5088 Ppim Gesa Timbang Semula Kuat Kuasa Levi Pelepasan Udara Virealhub 18 07 2019



BANGI, 15 Zulkaedah 1440H, Khamis – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menggesa kerajaan menimbang semula penguatkuasaan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara mulai September depan.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, perjalanan udara bukan lagi suatu kemewahan, sebaliknya ia adalah keperluan sesetengah pihak seperti pelajar mahupun pesakit yang mendapatkan rawatan di luar negara.
Katanya, masyarakat sering menganggap hanya individu yang berkemampuan sahaja menaiki kapal terbang sedangkan kita lihat di lapangan terbang ramai golongan berpendapatan sederhana dan rendah juga menggunakan khidmat syarikat penerbangan.
Menerusi satu kenyataan, beliau turut menegaskan bahawa industri pelancongan perubatan di Malaysia yang semakin berkembang juga akan terkesan dengan penguatkuasaan levi pelepasan, dan ia dilihat sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan negara sebagai pusat perubatan serantau.
“Impak yang lebih ketara akan memberi kesan kepada ketibaan pelancong secara keseluruhan terutamanya ketika negara mensasarkan ketibaan lebih 30 juta pelancong luar sempena Tahun Melawat Malaysia tahun hadapan (VMY2020) yang dijangka menjana pendapatan RM100 bilion untuk negara.
“Malah, kesan turut dijangka akan membabitkan industri pelancongan dan ekonomi negara secara keseluruhan, dan kesan lanjutan kepada hotel-hotel, pusat beli-belah, sehinggalah kepada pemandu teksi dan e-hailing yang bergantung pendapatan kepada industri ini,” katanya.
April lalu, Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana individu yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Ketika membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencadangkan supaya levi pelepasan dikenakan pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.
Beliau turut memaklumkan bahawa jemaah haji dan umrah kali pertama dikecualikan daripada membayar levi pelepasan udara ke luar negara dan ia turut terpakai bagi penganut agama lain yang kali pertama mengerjakan ibadat mengikut agama masing-masing.
Menyambut baik perkara itu, Nadzim bagaimanapun berkata, garis panduan yang jelas juga harus dikeluarkan untuk mereka daripada agama lain.
“Kami mewakili pengguna di negara ini menyambut baik kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi untuk menunda pelaksanaan levi pelepasan ini setidak-tidaknya selepas Tahun Melawat Malaysia 2020 berakhir.
“Bagaimanapun, kita amat berharap agar levi pelepasan ini dihapuskan sepenuhnya, demi kepentingan pengguna Malaysia dan industri pelancongan kita,” kata Nadzim.
Artikel oleh: VIREALHUB
PPIM GESA TIMBANG SEMULA KUAT KUASA LEVI PELEPASAN UDARA
https://virealhub.com/live/timbang-semula-kuasa-pelepasan-udara/?i=51607


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/07/5088-ppim-gesa-timbang-semula-kuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5072 Aktiviti Aktiviti Sukarelawan Ppim Bersama Pelatih Pelatih Oku Pdk Semenyih Ppim 12 07 2019

5072 Aktiviti Aktiviti Sukarelawan Ppim Bersama Pelatih Pelatih Oku Pdk Semenyih Ppim 12 07 2019

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 714 hits
Antara aktiviti aktiviti Sukarelawan PPIM bersama dengan pelatih pelatih OKU PDK Semenyih dalam Program Ziarah Mahabbah PPIM di Pertubuhan Pemulihan OKU Dalam Komuniti Semenyih pada 6 Julai 2019 yang lalu
5071 Program Ziarah Mahabbah Ppim Ppim 12 07 2019

5071 Program Ziarah Mahabbah Ppim Ppim 12 07 2019

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 254 hits
Pada 6 Julai 2019 yang lalu PPIM telah memperkenalkan Program Ziarah Mahabbah PPIM untuk Sukarelawan PPIM bersempena dengan kempen Perjuangan Bersama Demi Pengguna yang bakal dilancarkan tidak lama lagi Ini merupakan program pertama yang ak...
5065 Kunjungan Mesra Kepada Tuan Abdul Halim Bin Ma Hasan Pengarah Penjara Kajang Ppim 10 07 2019

5065 Kunjungan Mesra Kepada Tuan Abdul Halim Bin Ma Hasan Pengarah Penjara Kajang Ppim 10 07 2019

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1328 hits
Toqqi telah melakukan kunjungan mesra kepada Tuan Abdul Halim bin Ma Hasan Pengarah Penjara Kajang Di perjumpaan itu PPIM dan Jabatan Penjara bersetuju satu kaedah atau mekanisme perlu diwujudkan untuk menambahbaik dan memperkasa program pe...
5058 Ppim Siasat Aktiviti Pemerdagangan Manusia Ke China Malaysia Gazette 05 07 2019

5058 Ppim Siasat Aktiviti Pemerdagangan Manusia Ke China Malaysia Gazette 05 07 2019

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 529 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia sedang menyiasat satu aktiviti dipercayai pemerdagangan manusia menggunakan kaedah agensi pelancongan Sindiket itu dikatakan bergiat aktif dengan menyasarkan mangsa mangsanya di negara ini Timb...
Analisis Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 9 Julai 2019 Dolar As Mendapat Semula Momentum Berbanding Jpy Selepas Laporan

Analisis Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 9 Julai 2019 Dolar As Mendapat Semula Momentum Berbanding Jpy Selepas Laporan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 379 hits
Pasangan mata wang USD JPY telah menjadi cukup impulsif dengan momentum kenaikan harga semasa yang mendorong harga untuk menembusi di atas tahap 108 50 dengan penutupan harian Negara negara Bersatu mengeluarkan laporan pekerjaan yang member...
5074 Perjumpaan Dengan Pengarah Kpdnhep Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ppim 15 07 2019

5074 Perjumpaan Dengan Pengarah Kpdnhep Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ppim 15 07 2019

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 335 hits
Satu perbincangan diantara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Puan Ummi Nasrah binti Othman telah belangsung pagi ini Perbincangan t...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan