5058 Ppim Siasat Aktiviti Pemerdagangan Manusia Ke China Malaysia Gazette 05 07 2019



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedang menyiasat satu aktiviti dipercayai pemerdagangan manusia menggunakan kaedah agensi pelancongan.Sindiket itu dikatakan bergiat aktif dengan menyasarkan mangsa-mangsanya di negara ini.Timbalan Pengarah Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Radin Sharifuddin Mohd Yassin berkata, pada masa ini pihaknya sedang mengikuti secara dekat aktiviti sindiket terbabit selepas mendapat maklumat daripada individu yang mengenali salah seorang daripada mereka yang mungkin menjadi mangsa.Katanya, pemantauan bersama pihak polis turut dilakukan dan sindiket itu pada masa ini mensasarkan 12 hingga 15 individu berusia bawah 40 tahun untuk dijadikan mangsa bagi dihantar ke beberapa tempat di China.“Kalau nak diikutkan mereka akan berlepas ke China pukul 6 petang esok. Kami mendapat maklumat sudah ada tiga tiket penerbangan yang ditempah.“Tetapi selepas kami menasihati, mereka semua telah sedar dan mungkin tidak akan berbuat demikian.“Bagaimanapun, kita sedang memantau dan kami akan turun ke KLIA esok untuk memastikan 12 individu ini tidak terpengaruh untuk pergi ke sana,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika ditemui pada Sesi Sembang Kopi 0, Nasi Lemak di kediaman Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan hari ini.Mengulas lanjut, Radin Sharifuddin berkata, pihaknya juga curiga dengan sindiket terbabit selepas dimaklumkan mereka meminta agar kesemua individu yang dikatakan mahu menyertai satu lawatan ke negara empat musim itu supaya membuka akaun bank sebelum memberikannya kepada sindiket berkenaan.Katanya, perkara itu tidak logik kerana belum pernah berlaku orang yang hendak ke luar negara perlu membuka akaun bank baharu.“Bagi orang yang nak pergi keluar negara buat apa nak buka akaun bank. Nampak sangat ada benda yang tak kena sedang berlaku.“Mereka juga ada kata penganjur (sindiket) akan memberikan wang berjumlah RM800 kepada enam orang yang membuka akaun sebagaimana dipinta,” ujarnya.Radin Sharifuddin percaya pasport kesemua bakal peserta berkenaan yang ada pada sindiket terbabit telah dibuang dan yakin ada anggota daripada agensi kerajaan terlibat dengannya.“Kes seperti ini pernah berlaku tahun lepas dan tahun ini ia berulang lagi. Cuma jumlah amaun yang hendak dikaitkan agak berbeza dalam kes terbaru ini,” katanya.Dalam pada itu beliau mengingatkan kepada orang ramai agar tidak sesekali dengan mudah terpedaya dengan agensi-agensi yang kononnya menawarkan perkara-perkara menarik tanpa diselidiki kebenarannya terlebih dahulu.Katanya, pengguna perlu bijak dalam mengesan sesuatu perkara yang dilihat pelik dan perlu merujuknya kepada pihak berkuasa agar tidak menjadi mangsa.“Mereka boleh merujuk kepada kami dan siasatan terhadapnya akan dilakukan bersama dengan pihak berkuasa.“PPIM sedia membantu dalam segala hal dan orang ramai boleh tampil mengadukan sebarang masalah kepada kami sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan terutamanya dalam isu-isu kepenggunaan,” tambah beliau. – MalaysiaGazetteArtikel oleh: Malaysia GazettePPIM SIASAT AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA KE CHINAhttps://malaysiagazette.com/blog/2019/07/05/ppim-siasat-aktiviti-pemerdagangan-manusia-ke-china/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/07/5058-ppim-siasat-aktiviti-pemerdagangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5069 Mualaf Jadi Mangsa Kaldai Akaun Malaysia Gazette 12 07 2019

5069 Mualaf Jadi Mangsa Kaldai Akaun Malaysia Gazette 12 07 2019

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 672 hits
KUALA LUMPUR Seorang mualaf berstatus ibu tunggal menjadi mangsa terbaru sindiket kaldai akaun apabila dia dianiaya rakan sendiri Wanita berusia 51 tahun dan mempunyai tiga orang anak berumur lingkungan 13 hingga 26 tahun itu kini terpaksa ...
5072 Aktiviti Aktiviti Sukarelawan Ppim Bersama Pelatih Pelatih Oku Pdk Semenyih Ppim 12 07 2019

5072 Aktiviti Aktiviti Sukarelawan Ppim Bersama Pelatih Pelatih Oku Pdk Semenyih Ppim 12 07 2019

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 813 hits
Antara aktiviti aktiviti Sukarelawan PPIM bersama dengan pelatih pelatih OKU PDK Semenyih dalam Program Ziarah Mahabbah PPIM di Pertubuhan Pemulihan OKU Dalam Komuniti Semenyih pada 6 Julai 2019 yang lalu
5056 Kdn Perlu Beri Syarat Supaya Majikan Ambil Bekas Banduan Malaysia Gazette 05 07 2019

5056 Kdn Perlu Beri Syarat Supaya Majikan Ambil Bekas Banduan Malaysia Gazette 05 07 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 519 hits
KUALA LUMPUR Lebih baik bekas banduan daripada pekerja asing Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mahu Kementerian Dalam Negeri supaya mensyaratkan kepada para majikan di negara ini mengambil bekas banduan untuk bekerja Ketua A...
5039 Suasana Kemeriahan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Malaysia Gazette Malaysia Gazette 01 07 2019

5039 Suasana Kemeriahan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Malaysia Gazette Malaysia Gazette 01 07 2019

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 579 hits
Ratusan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gazette di D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL 01 JULAI 2019 Ahli Dewan undangan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar bersalaman dengan sebahagian pekerja kakitangan ...
5027 Terpedaya Dengan Perwatakan Ustaz Utusan Malaysia 27 06 2019

5027 Terpedaya Dengan Perwatakan Ustaz Utusan Malaysia 27 06 2019

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Seramai 6 000 mangsa terpaksa berputih mata apabila keuntungan bernilai RM8 juta yang dijanjikan daripada projek pelaburan hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir Itu nasib yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan mangsa yang ber...
Mcdonald S Malaysia Memperkenalkan Cita Rasa Ala Portugal Burger Ayam Portugal Sempena Kempen Discover The World 2019

Mcdonald S Malaysia Memperkenalkan Cita Rasa Ala Portugal Burger Ayam Portugal Sempena Kempen Discover The World 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 902 hits
Ada berita gembira buat pelanggan setia McDonald s kini McDonald s Malaysia melancarkan burger baharu iaitu Burger Ayam Portugas yang sememangnya sedap dan lazat bersama Sos Piri Piri yang unik rasanya yang pastinya uoll tak akan menyesal n...
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 399 hits
Hits 4Majlis Rumah Terbuka Malaysia AidilFitri 2019 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 10 000 orang pelawat berkunjung ke Muzium Diraja pada tarikh...
Gsgo Grand Final Conqueror S Insignia 2019 Akan Berlangsung Di Malaysia

Gsgo Grand Final Conqueror S Insignia 2019 Akan Berlangsung Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 351 hits
Playtonia Esports And Associates bakal mengadakan kejohanan e sukan Counter Strike Global Offensive yang bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira kira RM289 000 Menurut Playtonia kejohanan yang dikenali sebagai Conqueror s Insignia 2019 ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers