5077 Program Anak Kami Ppim Bantu Bayi Tidak Sah Taraf Dapat Keluarga Angkat Bernama 16 07 2019



MELAKA, 16 Julai (Bernama)-- Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah membantu lebih 170 bayi yang tidak sah taraf mendapatkan keluarga angkat secara sah sejak 2017 sehingga kini menerusi program ‘Anak Kami’.

Ketua Biro Wanita PPIM Suraya Ali,37, berkata program itu adalah bagi membantu ibu terlanjur dan bayi mereka di mana keutamaan ialah bagi menjaga kebajikan bayi, ibu kandung dan keluarga angkat.

Beliau berkata pengalamannya membuat liputan kes pembuangan bayi ketika menjadi wartawan dengan Agensi Berita Nasional Malaysia selama tiga tahun bermula 2012 mencetuskan ideanya untuk mewujudkan program itu.

“Pembuangan bayi berlaku apabila gadis yang terlanjur itu disisihkan keluarga serta teman-teman sehingga mereka binggung dan akhirnya tertekan kerana tiada tempat untuk berkongsi masalah,” katanya kepada Bernama di sini.

Suraya berkata urusan penyerahan bayi kepada keluarga angkat akan dilakukan mengikut syarat ditetapkan ibu kandung serta prosedur Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Syarat utama mendapatkan anak angkat melalui inisiatif ini adalah tiada unsur menjual dan membeli bayi dan kami juga tidak membenarkan keluarga angkat menawarkan sebarang sagu hati atau hadiah kepada ibu kandung," katanya.

Beliau berkata semua pemohon diminta membuat sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan PPIM di mana wang itu digunakan untuk membantu ibu kandung yang memerlukan.

"Semua keluarga angkat akan menjaga hubungan baik dengan ibu kandung dan kami memastikan anak mendapat khasiat susu ibu kandung sejak awal kelahiran.

"Kami juga mahu Ibu kandung mengetahui perkembangan anak dan tidak lepas tangan setelah anak diserah kepada keluarga angkat bertujuan mengingatkan mereka agar tidak melakukan kesilapan yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata inisiatif tersebut tidak menggalakkan kelahiran luar nikah jauh sekali perbuatan zina.

"Apa yang program ‘Anak Kami’ buat ialah membantu mereka yang pernah melakukan kesalahan untuk kembali ke jalan yang lebih baik,” katanya dan menambah hampir semua ibu kandung yang menerima bantuan program itu kini sudah bernikah, mempunyai pekerjaan yang baik dan menamatkan pelajaran masing-masing.

Nadzim berkata bantuan diberi bukan hanya membantu menyelamatkan bayi, dan memberi kebahagiaan kepada keluarga angkat namun ia juga menyelamatkan wanita yang mengandung luar nikah daripada melakukan jenayah berat seperti membunuh atau membuang bayi.

Program itu turut membantu membimbing mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya.

-- BERNAMA

Artikel oleh: BERNAMA

PROGRAM 'ANAK KAMI' PPIM BANTU BAYI TIDAK SAH TARAF DAPAT KELUARGA ANGKAT

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1746648

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/07/5077-program-anak-kami-ppim-bantu-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5045 Kementerian Wilayah Persekutuan Bakal Perkenal Skim Mikrokredit Bantu Golongan B40 Asnaf Bernama 02 07 2019

5045 Kementerian Wilayah Persekutuan Bakal Perkenal Skim Mikrokredit Bantu Golongan B40 Asnaf Bernama 02 07 2019

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 551 hits
KUALA LUMPUR 2 Julai Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan bantuan kewangan secara skim mikrokredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan asnaf di ibu kota yang ingin memulakan perniagaan Timbalan Menteri Wilayah...
5071 Program Ziarah Mahabbah Ppim Ppim 12 07 2019

5071 Program Ziarah Mahabbah Ppim Ppim 12 07 2019

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 288 hits
Pada 6 Julai 2019 yang lalu PPIM telah memperkenalkan Program Ziarah Mahabbah PPIM untuk Sukarelawan PPIM bersempena dengan kempen Perjuangan Bersama Demi Pengguna yang bakal dilancarkan tidak lama lagi Ini merupakan program pertama yang ak...
Program Penyerahan Sumbangan Dan Naik Taraf Rumah Anak Yatim Hulu Yam

Program Penyerahan Sumbangan Dan Naik Taraf Rumah Anak Yatim Hulu Yam

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 304 hits
Program Penyerahan Sumbangan Naik Taraf Rumah Anak Yatim Hulu Yam telah dijalankan pada 04 Ogos 2017
Seawal 0 12 Bulan Latih Bayi Cari Arah Bunyi Bantu Anak Bercakap Cepat Belajar

Seawal 0 12 Bulan Latih Bayi Cari Arah Bunyi Bantu Anak Bercakap Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 337 hits
Latihlah bayi anda mencari arah bunyi seawal bayi 0 hingga 12 bulan Kemahiran ini ialah kemahiran mendengar Ini sangat penting dilatih sejak bayi lagi Kenapa Sebab ini adalah kemahiran paling asas untuk anak BERCAKAP BELAJAR dan memberi FOK...
Program Pengambilan Perantis Sesi 2019 2020 Di Pusat Latihan Belia Kpd Oisca Lagud Seberang Tenom

Program Pengambilan Perantis Sesi 2019 2020 Di Pusat Latihan Belia Kpd Oisca Lagud Seberang Tenom

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 791 hits
Program Pengambilan Perantis Sesi 2019 2020 di Pusat Latihan Belia KPD OISCA Lagud Seberang TenomGolongan belia dipelawa menyertai Program Pengambilan Perantis Sesi 2019 2020 yang akan dikendalikan oleh Pusat Latihan Belia KPD OISCA Lagud S...
Bakal Terima Ahli Keluarga Baru Ini Antara Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

Bakal Terima Ahli Keluarga Baru Ini Antara Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 414 hits
AssalamualaikumSurah2 dari ayat suci Al Quran sememangnya sangat elok diamalkan oleh semua orang termasuk bagi ibu ibu hamil Ia dapat memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada ibu tetapi juga kepada bayi didalam kandungan Insyallah jika ...
Kisah Pasha Anak Keluarga Miskin Ditolak Di Smp Negeri Terlanjur Beli Alat Sekolah Hingga Mengurung Diri Di Kamar

Kisah Pasha Anak Keluarga Miskin Ditolak Di Smp Negeri Terlanjur Beli Alat Sekolah Hingga Mengurung Diri Di Kamar

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 339 hits
Muhammad Pasha Pratama warga Padukuhan Bulu RT 05 RW 14 Desa Bejiharjo Kecamatan Karangmojo harus merasakan kekecewaan Kekecewaan harus dirasakannya lantaran Pasha tahu namanya tak tercantum di papan pengumuman SMPN 2 Karangmojo Gunungkidul...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut