5 Tips Paling Ringkas Diet Air Putih
Kalau anda men‘Google’ tips kurus di carian internet, pasti jumpa pelbagai tips dengan pelbagai cara. Ada yang komplikated, ada yang menggunakan modal yang tinggi, ada yang free, ada yang selamat dan ada yang berisiko tinggi. Tepuk dada, tanya selera.
Sebenarnya ada saja kaedah diet paling mudah untuk turunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak pula membahayakan. Caranya, dengan mengamalkan diet air putih.
Apa itu Diet Air Putih?
Ya jangan tak percaya! Dengan mengatur waktu minum air putih dan mengikut panduan yang diberikan berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat. Ada yang keliru air putih dengan air masak? Air yang sama sahaja..
1. Sebaik bangun daripada tidur pastikan minum air putih segelas. Ia baik untuk kesihatan selain membantu membuang lemak dari tubuh.
2. Sebelum dan selepas makan minum air putih paling tidak 2 gelas. Ia akan membuat perut kita kenyang dan tak makan terlalu banyak.
3. Minum lebih dari 4 liter air sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh.
4. Ganti minuman teh atau kopi mahu pun air manis lain dengan air putih. Lupakan terus.
5. Air putih dan juga hirisan lemon atau buah-buahan lain juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
6. Jika mahu kesan lebih cepat kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.
Oh ye, sebenarnya 6 Tips Diet Putih seperti senarai di atas, bukannya 5.. bonus tambahan 1 tips untuk anda!
Harus diingat, walaupun dah minum banyak air putih, makan pun kenalah kawal juga. Kalau makan tetap dua pinggan nasi, lauk berlemak penuh satu pinggan, kemudian bertambah lagi nasi 2 senduk, tetap susah nak kurus juga ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsempoi.com/5-tips-paling-ringkas-diet-air-putih/