5 Tips Menjimatkan Hayat Bateri Gopro
"Bateri GoPro Tahan Lama"
Dulu apabila sebut akan gopro terus teringatkan satu kamera bersaiz kecil yang menjadi idaman ramai.
Tips Jimatkan Bateri Gopro Ketika DigunakanGopro menjadi keinginan setiap peminat videografi tidak kira yang sukakan cabaran dengan aktiviti lasak atau sekadar menguji kreativiti dalam merekod video.
Kamera berjenama GoPro yang pertama muncul pada 2004 dengan nama GoPro 35mm HERO. Kini, sehingga 2019, GoPro Hero 8, dan GoPro Max
Model GoPro Action Camera Semakin Canggih
Spesikasi untuk model-model GoPro khususnya untuk siri Hero Action Camera semakin berubah mengikut teknologi.
Action Camera Jenama GoPro HeroJika dahulu tiada hypersmooth sekarang sudah ada, jika dulu perlukan 'casing' untuk diselam dalam air, kini sudah ada yang boleh diselam tanpa 'casing'.
Sebagai pengguna kamera aksi dari jenama GoPro, penulis menghadapi permasalahan biasa apabila berkait dengan merekod video dengan GoPro, iaitu masalah bateri mudah habis atau cepat habis kapasitinya.
Cara Cara Jimatkan Bateri GoPro
Disini terdapat tips yang boleh penulis kongsikan untuk mengurangkan kecepatan bateri habis ketika merekod video atau aktiviti anda.
1. Tutup GPS
(Slide down ▶️ Pereferences ▶️ Regional ▶️ GPS off).
Bagi merekod aktiviti dengan gopro tanpa memerlukan GPS boleh tutupkan sahaja GPS anda.
Kebiasaannya mereka yang ingin menggunakan apps speedometer dan lokasi anda berapa akan buka (on) GPS.
Jika tiada sebarang keignginan untuk menggunakannya boleh tutup sahaja GPS.
2. Tutup Wifi
(Slide down ▶️ Pereferences ▶️ Connection ▶️ Wifi connection off)
Untuk wifi ini kebiasaannya adalah untuk hubungkan antara device gopro dengan apps gopro pada phone, jika tiada sebarang aktiviti membabitkan untuk menghubungkan kedua-kedua device, tutup sahaja.
Jika anda tidak melakukan 'live streaming' boleh tutupkan sahaja.
3. Kurangkan Brightness
(Slide down ▶️ Pereferences ▶️ Touch Screen▶️ Scroll )
Kecerahan pada skrin GoPro memakan jangka hayat bateri anda. Ada baiknya jika kurangkan kepada kecerahan yang masih boleh dilihat dan tidak terlalu terang untuk penjimatan bateri.
4. Tutup Quick Capture
(Slide down ▶️ Symbol Arnab ▶️ Click to OFF )
Quick capture pada GoPro berfungsi sebagai auto rekod dan untuk timelapse. Jika anda seorang yang biasa menekan butang secara manual, maka 'feature' ini bolehlah ditutup.
5. Tutup Voice Command
( Slide down ▶️ Symbol kepala orang mulut terbuka ▶️ Click to OFF )
Sebagaimana 'chrome cast' feature voice command digunakan untuk memberikan arahan kepada device untuk melakukan atau membuka menu yang ada.
Ketika voice command ini active, bateri diperlukan kerana kamera perlu dalam keadaan 'standby' untuk mengesan arahan suara dari pemilik GoPro tersebut.
Tutorial untuk setting pada gopro ada pada video di bawah :
Kenali Spesifikasi GoPro Anda
Itu adalah lima tips mudah untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda. Secara kesimpulannya, fahami spesifikasi GoPro anda, ada aplikasi atau 'features' pada device yang selalu terbuka (on) namun tidak diperlukan pada ketika masa tersebut, yang mungkin memakan durasi bateri anda.
Gunakan apabila perlu.
Beli Bateri Lebih Pada Satu
Jika anda memiliki bateri 'spare' dua atau tiga buah lagi bateri mungkin tidak memberi banyak masalah, masalah akan timbul jika anda hanya memiliki satu sahaja bateri dan tiada sebarang 'power bank' ketika merekod aksi.
Bateri Action Camera GoPro OriginalMungkin tips ini berguna untuk kamera aksi (action camera) untuk jenama lain.
Jenama GoPro memang terbukti memberikan kepuasan kepada penulis sendiri, harganya mahal namun berbaloi bagi penulis.
Boleh lihat hasil video dari GoPro Hero 7 Black pada channel youtube di bawah :
atau bagi yang ingin mendapatkan aksesori GoPro termasuk bateri dan mendapatkan GoPro dengan harga istimewa beserta pakej aksesori, boleh klik pautan-pautan di bawah :
Bundle Gopro + Accessories Promotion : Klik Sini
'Trusted dealer', penulis dapatkan gopro action camera dan aksesorinya dengan mereka. Salah satu dealer untuk warranty Funsports GoPro Malaysia
Anda fikir anda tahu 5 Tips Menjimatkan Hayat Bateri GoPro ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2020/01/5-tips-menjimatkan-hayat-bateri-gopro.html