5 Syawal Kehilangan


5 Syawal, sedang menjamu selera sarapan pagi. Ada panggilan masuk dari kakak. Kakak inform yang abang di Jasin (abang kedua) macam dah tenat, sesak nafas, sejuk. Kesihatan arwah merosot dalam setahun dua ni. Entah kenapa masa kakak cakap tu, saya dah rasa macam lain macam dah.
Seolah-olah dapat rasakan abang akan pergi. Cepat-cepat menghabiskan makanan dan bersiap untuk gerak pergi ziarah. Tup tup, akak call sekali lagi, abang dah takda. Inalillahi wainailaihi rajiun..

Allahuakbar...saya terdiam. Tak cakap apa, basuh pinggan dengan banjir air mata! Tak bersedia untuk kehilangan kali kedua selepas arwah abah pergi ke dunia abadi tahun 2022. 

Raya haritu tak sempat jumpa sebab saya dah balik kampung mentua. Kali terakhir saya jumpa hujung bulan Januari lepas. Tapi masa tu saya dapat ziarah kejap di ICU masa ditidurkan (intubate). Saya hanya bersembang sorang je lah.

Daripada cerita kakak-kakak, masa raya haritu dia okay je balik kampung. Cuma berkerusi roda je lah. Makan berselera, bersembang semua dan jumpa sedara-mara ziarah raya dan ada kenduri di rumah sedara juga. 

Bila berita ni sampai, rasa tak percaya. Arwah seolah-olah macam dia tahu dia akan pergi. Dapatlah dia berjumpa semua dulu sebelum pergi. 

Bergegas lah kami terus pergi ke Jasin, Melaka. Syukur jalan tak jem menuju ke sana. Sejam lebih sikit dah sampai. Jenazah dah di bawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan


Selepas mandi, dapatlah kami semua tatap dan cium arwah buat kali terakhir. Melekat jugalah bau kapur barus sebab lama saya cium di pipi. Rasa nak menitik air mata, ditahan juga. Lepas keluar bilik mandi jenazah, terus tak tertahan rasanya. 

Dahlah sampai-sampai je dah nampak kakak. Berpeluk lama kami adik beradik dan anak-anak abang. Banjir air mata dah kami semua. Kejap kejap mengalir je. Mak? Dia masih tenang

Semua urusan terakhir arwah, Allah permudah. Betul-betul lepas solat zohor dan solat jenazah, terus di bawa ke tanah perkuburan Taman Maju, Jasin. 

Cepat urusan pengkebumian dan cepat juga talkin di baca. Selesai sudah urusan arwah di dunia. Kelak, kita akan menyusul. 
14 Februari 1967-14 April 2024
Azlin Bin Md Nor, Tutup usia.
Perginya seorang abang yang kami kasihi. Tinggallah kami 7 beradik, Azhar, Azlina, Azmi, Azmizan, Azlina, Azidah dan Azhafizah yang akan merindui sosok tubuh ini. Suratan yang kami perlu terima dan redha. Kehilangan dan sepi yang akan dirasai sampai bila-bila.
Rehatlah...
Tiada lagi sakit yang perlu ditanggung. Kelak, kami juga akan menyusul.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِDengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙSegala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙYang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗPemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗHanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙTunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat...آمين

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُAllahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhuYa Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.Balik dari Jasin, hujan lebat. Mendung dan gelap macam nak maghrib dah. Padahal baru jam 4 lebih. Seperti memahami isi hati yang sedang berduka. Allahuakbar...Semoga Allah berikan kekuatan buat kami yang kehilangan.
Masa arwah abah meninggal, saya kemurungan lama. Lama saya tak blogwalking, kalau ada yang perasan lah. Baru ni saya cergas semula. Bila kehilangan semula, rasa kekuatan tu hilang semula. Mood menjunam. 
Luaran nampak kuat. Tapi dalaman, rapuh-serapuh rapuhnya.


