50 Kes Baru Satu Lagi Kematian 103 Pulih


Dikemaskini Hari ini 5:22 pm

Malaysia merekodkan 50 kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes.

Dalam sidang media di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata seramai 103 kes telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes," kata beliau.

Menurutnya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 1,987 kes.

"Sehingga kini, seramai 43 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan," jelasnya.

Noor Hisham juga memaklumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 93 kematian setakat ini.

Kematian terbaru itu melibatkan seorang wanita warga Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.


"Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 9.15 pagi. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau," katanya.

Satu kluster baru di Pengerang, Johor

Sementara itu, Noor Hisham berkata KKM telah mengesan satu kluster yang bermula di Pengerang, Johor.

Kes indeks iaitu kes ke-1508 kluster ini telah mula mengalami gejala pada 12 Mac lalu.

"Beliau telah dirawat di sebuah klinik swasta pada 16 Mac 2020 dan disyaki sebagai menghidap Demam Denggi.

"Pada keesokan hari, beliau telah merentas beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac 2020.

"Keadaan kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac 2020 dalam keadaan yang kritikal. Beliau seterusnya disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 22 Mac 2020," jelasnya.

Setakat 22 April, kluster ini melibatkan sebanyak 15 kes positif Covid-19 iaitu sepuluh orang rakan sekerja dan lima ahli keluarga kes indeks, termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.

"Sebanyak tujuh (7) kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala lapan (8) kes lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

"Secara keseluruhan, tiga (3) kes di dalam kluster ini telah dirawat di ICU.

"Jangkitan di kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/50-kes-baru-satu-lagi-kematian-103-pulih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Satu Lagi Korban 88 Kes Baru 64 4 Peratus Pulih

Covid 19 Satu Lagi Korban 88 Kes Baru 64 4 Peratus Pulih

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 283 hits
Malaysia hari ini mencatatkan satu kematian baru akibat Covid 19 dan 88 kes baru Ini menjadikan jumlah korban di Malaysia akibat wabak itu ialah 96 dengan 5 691 kes jangkitan direkodkan Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan D...
1 Kematian Terbaru 168 Pulih Dan 134 Kes Jangkitan Baru

1 Kematian Terbaru 168 Pulih Dan 134 Kes Jangkitan Baru

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 196 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 1 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 3 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 77 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memak...
Covid 19 38 Kes Baru Tiada Kematian 66 8 Pesakit Pulih

Covid 19 38 Kes Baru Tiada Kematian 66 8 Pesakit Pulih

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 348 hits
Tiada pesakit Covid 19 yang meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kekal sebanyak 98 atau 1 7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia menurut Kementerian Kesihatan Dalam sidang media di Putrajaya ha...
Sabtu 18 4 54 Kes Baru 135 Pulih Dan 2 Kematian

Sabtu 18 4 54 Kes Baru 135 Pulih Dan 2 Kematian

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 266 hits
Malaysia mencatat jumlah pertambahan kes Covid 19 harian kurang daripada 100 buat kali ketiga minggu ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata setakat tengah hari tadi terdapat 54 kes baru y...
Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 253 hits
Seramai 5 kematian baru jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 82 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 170 kes jangkitan baru dil...
Kematian Bertambah 5 Orang 202 Pulih Dan Kes Baharu 170

Kematian Bertambah 5 Orang 202 Pulih Dan Kes Baharu 170

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 181 hits
PUTRAJAYA Seramai 5 kematian baru jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 82 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 170 kes jangkita...
Update Terkini Pertambahan 85 Kes Baru Dan 1 Kematian Baru Dicatatkan

Update Terkini Pertambahan 85 Kes Baru Dan 1 Kematian Baru Dicatatkan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 243 hits
Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan bahawa terdapat lima kes kematian baharu disebabkan oleh Covid 19 dicatatkan pada hari ini Pertambahan kes kematian tersebut menjadikan keseluruhan 83 kematian atau 1 64 setakat ini Kementerian K...
Covid 19 1 Kematian 85 Kes Baru Terendah Sejak Sebulan Lalu

Covid 19 1 Kematian 85 Kes Baru Terendah Sejak Sebulan Lalu

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 328 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 85 kes baru Covid 19 setakat pukul 12 tengah hari tadi iaitu jumlah kes baru terendah sejak 14 Mac lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kesel...
Covid 19 150 Kes Baru 5 Kematian Hampir Separuh Sembuh

Covid 19 150 Kes Baru 5 Kematian Hampir Separuh Sembuh

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 243 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 202 pesakit Covid 19 sembuh dan dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2 478 Ia menandakan kadar kes sembuh adalah 49 7 peratus iaitu hampir separuh daripada jumla...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free