Tourism Pahang Gunakan Platform Media Sosial Tarik Lebih Ramai Pelancong Belia




KUANTAN: Tourism Pahang sedang giat meningkatkan inisiatif baharu bagi menarik lebih ramai pelancong domestik daripada golongan belia yang aktif menggunakan media sosial berkunjung ke negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man, berkata ia sejajar dengan sasaran kerajaan negeri untuk menarik 13 juta pelancong tahun ini.
Beliau berkata, data kedatangan pelancong ke Pahang 2022 menunjukkan kehadiran 9,712,868 juta pelancong domestik ke Pahang dengan sebahagian besar adalah golongan belia berusia antara 25 hingga 30 tahun yang aktif menggunakan media sosial.
Berikutan itu, katanya, inisiatif baharu perlu dilakukan pihaknya untuk mempromosikan sektor pelancongan di negeri ketiga terbesar di Malaysia itu di media sosial.
"Sudah tiba masanya kita mulakan usaha memperkasakan promosi di platform media sosial membabitkan industri pelancongan di negeri ini.
"Usaha menggerakkan peserta industri pelancongan secara strategik ini juga mampu memastikan promosi bagi produk pelancongan Pahang dapat diperluaskan kepada pengguna media sosial di dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan media di sini.

Justeru, Yu Man berkata, Tourism Pahang mengadakan kerjasama dengan syarikat Volt On Sdn Bhd untuk membantu peserta industri pelancongan mempromosikan produk mereka serta tempat pelancongan Pahang di media sosial.
Menerusi kerjasama bertemakan 'Sinergi Media Sosial Perkasa Pelancongan Pahang', beliau berkata, syarikat Volt On menerusi cabang latihan korporatnya, Millennial Media Hub akan menyediakan strategi dan latihan menguruskan media sosial secara profesional supaya promosi pelancongan Pahang dapat digerakkan secara strategik.
"Kita sasarkan sebanyak 100 pengurus media sosial profesional dapat dilahirkan dalam kalangan peserta industri pelancongan di Pahang.
"Empat kursus latihan ditawarkan dengan setiap satu daripadanya mengambil masa kira-kira tiga hari ini dan ia akan memfokuskan kumpulan iindustri Pelancongan Tanah Tinggi; Kembara dan Semulajadi; serta Pantai dan Pulau.
"Peserta akan didedahkan dengan strategi pemasaran pelancongan berlandaskan data yang mampu melonjakan penghasilan kandungan berimpak tinggi di media sosial sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa," katanya.
Beliau juga berkata, kursus itu kini dibuka untuk pendaftaran kepada komuniti industri pelancongan termasuk mereka dalam bidang pengurusan hotel, perkhidmatan pelancongan dan restoran.
Sementara itu, Pengurus Besar Volt On, Che Wan Badrul Alias, berkata inisiatif itu dirancang bertujuan mewujudkan gelombang kandungan media sosial yang mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama menjelang 2025.
"Peserta kursus akan dilengkapi dengan pengurusan media sosial secara strategik, kemahiran membangunkan kandungan berimpak, serta meneroka potensi menjana pendapatan baharu menerusi 'Perdagangan Sosial' (Sosial Commerce).
"Millennial Media Hub akan kongsikan menerusi analisis data pelancongan untuk merangka strategi pemasaran peserta.
"Strategi ini bakal mewujudkan sinergi antara peserta industri untuk mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan secara menyeluruh dan bukan lagi hanya mempromosikan produk mereka sahaja," katanya.
Pihak industri yang berminat untuk menyertai Tourism Pahang Millennial Media Training 2023 dan kursus yang ditawarkan boleh layari www.volton.my atau hubungi pasukan Millennial Media Hub di email [email protected].
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/07/tourism-pahang-guna-platform-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu 3r Kkd Adakan Sesi Libat Urus Dengan Penyedia Pengendali Platform Media Sosial

Isu 3r Kkd Adakan Sesi Libat Urus Dengan Penyedia Pengendali Platform Media Sosial