Selesai sudah urusan abang di dunia. Terima kasih untuk segala doa dan ucapan takziah untuk keluarga kami. Terima kasih saudara mara yang datang dan ahli kariah taman yang banyak membantu. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan

Ya Allah
Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubur nya dan tempatkan arwah di kalangan mereka yang beriman.
Aamiin...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/04/5-syawal-kehilangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Persiapan Syawal Suam Suam Kuku Jer

Betul Ke Persiapan Syawal Suam Suam Kuku Jer

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 130 hits
BETUL KE PERSIAPAN SYAWAL SUAM SUAM KUKU JER Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Sebelum ni cari dan beli kuih muih raya dua minggu lagi nak raya Bersungguh Fuhh Tapi tahun ni dah tinggal berapa ha...
Awan Tebal Sukarkan Cerapan Hilal Syawal Di Picc

Awan Tebal Sukarkan Cerapan Hilal Syawal Di Picc

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 142 hits
PUTRAJAYA Awan tebal yang disebabkan situasi hujan lebat sebelumnya pada sebelah petang di Lembah Klang menyukarkan proses cerapan anak bulan Syawal di sini hari ini Keadaan itu menyaksikan stesen pencerapan hilal di Pusat Konvensyen Antara...
1 Syawal Di Kuala Pilah

1 Syawal Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 153 hits
Selesai kami berdesup ke Kuala Pilah pula Perjalanan ambil masa satu jam setengah lebih sikit sebab jem Sampai sampai je semua dah nak gerak beraya di rumah Uwan sebelah arwah abah Sempatlah ambil gambar potret keluarga kejap Ambil gambar s...
Zinidin Zidan Valdy Nyonk Daeng Syawal Cahaya Abadi Chord

Zinidin Zidan Valdy Nyonk Daeng Syawal Cahaya Abadi Chord

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 181 hits
Bm Em A D G Em F Bm Em rasulullah engkaulah A D manusia yang paling sempurna G Em akhlakmu yang mulia G F suri tauladan yang abadi Bm Em cahayamu memancar A D menerangi seluruh alam G Em sholawat dan salam kami ucapkan G F padamu ya rasulal...
Polis Kuantan Sudah Mengedarkan 350 Borang Balik Kampung Sempena Cuti Pada Syawal Ini

Polis Kuantan Sudah Mengedarkan 350 Borang Balik Kampung Sempena Cuti Pada Syawal Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Polis sudah mengedarkan 350 borang balik kampung sempena cuti pada Syawal ini Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Wan Busu berkata masyarakat diminta mengemukakan maklum balas segera bagi memudahkan pengurusan gerak kerj...
Kisah Pilu Ida Kehilangan Anak Semata Wayang Akibat Kecelakaan Bus Rosalia Indah

Kisah Pilu Ida Kehilangan Anak Semata Wayang Akibat Kecelakaan Bus Rosalia Indah

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 133 hits
Total korban meninggal dunia mencapai tujuh orang 15 penumpang luka ringan dan 12 selamat
Doktor Sahkan Kandungan Dah Tiada Elizabeth Tan Keguguran Sedih Kehilangan

Doktor Sahkan Kandungan Dah Tiada Elizabeth Tan Keguguran Sedih Kehilangan

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 280 hits
Impian penyanyi dan pelakon jelita Elizabeth Tan untuk menimang cahaya mata pertama bersama suaminya Siew Jim tidak kesampaian apabila mengalami keguguran sekitar Februari lalu Akui Elizabeth Tan atau mesra di sapa Lizzy dia dan suami sudah...
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia Jakim

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia Jakim

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 334 hits
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 SIARAN LANGSUNG Pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 1445H Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tar...
Khutbah Jumat Lima Peristiwa Penting Di Bulan Syawal

Khutbah Jumat Lima Peristiwa Penting Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 218 hits
Ada lima peristiwa penting yang bisa kita gali pelajaran di bulan Syawal Perhatikan Khutbah Jumat berikut ini
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Pemandu E Hailing Cemas Kereta Terjun Tasik

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Lelaki Muda Hilang Di Sungai Jeram Badoh Risau Lemas


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Abdullah Bin Jahsy Ingin Bertemu Allah Dengan Hidung Terpotong

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Polytechnics To Triple Number Of Students To 300 000 By 2030

Pas Linked Group Holds Another Flag Rally In Teluk Intan

Resepi Ikan Bakar Sambal

Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha