5258 Bersatu Hati Beli Produk Muslim Kosmo 09 09 2019



EKONOMI merupakan kuasa penting dalam menentukan kekuatan sesebuah bangsa terutamanya di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk bumiputera di negara ini yang direkodkan pada tahun 2019 adalah seramai 20.4 juta orang.
Jumlah tersebut merupakan 69.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah 32.6 juta orang.
Penduduk kaum Cina pula adalah seramai 6.7 juta orang (22.8 peratus), India 2.03 juta orang (6.9 peratus) dan kaum-kaum lain 294,000 orang (1.0 peratus).
Bagaimanapun, taraf ekonomi orang Melayu agak ketinggalan berban­ding kaum-kaum lain yang sebenarnya telah lama bersepakat membina kekuatan dalam sektor perniagaan di negara ini.
Namun, segelintir bangsa Melayu saling berhasad dengki dan memperkecil kemampuan peniaga sesama umat serta memandang rendah produk keluaran Muslim.
Penulis percaya orang Melayu mampu bangkit dan berdaya saing dalam me­nguasai ekonomi negara sekiranya 20.4 juta penduduk bumiputera memanfaatkan kuasa beli yang mereka miliki.
Menerusi kuasa beli orang Melayu itu, ekonomi umat Melayu boleh berkembang pesat dan kukuh sekiranya ‘bersatu hati’ mengutamakan produk serta perkhidmatan sendiri.
Pada masa ini, kita tidak mempunyai masalah untuk membuat pilihan produk Muslim memandangkan terdapat banyak barang­an keluaran bumiputera berada di pasaran seperti produk makanan, kecantikan, pembinaan, pertanian, kesihatan dan sebagainya.
Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain sejak pada 2 April lalu adalah tepat pada waktunya untuk membantu meningkatkan ekonomi umat Islam.
Sehubungan itu, orang Melayu perlu memberi sokongan dan menyahut kempen tersebut jika mahu melihat bangsa kita dapat menguasai ekonomi negara walaupun mengambil sedikit masa.
Jika masyarakat Muslim berterusan tidak mahu membantu sesama sendiri, ini bermakna kita membiarkan peniaga dan pengusaha Muslim gagal dalam usaha pengukuhan ekonomi.
Penulis difahamkan kempen tersebut bukan satu tindakan untuk memboikot produk bukan Muslim sebaliknya merupakan satu gerakan menggalakkan pengguna dalam kalangan bumiputera supaya mengutamakan produk keluaran Muslim.
Kempen itu juga bukan satu tindakan yang boleh dikategorikan sebagai rasis kerana orang Melayu sedia membeli barangan milik bukan Muslim sekiranya tidak mempunyai pilihan lain.
Dalam pada itu, kejayaan para peniaga Muslim bukan sahaja memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja, sebaliknya dapat berkongsi manfaat de­ngan golongan yang kurang berkemampuan menerusi bayaran zakat perniagaan.
Agihan zakat kepada golongan berkelayakan itu sebenarnya juga memberi pulangan semula kepada para peniaga kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan kuasa beli di pasaran.
Pada masa sama, penulis mengharapkan peniaga Muslim tidak mengambil kesempatan daripada kempen ini untuk menaikkan harga produk yang dijual dan mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti semata-mata mahu mengaut keuntungan berganda.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini boleh menjejaskan imej peniaga Muslim lain serta menggagal­kan kempen tersebut.

Artikel oleh: Kosmo
'BERSATU HATI' BELI PRODUK MUSLIM  
https://www.kosmo.com.my/negara/bersatu-hati-beli-produk-muslim-1.967539 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5258-bersatu-hati-beli-produk-muslim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Produk Muslim Azam 2019 Tolak Dap

Beli Produk Muslim Azam 2019 Tolak Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 796 hits
Bagaimana Licik Cina DAP Menguasai Ekonomi Malaysia Perhebatkan Kempen Beli Dari Peniaga Melayu IslamPosted by SnapShot at Luahan Bekas Anak Taukey Kilang Padi Melayu MuslimSalam Maal Hijrah Sudah 1 441 tahun peristiwa Hijrah baginda Rasulu...
Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 484 hits
Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia menyelar tindakan sesetangah pihak yang memfitnah Kempen Utamakan Produk Muslim sebagai satu kempen untuk memboikot produk bukan muslim Presidennya Normala Sudirman turut melahirkan rasa kesal te...
Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1365 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam agar mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim di Malaysia dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam yang hanya merugikan ramai pihak Biarpun sikap...
Pusat Beli Belah Himpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Pusat Beli Belah Himpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 411 hits
Mohd Fadzil Hashim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas ingin melebarkan lagi sayap dengan membantu para usahawan bumiputera dalam dunia perniagaan Fadzil ingin mengajak lebih ramai usahawan Muslim dan Bumiputera untuk memasa...
Apa Yang Tidak Waras Dengan Kempen Beli Produk Muslim

Apa Yang Tidak Waras Dengan Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 479 hits
Kamarul Yusoff Kempen Beli Produk Muslim bukanlah satu benda baru kerana ia telah dilancarkan sejak 2 April 2019 lagi Ia juga bukanlah inisiatif parti parti politik tetapi inisiatif NGO NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Geraka...
Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 469 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang KUALA LUMPUR Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam tega...
Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Who Is Really Behind Lim Seong Hai The Company That Took Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sebar Kandungan Palsu Libatkan Institusi Diraja Pempengaruh Media Sosial Disiasat

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord

Fadhilah Intan Pika Iskandar Istikharah Cinta Chord

Wknd Special A Yamaha Xt600 Street Tracker From Porto

Wey Mca Sudah Pupus Lo Mana Ada