50 Soal Jawab Berkenaan Puasa Di Bulan Ramadan


Soal jawab di bawah adalah koleksi dari beberapa laman web seperti http://www.islam.gov.my/

Semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.



Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.

Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?

Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?

Jawapan:
Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak?

Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak?

Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?

Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?

Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?

Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?

Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?

Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?

Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?

Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?

Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?

Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?

Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?

Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:
Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?

Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?

Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?

Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

Soalan 36:
Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?

Jawapan:
Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan 37:
Adakah boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang?

Jawapan:
Yang muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan 38:
Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.

Soalan 39:
Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?

Jawapan:
Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan 40:
Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?

Jawapan:
Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan 41:
Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Sunat berimsak.

Soalan 42:
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak.

Soalan 43:
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan 44:
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?

Jawapan:
Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan 45:
Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada’.

Soalan 46:
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?

Jawapan:
Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

Soalan 47:
Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?

Jawapan:
Sunat.

Soalan 48:
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?

Jawapan:
Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan 49:
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?

Jawapan:
Tidak sah puasanya.

Soalan 50:
Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?

Jawapan:
Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada’.

Soalan 51:
Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?

Jawapan:
Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

Sekian.

Kredit : https://fitrahislami.wordpress.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://selongkar10.blogspot.com/2020/04/50-soal-jawab-berkenaan-puasa-di-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 940 hits
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA Gunakan peluang Ramadan kali ini untuk beribadah bersama keluarga di rumah Terus patuhi PKP dan amalkan langkah langkah pencegahan sebaiknya bagi mencegah penularan wabak COVID19 KitaMestiMenang St...
Tragedi Ramadan Bayi 6 Bulan Maut Kereta Dipandu Bapa Terbabas Selepas Berbuka Puasa

Tragedi Ramadan Bayi 6 Bulan Maut Kereta Dipandu Bapa Terbabas Selepas Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 402 hits
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas di KM4 Jalan Bota Kiri Tanjung Belanja berhampiran Tanjung Aur Bota Perak Nahas sekitar jam 8 15 malam itu menyebabkan mangsa Afham Faiq Azrul Amir men...
Netizen Samakan Baju Batik Menteri Kanan Pertahanan Dengan Juadah Enak Bulan Ramadan

Netizen Samakan Baju Batik Menteri Kanan Pertahanan Dengan Juadah Enak Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 600 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan macam macam gelagat netizen Ohmedia tengok dan ada juga segelintir orang menunjukkan sikap yang sebenar seperti mencuri idea jenama tempatan lain Oops Apa yang lebih menghiburkan adala...
Resepi Ayam Bakar Viral Persediaan Bulan Puasa Tanpa Bazar Ramadhan

Resepi Ayam Bakar Viral Persediaan Bulan Puasa Tanpa Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 932 hits
Bertahun tahun kita berpuasa dengan pelbagai hidangan masakan yang dibeli di bazar ramadhan Namun bagi tahun 2020 kali ini amat berbeza amalan puasa Tiada lagi bazar ramadhan tiada terawih tiada pekerjaan Jangan bersedih dahulu kerana kita ...
Dalgona Milo Istimewa Bulan Puasa

Dalgona Milo Istimewa Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 1025 hits
Nak cuba rasa minuman sedap Dalgona Milo Jom terjah ke dapur dan hasilkan sendiri Dalgona Milo Bagi yang gemarkan nescafe just ganti je Bahan bahan yang diperlukan 2 sudu besar milo2 sudu gula perang gula biasa2 sudu air panasHujung sudu ov...
Resepi Bulan Puasa Nasi Sotong

Resepi Bulan Puasa Nasi Sotong

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 598 hits
Resepi Bulan Puasa Nasi Sotong Sempena bulan puasa Mr Papito ingin berkongsi resepi nasi sotong yang dikongsikan oleh Humaira Hanny Rahmad Bahan bahan tumis bawang merah bawang putih serai halia 3 beradikminyak masaksotongberasgaramairCara ...
Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 911 hits
Assalamualaikum Bagaimana lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan sebulan Doa berbuka puasa Ini rujukan untuk kita semua umat islam yang akan bermula puasa esok LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN BESERTA BACAAN RUMI Rumi Nawaitu Souma Ghadi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner