5 Things That Make Us Unique
Please don't cringe on the title. I was inspired to do this topic from a book called Thoughts & Reflections. Aku yakin bukan aku seorang je yang unik. Tapi semua orang. Semua manusia yang ada dalam dunia ni adalah unik dan special. Even bila kita cuba untuk blend dengan banyak orang, kita tetap lain dari yang lain. Ada banyak benda yang membezakan kita semua. Tak perlu try hard sangat untuk fit in sebab bila kita belajar untuk terima diri sendiri seadanya, untuk embrace our own uniquess, we will be able to stand out boldly among the crowd.
Unique means being the only one of its kind; unlike anything else. Unique also means different from one another. So let's see what differentiate between me and you and everyone. Chinggg!
1. PengalamanTak ada satu orang pun yang pernah ada pengalaman sama. Walaupun kita pernah makan di tempat yang sama, pernah pergi ke tempat yang sama, kerja di tempat yang sama, pengalaman yang kita dapat semuanya lain-lain. What happens throughout your life cuma kau sorang je tahu. Rahsia antara kau dan diri kau.
2. PersepsiIni jugak adalah subjektif. Pandangan dan pendapat kita terhadap sesuatu tu tak sama. Bagi sesetengah orang, harta dan pangkat adalah sangat penting. Tapi ada je yang tak peduli dengan benda macam tu as long as dia gembira, as long as duit dia cukup makan cukup untuk sara diri. Same thing bila ada sesuatu terjadi pada kita, ada orang cakap itu bala, ada yang cakap itu ujian. Persepsi kita tentang sesuatu takkan pernah sama. Even sama pun tetap akan ada sedikit perbezaan dari segi rasa hati atau sebaliknya. Mungkin mulut cakap ya tapi hati cakap benda lain. Jangan mok bebulak. Fitrah manusia memang macam ya.
3. KepercayaanWhat you believe is what you perceive to be true based on what you have experienced in life. Sebab tu adanya pergaduhan, sesi debat mendebat untuk tengok siapa betul siapa salah. Padahal benda ni jadi sebab fahaman yang berbeza terhadap sesuatu. Dari persepsi wujud pula kepercayaan. Bila persepsi kau cakap A, kepercayaan kau pun mestilah automatik A kan? Sebab benda tu yang kau rasa sendiri, yang kau tak kongsi dengan orang lain. Tak boleh nak argue dengan orang sebab orang lain pun ada kepercayaan dia sendiri. Contoh bila kau makan spaghetti topping nutella. Kau percaya tu sedap sebab kau dah rasa. Aku tak rasa pun aku boleh cakap tak sedap. Setakat tengok je aku dah boleh percaya tu benda gila. Who eat spaghetti with nutella?!
4. KreativitiIni tersangatlah ketara. Bab kreativiti aku sangat tak hebat. Tapi ada orang dia hebat melukis, hebat cipta benda, berbisnes dan sebagainya. Dari kreativiti ni pun dah boleh nampak betapa uniknya setiap orang di dunia ni. Kau pandai matematik, tapi kau bodoh sains. Aku pandai sains, tapi kau bodoh matematik. Tengok orang lain pandai buat makeup tapi aku haram jadah tak reti langsung. Polah sedo pun mata macam lebam lekak kenak tumbok. See the difference?
5. PersonalitiIni biasa terjadi. Ada orang suka kita, ada orang tak suka kita sebab personaliti. Dari attitude, cara kita bercakap dengan orang, kau peramah atau pendiam, optimist atau pessimist itu semua membezakan kita. Ada orang sejenis panas baran, ada orang sejenis cool je, ada yang sensitif, ada yang hati batu. Apa lagik kitak mok? Memang dah antap sik sama. Unik la retinya ya. Even bila kita fall in love dengan someone pun orang akan tanyak, what makes you like and love that person? Kenapa dia? Kenapa bukan orang lain? Apa yang dia ada yang orang lain tak ada? Haa jawab jangan sik jawab.
Sebenarnya ada banyak lagi benda yang buat kita unik. Dari bentuk badan, jenis rambut, warna mata, makanan kegemaran dan semualah. Sedap bagi kau tak semestinya sedap bagi aku. Cantik bagi kau tak semestinya cantik bagi aku. Cause we see things differently and we like different things.
All we need is to embrace ourselves, to respect each other. Stop the comparison, the judgment, the criticism etc cause we are all unique and different in our own way. Tak siok lah kalau semua sama kan? And let's learn to be ourselves instead of trying to be what society want us to be!
P/S: Kalau interview tanya kau soalan what-makes-you-unique mungkin kau boleh guna point yang aku letak sini. Hihi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.eecashyaa.com/2019/02/5-things-that-make-us-unique.html