5092 Waspada Istilah Normalisasi Berita Harian 19 07 2019




Normalisasi ialah proses menjadikan sesuatu yang agak asing dan luar biasa kepada tidak asing lagi hingga diterima umum yang barangkali diungkap dalam pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.Proses ini sangat baik dalam keadaan tertentu tetapi bahaya dalam situasi lain. Normalisasi baik dalam masyarakat apabila suatu ketika dahulu, tidak normal melihat anak gadis Muslimah menutup aurat hingga mahasiswi pengajian Islam pun tidak menutup aurat secara sempurna ketika itu.Namun, hasil kehendak politik pemimpin negara suatu ketika dahulu yang bersungguh-sungguh melancarkan Kempen Penerapan Nilai-nilai Islam dan kesedaran mencetuskan kebangkitan agama, wanita Muslimah bertudung dan menutup aurat menjadi normal dan diterima masyarakat serta tidak dianggap ganjil.Bagaimanapun, jika ia menjurus kepada mencairkan pegangan, penghayatan dan pengamalan agama, umat Islam wajar diingatkan selalu. Umat Islam wajib sedar agar tidak terjerat dalam perangkap normalisasi ini yang ada kalanya melalui penggunaan nama dan bahasa.Al-Quran menjelaskan antara cara syaitan memperdaya manusia melalui ‘permainan’ istilah. Pendekatan ini dilakukan apabila gagal berdepan dengan hujah kebenaran Islam dan memperdayakan umat Islam yang kurang ilmu.Nabi dan rasul sebagai pembawa risalah Allah SWT digelar dengan pelbagai gelaran oleh pemuka musuh mereka yang tidak suka sistem Allah sebagai pengatur masyarakat. Mereka menghina nabi dan menggambarkan mereka sebagai pendusta, ahli silap mata dan penyair.Tidak sedikit dalam kalangan masyarakat akan terpedaya dengan strategik licik syaitan. Hari ini istilah Muslim moderate mengikut versi Barat, sekali gus jika ada pihak menentang golongan itu, secara automatik dianggap ekstrim. Masyarakat Muslim diperangkap untuk berada dalam dua blok sahaja, sama ada Muslim moderate atau ekstrim.Sebenarnya, kedua-dua blok itu bersifat melampau, sedangkan Muslim sebenar mengikut piawai al-Quran dan sunnah yang akan terpinggir dari arus perdana. Sebenarnya amat berbahaya permainan istilah ini.Iblis memperdaya Adam AS menggunakan istilah syajarah al-khuldi yang bermaksud pokok kekal yang jika buahnya dimakan, akan menyebabkan Baginda kekal di dalam syurga meskipun ia dilarang Allah SWT untuk didekati.Arak yang sudah jelas haram dan hukuman kepada peminum, tidak terlepas daripada proses normalisasi melalui penggunaan istilah untuk dimesrakan penggunaan dalam kalangan umat Islam. Nabi SAW mengingatkan kita terhadap gejala permainan istilah agar memudahkan normalisasi arak melalui hadis Imam Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abu Musa al Asy’ary bahawa Nabi SAW pernah bersabda: ‘Nescaya ada dalam kalangan umatku akan minum arak tetapi dinamakan dengan nama lain.’Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah melaporkan puluhan syarikat bukan Islam dipercayai mengeksploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan pemasaran, sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara ini.Istilah hak asasi digunakan secukupnya untuk mencairkan kefahaman Islam sebenar, bahkan berjaya melonggarkan pegangan kepada Islam sebenar. Hak dalam Islam mempunyai dua implikasi, iaitu apa yang kita dapat dan apa yang kita beri.Hak asasi manusia diperjuangkan selama ini lebih menjurus kepada apa yang kita dapat, sekali gus menunjukkan perbezaan pandangan alam Barat dengan Islam. Penafsiran yang tidak selari dengan kerangka itu akan mengelirukan fahaman kebebasan agama dalam Islam, lebih-lebih lagi apabila kefahaman ingin dipaksakan bertentangan kerangka pandangan Islam.Dalam Islam, manusia ialah hidupan yang berkata-kata, mempunyai roh dan jiwa (rohaniah) sedangkan istilah hak asasi manusia Barat tidak ada rohaniah. Oleh itu, kebebasan beragama dalam Islam tidak sama dengan Barat.Istilah hak itu sendiri sudah ada cerminan cukup besar kerana hak dalam bahasa Arab bermaksud kebenaran, sedangkan ‘right’ ialah apa yang betul dan salah dari sudut bersifat praktikal. Tafsiran istilah mengelirukan itu yang dipaksa diterima bertentangan dengan kerangka pandangan alam Islam dan menyebabkan perdebatan mengenai kebebasan manusia diwarnai kerangka pandangan sekular.
Artikel oleh: Berita HarianWASPADA ISTILAH NORMALISASIhttps://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/07/586750/waspada-istilah-normalisasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/07/5092-waspada-istilah-normalisasi-berita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5081 Bank Nilai Usaha Bayar Balik Pinjaman Pendidikan Berita Harian 17 07 2019

