5 Tips Elak Cyst Berulang Kembali Secara Semulajadi
Assalamualaikum w.b.t.
Bila bercerita tentang Cyst, saya banyak bertemu dengan wanita yang meminta pandangan dan nasihat kerana mengalami masalah cyst berulang. Jom saya kongsikan dengan anda semua 5 Tips elak cyst berulang kembali secara semulajadi.
Tahukah anda bahawa wanita yang pernah mengalami masalah cyst mempunyai lebih 50% risiko untuk mengalaminya kali kedua, ketiga dan seterusnya. Walaupun sekiranya anda telah membuang cyst pertama melalui pembedahan atau rawatan lain.
5 Tips Elak Cyst Berulang Kembali.
1. Hentikan “Fast Food” dan “Processes Food“.
Sekiranya anda telah berjaya membuang atau kecutkan cyst melalui rawatan apa sekalipun pada kali pertama, anda perlu merubah cara hidup dan corak pemakanan. Hentikan makanan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan hormon estrogen anda terus meningkat. Hormon estrogen yang tinggi menjadi penyebab cyst anda boleh muncul semula.
2. Banyakkan mengambil sayur sayuran dan buah buahan.
Makanan yang bernutrisi tinggi dan makanan yang tinggi antioksidan adalah sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghalang radikal bebas merosakkan sel tubuh anda. Pengambilan sayur sayuran hijau, buah buahan yang tinggi vitamin dan mineral menyingkirkan radikal bebas dari tubuh.
Selain itu antioksidan yang didapati dari buah buahan dan sayur sayuran juga menyingkirkan karsinogen yang menjadi pemicu kepada ketumbuhan abnormal.
3. Hentikan minuman berkarbonat dan tinggi gula.
Gula adalah musuh kepada sel sel sihat tubuh. Gula menyebabkan kewujudan banyak radikal bebas dalam tubuh. radikal besas inilah yang menyebabkan kewujudan sel sel abnormal yang membentuk ketumbuhan seperti cyst dan fibroid.
Bagi mereka yang pernah mengalami cyst, adalah lebih mudah untuk membentuk ketumbuhan abnormal ini semula apabila tabiat pemakanan yang sama tidak diubah.
4. Dapatkan berat badan seimbang.
Tahukah anda lemak pada tubuh adalah penyebab kepada kenaikan hormon estrogen seseorang wanita? makin tinggi lemak pada tubuh makin tinggi hormon estrogen wanita tersebut. Maka, untuk elak cyst berulang, seseorang wanita perlu mendapatkan berat badan seimbang.
5. Ambil Suplemen Antioksidan Semulajadi.
Mengamalkan suplemen dan vitamin semulajadi boleh mengurangkan risiko seseorang wanita untuk mendapat cyst dan juga cyst berulang. Tetapi pemilihan suplemen haruslah bijak. Suplemen haruslah tidak mengandungi gula yang tinggi, pewarna dan juga perasa tiruan. Pilih suplemen yang dipercayai ramai.
Nak tahu supelemen yang boleh bantu anda menghalang dan elak cyst berulang kembali? Jom Klik Link dibawah ini.
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetmommystory.com/2018/11/11/5-tips-elak-cyst-berulang-kembali-secara-semulajadi/