super Malaysia 18 Mei 2022 Jdt Lwn Sri Pahang

Liga Super Malaysia 18 Mei 2022 Jdt Lwn Sri Pahang

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 220 hits
Hanya ada satu perlawanan Liga Super Malaysia pada 18 Mei 2022 iaitu melibatkan JDT melayan kunjungan Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim Perlawanan ini berlangsung pada jam 8 15 malam KEPUTUSAN PENUH Johor Darul Ta zim 2 2 Sri Pahang FC17...
Komisi Iii Jelang 21 Mei Silakan Demo Niatnya Jangan Rebut Kekuasaan

Komisi Iii Jelang 21 Mei Silakan Demo Niatnya Jangan Rebut Kekuasaan

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 166 hits
Sebelumnya Kepala Divisi Humas Polri Irjen Dedi Prasetyo mengingatkan sejumlah elemen buruh yang melakukan unjuk rasa untuk tetap menjaga situasi ketertiban
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025