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia dan pengendali platform media sosial untuk membantu mereka memahami undang undang berkaitan isu 3R raja agama dan kaum dengan lebih baik Menter...
10 Entri Dari Aynorablogs Dot Com Yang Paling Banyak Dikongsikan Di Media Sosial

10 Entri Dari Aynorablogs Dot Com Yang Paling Banyak Dikongsikan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 436 hits
10 Entri Dari Aynorablogs Dot Com Yang Paling Banyak Dikongsikan Di Media Sosial Kali ini kami siarkan screen shot entri yang paling banyak di kongsikan di media sosial untuk tatapan anda Juga sebagai satu motivasi kepada blogger di luar sa...
Ikuti Saya Di Threads Apa Itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023

Ikuti Saya Di Threads Apa Itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 270 hits
Ikuti saya di Apa itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023 Threads ialah aplikasi baharu daripada syarikat induk Facebook Instagram dan WhatsApp Platform ini kelihatan seperti Twitter dengan suapan siaran berasaskan teks sebahagian besar...
Mengalah Tak Bererti Kalah Tarik Balik Saman Puteri Sarah Lebih Pilih Kesihatan Mental Ingin Rasa Bahagia

Mengalah Tak Bererti Kalah Tarik Balik Saman Puteri Sarah Lebih Pilih Kesihatan Mental Ingin Rasa Bahagia

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 205 hits
Susulan menarik balik saman terhadap Ira Kazar tindakan Puteri Sarah tidak diterima baik oleh warganet dan rata rata merasakan pelakon tersebut tidak sepatutnya berhenti di tengah jalan
Letak Lebih Ramai Calon Muda Untuk Pikat Belia Kedah Bn Ph Diberitahu

Letak Lebih Ramai Calon Muda Untuk Pikat Belia Kedah Bn Ph Diberitahu

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 156 hits
Dineskumar RaguALOR SETAR Gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional di Kedah perlu meletak calon lebih muda pada PRN akan datang bagi menarik undi belia kata seorang penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia mendapati tidak...
Gadis Ini Berjaya Raih Pendapatan Rm18 Ribu Sebulan Jadi Gamers Di Media Sosial Rupanya Ini Rahsia Sebenar Beliau

Gadis Ini Berjaya Raih Pendapatan Rm18 Ribu Sebulan Jadi Gamers Di Media Sosial Rupanya Ini Rahsia Sebenar Beliau

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 332 hits
Gadis ini berjaya raih pendapatan RM18 ribu sebulan jadi gamers di media sosial rupanya ini rahsia sebenar beliau Seronok kan bila boleh main game je tapi dapat raih pendapatan beribu ringgit Kalau min dapat beratus pun dah seronok inikan p...
Guru Perlu Patuhi Tatasusila Di Media Sosial Menteri Pendidikan

Guru Perlu Patuhi Tatasusila Di Media Sosial Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 263 hits
Kuala Lumpur 11 Julai 2023 Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengeluarkan kenyataan hari ini mengenai aduan berulang yang diterimanya mengenai guru guru yang memberikan komentar di dalam media sosial Beliau menyatakan bahawa kebimbangan ibu...
Kerajaan Berjaya Memangkin Ekonomi Ke Arah Lebih Baik

Kerajaan Berjaya Memangkin Ekonomi Ke Arah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 355 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyangkal dakwaan Perikatan Nasional yang mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai hala tuju ekonomi Menurut Rafizi pertumbuhan ekonomi yang sihat sejak beberapa bulan lalu selain kadar inflasi yang mereda m...
Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Lebih Besar Terumbu Karang Di Pindah

Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Lebih Besar Terumbu Karang Di Pindah

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Cadangan Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Tioman akan menyebabkan kerosakan alam sekitar dan kehilangan habitat terhadap ratusan spesies hidupan marin di pulau itu yang sepatutnya menjadi taman laut yang dilindungi Menurut pe...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Importance Of Domain Valuation

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan