5 Senaman Mudah Untuk Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut
5 Senaman Mudah Untuk Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut. hi there, siapa yang dalam proses nak kurangkan berat badan secara teratur dan tidak tergesa-gesa, bolehlah cuba senaman pilates yang lebih memfokuskan untuk memperbaiki core body strength dan dalam masa yang sama membantu untuk menurunkan berat badan.
Ya, kalau nak kurus, salah satu perkara yang kita kena buat ialah HARUS BERSENAM selain mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.
Malangnya, tidak semua antara kita suka bersenam secara heavy workout, ataupun keluar bersenam ke gym mahupun berjogging di luar rumah kan.
Kalau korang yang jenis lebih suka stay indoor, lagi-lagi sewaktu COVID-19 sedang melanda dunia, jadi senaman pilates mudah untuk kuruskan badan dan kempiskan perut ini sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh korang.
Pilates: 5 Senaman Mudah Untuk Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut
Sebelum itu, mungkin ada yang tidak tahu apa itu pilates? Dan bagaimana untuk melakukan senaman pilates.
Pilates ialah senaman impak rendah (low-impact exercise) yang fokus untuk memperkuatkan muscle badan dan dalam masa yang sama memperbaiki postur dan kelenturan badan,
Gerakan pilates biasanya memfokuskan pada bahagian body-core, namun senaman pilates juga boleh digunakan untuk bahagian lain pada tubuh badan seperti lengan dan kaki.
Pilates ni ada banyak sangat movement yang korang boleh pilih untuk disesuaikan kepada tubuh badan korang.
Gambar di atas tu ialah antara gerakan pilates yang mrs pip selalu buat untuk memperbaiki body core , dan dalam masa yang sama memperbaiki teknik pernafasan diri.
Jadi, ini adalah antara 5 Senaman Mudah Untuk Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut :-
#1 Gerakan Pilates 100
Kaki menegak seperti bentuk V dengan badan dibaringkan ke atas yoga / pilates mat. Tangan pula digerakkan ke atas dan bawah (sila rujuk gambar)
Cuba buat dalam 20 gerakan sebelum membuat gerakan yang lain.
Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
#2 Gerakan Double Leg Stretch
Badan dibaringkan ke yoga / pilates mat.
Angkat kaki dan rapatkan tangan ke lutut.
Gerakkan kaki ke depan dan tangan ke belakan kepala.
Buat dalam 20 gerakan.
Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
#3 Gerakan Scissors
Seperti dalam gambar di atas, badan dibaringkan ke atas yoga / pilates mat.
Kaki digerakkan ke atas secara selang seli dengan kaki sebelah 90 degree.
Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
#4 Bird Dog Crunch
Rujuk gambar di atas untuk membuat gerakan bird dog crunch.
Badan berada di atas manakala kaki dan tangan menghala ke lantai.
Siku kiri sentuh lutut kanan, dan kemudian siku kanan sentuh lutut kiri.
Buat dalam 20 gerakan.
Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
#5 Gerakan Side Plank Scoop
Untuk buat side plank scoop, sila rujuk gambar di atas.
Sekiranya sukar untuk buat side plank scoop, boleh ganti dengan buat gerakan planking biasa (boleh rujuk gambar di bawah #7).
Mungkin yang belum terbiasa buat side plank scoop, akan ambil sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan gerakan ini.
Buat dalam 20 gerakan kiri dan kanan.
Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
Untuk ke semua gerakan tersebut, cuba buat sebanyak 3 set - 5 set dalam 20 gerakan setiap 1 set.
Ini adalah antara gerakan yang membantu memperbaiki body-core dan gerakan seperti Pilates 100 tu kalau diamalkan selalu boleh membantu mengempiskan perut bersama gerakan sit-up.
Senaman Fat Burning - Membantu Membakar Lemak dan Memperbaiki Kordinasi Tubuh
Selepas melakukan senaman pilates 5 Senaman Mudah Untuk Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut , kita tambah pula senaman dengan melakukan fat burning exercise.
Kalau pilates tadi kita buat dengan gerakan-gerakan yang relax, kita tambah sedikit speed dengan berapa senaman seperti yang tertera dalam gambar di atas.
Antara senaman yang membantu kuruskan badan dengan sangat-sangat easy workout ialah :-
high knee running
star jump
squat jump
mountain climb
burpee
jump lunges
plank
press up
tricep dips
Boleh cuba buat 10 - 20 saat bagi setiap gerakan.
Tak perlu nak buat semua gerakan di atas, korang boleh select mana yang korang suka.
Macam mrs pip, prefer buat burpee , plank, dan squat jump.
Dan, ada banyak lagi sebenarnya gerakan menarik untuk fat burning easy workout untuk korang buat di rumah.
Dan tak ambil banyak masa pun nak buat, 20 - 30 minit setiap hari atau 3 kali seminggu pun sudah memadai, yang penting senaman pilates dan fat burning easy workout macam ni kenalah buat secara konsisten.
Baca Juga : Perut Buncit? Ini Punca Dan Cara Mudah Menghilangkan Perut Buncit
30 Days Hiit Challenge Activities - Simple and Easy Workout For A Slimmer You
ok, dah biasa buat pilates dan beberapa gerakan fat burning mudah.
Kita up level pula dengan buat HIIT Challenge selama 30 hari.
Buat setiap hari.
Setiap movement cuba buat selama 1 minit.
Setiap hari buat satu movement berbeza seperti yang dinyatakan di dalam gambar di atas.
Kemudian buat combine challenge setiap selang hari.
Woha!
Dalam masa sebulan, mesti boleh bantu kurangkan berat, badan jadi lebih ringan, lebih berstamina dan easy peasy perut kempis kan.
Planning for Home Workout
Dan selain buat HIIT Challenge, mungkin korang boleh rancang senaman harian korang.
Ada banyak tips dan jadual mudah yang tersedia yang di kongsi di Google mahupun di Pinterest.
Macam mrs pip sendiri, memang akan buka Pinterest untuk cari idea senaman easy workout for flat tummy.
Selain tu, di Pinterest pun, banyak video-video pendek dan mudah yang senang untuk korang tonton dan akan lebih mudah faham untuk buat gerakan tersebut.
Jadi, jom buat jadual bersenam masing-masing.
Lepas tu tengok dalam masa sebulan kesan workout ke atas badan korang.
Slim ke tak? Perut kempis ke tak? Badan makin berstamina ke tak?
Dan, ketika buat workout, pastikan korang tidak berada dalam keadaan yang letih atau kurang rehat.
Jangan paksa diri buat workout kalau badan tidak bersedia.
Your body, you know it well than others.
Selamat bersenam dan jaga kesihatan semua.
COVID-19 bukanlah alasan untuk kita tidak bersenam.
Stay healthy.
cheers
Sumber Gambar: Pinterest.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/10/pilates-senaman-mudah-kuruskan-badan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)