5081 Bank Nilai Usaha Bayar Balik Pinjaman Pendidikan Berita Harian 17 07 2019

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Terdapat bank dan institusi kewangan yang memberi pinjaman kediaman kepada individu culas membayar pinjaman pendidikan kerana pemohon memiliki pendapatan kukuh serta kemampuan dalam nisbah khidmat hutang Ketua Pegawai Eksekutif...
5062 Cadangan Jual Isi Durian Wajar Dipertimbang Sinar Harian 09 07 2019

5062 Cadangan Jual Isi Durian Wajar Dipertimbang Sinar Harian 09 07 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 497 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengalu alukan sekiranya terdapat pilihan pasaran terbaru dalam penjualan durian di mana raja buah itu dijual tanpa kulit Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata inisiatif seperti itu bukan...
Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian Di Jabatan Perangkaan Malaysia 2019

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian Di Jabatan Perangkaan Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 1053 hits
Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia 2019 Berita baik buat pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan termasuk yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta Terdapat kekosongan di Jabatan Perangkaan Malays...
5057 Ceti Haram Ubah Strategi Harian Metro 08 07 2019

5057 Ceti Haram Ubah Strategi Harian Metro 08 07 2019

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 402 hits
LEBIH ramai peminjam ceti haram dijangka pokai selepas hari raya kerana jumlah pinjaman yang meningkat begitu ketara susulan penggunaan teknologi canggih seperti aplikasi tertentu di telefon pintar Jika sebelum ini ceti haram menampal poste...
Program Minggu Sains Dan Ict Smkpz 2019

Program Minggu Sains Dan Ict Smkpz 2019

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 379 hits
Program Minggu Sains dan ICT adalah bertujuan untuk merealisasikan konsep pembelajaran sains dan dan ICT secara bersantai dan menyeronokkan Pada tahun 2019 Panitia Sains dan Panitia ICT telah memilih STEM Kerjaya Masa Hadapan sebagai tema P...
Tenun Khas Sumba Timur Hiasi Opening Festival Sandalwood 2019

Tenun Khas Sumba Timur Hiasi Opening Festival Sandalwood 2019

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 206 hits
Festival Sandalwood 2019 resmi dibuka Kamis Opening ceremony ini menjadi galeri tenun khas Sumba Timur
Jokowi Bocorkan Ada Menteri Di Kabinet Kerja Akan Kembali Jabat Periode 2019 2024

Jokowi Bocorkan Ada Menteri Di Kabinet Kerja Akan Kembali Jabat Periode 2019 2024

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 234 hits
Mantan Wali Kota Solo ini menegaskan tidak akan berlama lama mengumumkan susunan kabinet tersebut Sebab dia bersama Ma ruf Amin telah memiliki rancangan mengenai siapa siapa saja yang akan membantu pemerintahan lima tahun ke depan
Semester I 2019 Lifting Migas Capai 90 Persen Dari Target

Semester I 2019 Lifting Migas Capai 90 Persen Dari Target

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 305 hits
Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral mencatat realisasi operasional lifting migas nasional hingga semester I 2019 mencapai 1 8 juta boepd Angka itu setara dengan 90 persen dari target lifting nasional
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye