7 Tips Nak Beli Tiket Flight Murah


Hi korang...

SA scroll FB ternampak ada orang share tips nak beli tiket kapal terbang murah..bukan apa..senang nak refer so SA decided salin dan tampal letak kat blog ni..nanti senang kan...


1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London

3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah

6. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google

7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner2. CheapFlight3. Momondo4. Kayak5. Google Flight6. Ita Software
#salintampal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2020/01/7-tips-nak-beli-tiket-flight-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Beli Pakaian Musim Sejuk Dengan Murah Dan Jimat

5 Tips Beli Pakaian Musim Sejuk Dengan Murah Dan Jimat

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 350 hits
Snow Cap Beanie Hat Yang Selesa Dan Cantik Dari Hijab For Traveller Assalamualaikum Musim sejuk merupakan timing yang paling ditunggu di kalangan kaki travel Antara destinasi percutian luar negara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adal...
Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 649 hits
Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain Biasanya golongan kanak kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat se...
Bercadang Nak Ke Pulau Tioman Ini Pakej Murah Boleh Anda Ambil

Bercadang Nak Ke Pulau Tioman Ini Pakej Murah Boleh Anda Ambil

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 627 hits
Malaysia ni antara negara yang banyak cuti umum berbanding jepun katanya Orang jepun memang kurang cuti sebab depa rajin bekerja Kita orang Malaysia ni bukan malas tapi lebih menikmati hidup katanya sebab tu kerajaan bagi banyak macam macam...
Sampai Berhutang Nak Beli Ketum Isteri Kecewa Suami Jadi Baran Lepas Ketagih Ketum

Sampai Berhutang Nak Beli Ketum Isteri Kecewa Suami Jadi Baran Lepas Ketagih Ketum

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 566 hits
Menyimpan air ketum adalah satu kesalahan undang undang dalam negara ini Pemilik boleh didakwa di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10 000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua duanya Malah...
Umk Naik Ini Tips Untuk Pekerja Bisa Segera Beli Rumah

Umk Naik Ini Tips Untuk Pekerja Bisa Segera Beli Rumah

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 308 hits
Kalau memang sudah sangat berniat memiliki rumah sendiri bisa dimulai dengan berhemat atau menabung sehingga uang yang dikumpulkan bisa untuk membayar uang muka
Nak Beli Mahal Buat Sendiri Je Keju Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

Nak Beli Mahal Buat Sendiri Je Keju Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 235 hits
Menurut The American Academy Of Pediatrics bahagian Alergi dan Imunologi bayi boleh mengambil keju setelah diperkenalkan dengan makanan pejal Ini bermakna bayi boleh diberikan keju dengan selamat Malah kandungan keju yang tinggi kalori dan ...
Nak Jadi Suami Terbaik Buat Isteri Anda Baca Tips Paling Berkesan Ini Sampai Habis

Nak Jadi Suami Terbaik Buat Isteri Anda Baca Tips Paling Berkesan Ini Sampai Habis

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 385 hits
Menjadi suami terbaik bukanlah perkara yang mustahil jika anda sering berusaha untuk meringankan tugas isteri dan melayan karenahnya dengan penuh kasih sayang Bayangkanlah tugas seorang isteri dan ibu pada zaman sekarang dianggap begitu men...
3 Fasa Penting Yang Anda Perlu Tahu Jika Pertama Kali Nak Beli Rumah

3 Fasa Penting Yang Anda Perlu Tahu Jika Pertama Kali Nak Beli Rumah

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 357 hits
Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah ni mesti anda macam blur blur sikit tak tahu nak mula dekat mana Jadi ini terdapat perkongsian yang dikongsikan oleh saudara Afiq Shamnazri yang boleh anda gunakan untuk membeli rumah buat pertam...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang