Covid 19 1 Kematian 85 Kes Baru Terendah Sejak Sebulan Lalu



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 85 kes baru Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari tadi, iaitu jumlah kes baru terendah sejak 14 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 5,072 kes.

Jumlah kes dilaporkan pada 14 Mac adalah 35. Sejak itu, bilangan kes baru setiap hari mencecah 100 dan ke atas.

Noor Hisham turut memaklumkan seorang lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian menjadi 83 orang.


Pesakit yang meninggal dunia hari ini merupakan lelaki warga Malaysia berusia 69 tahun, dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.41 pagi hari ini.

Selain itu, sejumlah 169 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,647 kes.

Ia menjadikan kadar kes sembuh kepada 52.2 peratus, iaitu pertama kali kadar sembuh melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan kes.

Setakat ini, seramai 56 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang empat berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang satu berbanding semalam.

Perlu tingkatkan kepatuhan PKP

Dalam pada itu, Noor Hisham menyambut baik kenyataan Majlis Keselamatan Negara berkenaan tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) pada fasa tiga.

"Berdasarkan pemantauan pihak berwajib dan keadaan trafik kebelakangan ini, didapati masyarakat semakin tidak akur terhadap arahan PKP.

"KKM khuatir ketidakpatuhan ini boleh membatalkan usaha keras semua pihak yang telah diambil setakat ini. Terima kasih kepada semua pihak berwajib dalam membantu menguatkuasakan arahan PKP ini agar tahap keakuran dapat ditingkatkan," katanya.

Menurutnya lagi, kepatuhan masyarakat perlu terus dipertingkatkan memandangkan PKP fasa pertama dan kedua ternyata dapat mengawal penularan wabak Covid-19.

"(Jumlah kes harian) tanpa kenaikan mendadak. Manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari. Ini menunjukkan kemajuan yang

memberangsangkan hasil daripada pelaksanaan PKP, seperti yang dapat dilihat pada tren jumlah kes aktif harian," katanya lagi.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/covid-19-1-kematian-85-kes-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Catat 76 Kematian 153 Kes Baru

Covid 19 Catat 76 Kematian 153 Kes Baru

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 241 hits
Jumlah positif Covid 19 di Malaysia meningkat kepada 4 683 kes setakat 12 April 2020 Foto BernamaPUTRAJAYA 12 April Sebanyak 153 kes baharu positif Covid 19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di ne...
Covid 19 150 Kes Baru 5 Kematian Hampir Separuh Sembuh

Covid 19 150 Kes Baru 5 Kematian Hampir Separuh Sembuh

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 241 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 202 pesakit Covid 19 sembuh dan dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2 478 Ia menandakan kadar kes sembuh adalah 49 7 peratus iaitu hampir separuh daripada jumla...
Covid 19 3 Kematian Dan 118 Kes Baru

Covid 19 3 Kematian Dan 118 Kes Baru

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 218 hits
Tiga kematian Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhannya 70 pesakit meninggal dunia akibat virus itu setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terbaru itu membabitkan warganegara Malaysia beru...
Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 252 hits
Seramai 5 kematian baru jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 82 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 170 kes jangkitan baru dil...
Covid 19 1 Kematian Dan 134 Kes Baru

Covid 19 1 Kematian Dan 134 Kes Baru

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 283 hits
Sebanyak 1 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 3 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 77 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan seb...
Covid 19 1 Kematian 110 Kes Baru

Covid 19 1 Kematian 110 Kes Baru

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 231 hits
1 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 1 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban sehingga kini seramai 84 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 110 kes jang...
Covid 19 Di Malaysia 54 Kes Baru 58 5 Pulih 2 Lagi Korban

Covid 19 Di Malaysia 54 Kes Baru 58 5 Pulih 2 Lagi Korban

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 263 hits
Malaysiakini Malaysia mencatat jumlah pertambahan kes Covid 19 harian kurang daripada 100 buat kali ketiga minggu ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata setakat tengah hari tadi terdapat ...
Tiada Kematian Akibat Covid 19 Hanya 36 Kes Hari Ini Angka Paling Rendah Pernah Dicatat

Tiada Kematian Akibat Covid 19 Hanya 36 Kes Hari Ini Angka Paling Rendah Pernah Dicatat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 281 hits
TIADA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan setakat 12 tengah hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah ku...
Lebih 34 000 Kes Denggi Dilaporkan Sejak 29 Disember 2019 63 Kes Kematian

Lebih 34 000 Kes Denggi Dilaporkan Sejak 29 Disember 2019 63 Kes Kematian

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 275 hits
Pada minggu ke 16 pada tahun 2020 sebanyak 1 172 kes Denggi telah dilaporkan dimana jumlah itu meningkat 4 5 berbanding minggu lalu Secara keseluruhan jumlah kes yang telah dilaporkan adalah sebanyak 37 701 daripada 29 Disember 2019 sehingg...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil