Covid 19 150 Kes Baru 5 Kematian Hampir Separuh Sembuh



PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 202 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,478.

Ia menandakan kadar kes sembuh adalah 49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia.

"Hari ini juga, bilangan kes yang didiscaj adalah melebihi bilangan kes baru yang dilaporkan." kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan sebanyak 150 kes baru positif Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kepasa 4,987 kes, kata Abdullah.

Beliau juga memaklumkan lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian kepada 82.

Seramai 2,427 pesakit Covid-19 masih menjalani rawatan, katanya lagi.

Daripada jumlah itu, seramai 60 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang enam berbanding semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang tiga berbanding semalam.

Berikut adalah lima kematian yang dilaporkan hari ini:

Pesakit 4,532 (kematian ke-78)

Lelaki dewasa tanpa identiti diri dan dipercayai bukan warga Malaysia yang ditemui mati di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 April 2020.

Keputusan ujian sampel Covid-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 11 April 2020. Kes ini di bawah siasatan polis.

Pesakit 2,052 (kematian ke-79)

Lelaki warga Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.17 pagi, hari ini.

Pesakit 4,818 (kematian ke-80)

Lelaki warga Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 7 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.36 malam, 12 April.

Pesakit 4,521 (kematian ke-81)

Perempuan warga Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-4088 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 9 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 petang, 13 April.

Pesakit 1,649 (kematian ke-82)

Lelaki warga Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-343 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 26 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi, hari ini. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/04/covid-19-150-kes-baru-5-kematian-hampir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 4 Kematian 150 Kes Baru Dicatat Hari Ini

Covid 19 4 Kematian 150 Kes Baru Dicatat Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 311 hits
Nur Hasliza Mohd Salleh PUTRAJAYA Sebanyak 4 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan 57 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan se...
Covid 19 Catat 76 Kematian 153 Kes Baru

Covid 19 Catat 76 Kematian 153 Kes Baru

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 241 hits
Jumlah positif Covid 19 di Malaysia meningkat kepada 4 683 kes setakat 12 April 2020 Foto BernamaPUTRAJAYA 12 April Sebanyak 153 kes baharu positif Covid 19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di ne...
Covid 19 1 Kematian 110 Kes Baru

Covid 19 1 Kematian 110 Kes Baru

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 231 hits
1 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 1 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban sehingga kini seramai 84 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 110 kes jang...
Covid 19 4 Kematian Dan 150 Kes Baru

Covid 19 4 Kematian Dan 150 Kes Baru

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 259 hits
Sebanyak 4 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan 57 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 150 kes jangkitan baru dila...
Covid 19 1 Kematian Dan 134 Kes Baru

Covid 19 1 Kematian Dan 134 Kes Baru

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 283 hits
Sebanyak 1 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 3 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 77 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan seb...
Covid 19 1 Kematian 85 Kes Baru Terendah Sejak Sebulan Lalu

Covid 19 1 Kematian 85 Kes Baru Terendah Sejak Sebulan Lalu

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 325 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 85 kes baru Covid 19 setakat pukul 12 tengah hari tadi iaitu jumlah kes baru terendah sejak 14 Mac lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kesel...
Covid 19 3 Kematian Dan 118 Kes Baru

Covid 19 3 Kematian Dan 118 Kes Baru

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 218 hits
Tiga kematian Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhannya 70 pesakit meninggal dunia akibat virus itu setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terbaru itu membabitkan warganegara Malaysia beru...
Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 252 hits
Seramai 5 kematian baru jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 82 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 170 kes jangkitan baru dil...
Singapura Catat 142 Kes Baru Covid 19 Jadikan Jumlah 1 623

Singapura Catat 142 Kes Baru Covid 19 Jadikan Jumlah 1 623

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 202 hits
April 9 2020 7 13 AMPekerja warga Bangladesh India dan China di asrama pekerja S 11 Punggol di Singapura yang diwartakan sebagai pusat isolasi Covid 19 SINGAPURA Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 142 kes baru jangkitan Covid 19 di...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance