5 Tanda Kita Terlalu Baik


5 Tanda Kita Terlalu Baik
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar pembaca blog KakYa hari ini? Harap semua sihat dan ceria selalu walaupun dunia kadang buat kita rasa berat. Ok topik petang santai santai jer. KakYa nak kupas sikit 5 Tanda Yang Menunjukkan Kita Terlalu Baik. Jom baca sekali kot kot la tanda tu ada kat korang.

KakYa tahu, ramai di antara kita ni jenis terlalu baik. Suka duk jaga hati orang lain sampai lupa jaga hati sendiri. Ya betul, kadang kita asyik jaga hati orang dan hati sendiri terabai. KakYa pun pernah rasa macam tu.

Pernah tak korang rasa penat sangat sampai nak menangis, tapi masih paksa senyum? Atau selalu minta maaf walaupun sebenarnya bukan kita salah?
5 Tanda Yang Menunjukkan Kita Terlalu Baik
Jom KakYa nak kongsikan sesuatu yang mungkin buat korang terfikir, kadang terlalu baik itu bukan satu kebaikan, tapi ity adalah cara kita sendiri menyakiti hati dan jiwa sendiri.

Kita selalu minta maaf padahal bukan salah kita
- Kita yang dipersalahkan, kita juga yang tunduk. Demi nak elak konflik, kita rendahkan diri walau hati kita dah berkecai. Bukan sebab kita salah, tapi sebab kita terlalu takut orang benci. Hakikatnya, kita ajar orang pijak kepala kita perlahan-lahan.


Kita buat benda yang kita tak suka sebab nak jaga hati orang
- Kita sanggup telan semua yang pahit, semata-mata nak orang lain rasa manis. Kita tolak tepi perasaan sendiri. Kita paksa senyum, paksa setuju… padahal jiwa kita tengah menangis. Sedihnya, kita anggap pengorbanan tu satu kebaikan, padahal ia luka yang kita cipta sendiri.


Kita dah biasa letak diri sendiri nombor paling akhir
- Semua orang kita dah tolong. Semua beban kita dah pikul. Tapi bila kita yang perlukan sokongan, tak ada siapa pun muncul. Kita dibiarkan tanggung sendiri. Hati kita jerit minta difahami, tapi semua pekakkan telinga. Kenapa? Sebab kita dah biasa kuat. Dah biasa tak berkira. Sampai orang lupa kita pun ada had.

Kita pendam semua rasa sebab takut orang terasa
- Kita telan kelukaan sebab kita takut ditolak. Kita diam bila tak setuju, sebab takut orang kecik hati. Tapi dalam diam, kita makin tawar. Hati kita makin mati. Dan paling menyedihkan… kita pun dah tak kenal suara hati sendiri. Kita hidup ikut skrip orang, bukan jadi diri sendiri.


Kita tak tahu macam mana nak tolak walaupun dah letih sangat
- Kita senyum dan kata “boleh je”, padahal dalam hati Tuhan je tahu betapa penatnya kita. Kita takut kalau kita cakap “tak nak”, kita akan kecewakan orang. Tapi tak ada siapa sedar, setiap kali kita paksa diri… kita kecewakan diri sendiri.

Jangan bangga sangat jadi orang yang ‘terlalu baik’. Kalau kebaikan tu buat kita hilang diri. Itu bukan mulia, itu penderaan emosi yang kita buat pada diri sendiri.

Sampai bila nak jadi kuat sorang sorang? Sampai bila nak senyum sambil hati koyak?
Jangan tunggu sampai diri kita pun dah tak kenal siapa kita.

Cukup cukup lah .. Letak noktah kat situ. Sekarang giliran kita pula untuk jaga diri sendiri, jadi diri sendiri. Kita layak bahagia dengan cara kita.

Sekarang Giliran Kita Untuk Jadi Diri Sendiri
Kadangkala kita terlalu sibuk nak jadi orang baik sampai lupa untuk jaga hati sendiri. Terlalu baik bukan bermakna mulia, tapi kadang ia jadi cara kita menyakiti diri sendiri tanpa sedar. Bila kita terlalu mahu menyenangkan semua orang, hati dan jiwa kita yang jadi korban.
Kenapa kita selalu minta maaf walaupun bukan salah kita? Sebab kita takut orang benci, takut luka hati orang lain. Jadi kita pilih untuk tunduk dan diam walaupun hati dah berkecai. Tapi sebenarnya, kita ajar orang pijak kepala kita perlahan-lahan. Bila kita selalu minta maaf tanpa sebab, kita hilang harga diri dan orang mula anggap itu satu kebiasaan.

Kenapa kita buat benda yang kita sendiri tak suka? Kita sanggup telan kepahitan demi buat orang lain bahagia. Kita tolak perasaan sendiri, paksa diri senyum dan setuju. Tapi kita lupa, setiap pengorbanan yang tidak tulus itu jadi luka dalam jiwa kita sendiri. Lama-kelamaan, kita rasa kosong dan lelah.

Kenapa letak diri sendiri nombor paling akhir? Kita dah biasa tolong semua orang, pikul semua beban. Tapi bila kita perlukan bantuan, tiada siapa muncul. Kita dibiarkan berjuang sendiri. Itu sebabnya penting untuk kita belajar jaga diri sendiri dan jangan abaikan suara hati yang dah penat menjerit. Jangan letak diri sendiri nombor paling akhir.

Pentingnya luahkan perasaan, jangan simpan dalam diamKalau kita takut orang terasa, kita simpan rasa dan pendapat sendiri. Tapi itu bukan jalan penyelesaian. Bila kita pendam, kita jadi tawar dan jauh daripada diri sendiri. Belajarlah untuk berani bercakap, walaupun tak semua orang suka.
Belajar cakap tidak bila perluTak salah untuk kata tidak. Jangan takut kecewakan orang sampai diri sendiri terluka. Bila kita selalu angguk tanpa rela, kita yang jadi mangsa. Jaga diri bukan bermakna kita ego, tapi kita hargai nilai kita sebagai manusia.

Sampai bila kita nak jadi kuat sorang sorang? Sampai bila kita nak senyum sambil hati koyak? Jangan tunggu sampai diri kita sendiri pun dah tak kenal siapa kita sebenarnya...

Ok dah habis dah duk membebel .. korang rasa KakYa kuat bebel ke sekarang ni... Hahaha bukan nak bebel pon sebenarnya tapi KakYa tulis ni untuk diri sendiri juga dan untuk ingatan kita bersama.
Terima kasih kerana sudi baca coretan KakYa hari ini. Kalau korang rasa apa KakYa kongsi ni kena sangat dengan hati korang jangan segan kongsikan di komen atau share dengan kawan kawan yang mungkin perlukan nasihat juga. KakYa doakan kita semua belajar sayang diri kita, sama macam kita sayang orang lain. Boleh buat tak? .... Kalau boleh jommm amalkan dari sekarang.

Jumpa lagi di entri KakYa yang seterusnya. Jaga diri, okay ...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2025/05/5-tanda-kita-terlalu-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Bersalah Bukan Ibu Yang Baik Ini Luahan Jujur Datin Atikah Suhaime

Rasa Bersalah Bukan Ibu Yang Baik Ini Luahan Jujur Datin Atikah Suhaime

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 77 hits
Pertama kali bergelar ibu satu anugerah yang tak mampu diungkap dengan kata Itulah yang dirasai oleh pelakon cantik Wan Atiqah Wan Ali atau lebih dikenali sebagai Atikah Suhaime selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya Lyla Mulan Te...
Dia Baik Sangat Ditanya Tentang Anak Jo Boah Kali Pertama Cakap Tentang Suaminya

Dia Baik Sangat Ditanya Tentang Anak Jo Boah Kali Pertama Cakap Tentang Suaminya

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 75 hits
Pasti ramai yang tertanya tentang rancangan Jo Bo ah selepas berkahwin kan Artikel Berkaitan Dalam satu temu bual susulan tayangan drama Dear Hongrang Jo Bo ah ditanya sekiranya dia mempunyai rancangan untuk mempunyai anak Jawabnya Ibu bapa...
Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 78 hits
KOPI VS MATCHA MANA SATU LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA Ketika populariti matcha meningkat anda mungkin tertanya tanya adakah lebih baik menggantikan kopi dengan matcha sebagai minuman berkafein harian Matcha ialah minuman berasaskan serbu...
Rasulullah Saw Contoh Teladan Baik Sepanjang Zaman

Rasulullah Saw Contoh Teladan Baik Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 111 hits
Rasulullah SAW Contoh Teladan Yang Baik Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang terbaik dalam segala aspek kehidupan sebagai pemimpin sahabat suami dan pendidik Baginda SAW mengajarkan kasih sayang kesabaran keadilan serta akhlak yang mul...
Hiburan Ada Benda Baik Dia Buat Dekat Saya Siti Jamumall Terbuka Hati Untuk Rujuk Semula Dengan Aiman

Hiburan Ada Benda Baik Dia Buat Dekat Saya Siti Jamumall Terbuka Hati Untuk Rujuk Semula Dengan Aiman

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 135 hits
Usahawan dan pempengaruh terkenal atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahidin mengakui bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama bekas suaminya Aiman Tak Kesah Dalam siaran langsung di TikTok Siti berkata walaupun mereka pern...
Rossa Aku Baik Saja Chord

Rossa Aku Baik Saja Chord

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 144 hits
OST Tak Ingin Usai Disini Chord C F Fm C Am Lagu ini untukmu G Csus4 C dan untuk hati yang kau tipu F G F G Kau bilang dunia baik baik saja D G Maka akupun baik saja Em A Berharap rasa sakit ini kan mereda D G Meski perlahan ku melupakan Em...
Nak Jadi Abang Bomba Impian Anak Yang Patut Kita Sokong Sehabis Baik

Nak Jadi Abang Bomba Impian Anak Yang Patut Kita Sokong Sehabis Baik

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 92 hits
Kanak kanak adalah anugerah paling berharga dalam kehidupan manusia Mereka datang ke dunia ini dengan jiwa yang suci semangat yang membara dan hati yang dipenuhi impian Dalam dunia yang serba moden ini tidak kira apa latar belakang keluarga...
Nak Cepat Baik Luka Bersalin Ini Tip Pemakanan Ibu Dalam Pantang

Nak Cepat Baik Luka Bersalin Ini Tip Pemakanan Ibu Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 106 hits
Nak cepat baik luka bersalin ini tip pemakanan ibu dalam pantang Tempoh berpantang bukan sekadar waktu berehat tetapi merupakan fasa penting bagi pemulihan tubuh selepas melahirkan anak Dalam tempoh ini ibu perlu benar benar menjaga pemakan...
Pm Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki

Wow Cantiknya Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap

Hazama Aku Bukan Narsisis Chord

Boycott Pkr In Ge16 Greets Nurul Izzah S Victory Grassroots Foresee Rot From Prevalent Family Ties

Sabah Activist Pans Bung S Claim Of Minimal Development Under Local Parties

Rentasan 1708 Panas Akhirnya Agenda Tersembunyi Pas Untuk Lawan Raja

Kalau Had Umur Pencen 65 Tahun

Ekonomi Q1 2025 Harimau Asia Dihadapan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemenangan Nurul Izzah Dan Implikasi Politik Dalaman Pkr

Siapa Hidup Dengan Suami Npd Dia Akan Tahu Siti Jamumall Tekad Mulakan Hidup Baru

Maritim Pahang Tahan Bot Nelayan Tempatan Dengan 21 Kru Warga Asing 7 5 Batu Nautika Barat Laut Pulau Tioman

Contemporary Thai Residence By Warchitect Te Residence In Bangkok

Late Detection Leads To Rising Tb Cases In Malacca

Sabah Election Sees Solo Bids Amid Coalition Shifts