5 Sebab Tiara Sendayan Adalah Projek Penjualan Perumahan Terbaik
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai anak muda yang terlah berkerjayaan dan juga mempunyai pendapatan tetap teringin untuk memiliki rumah milik sendiri. Rumah boleh dijadikan aset pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi jika dimiliki. Apatah lagi rumah kediaman yang terletak di kawasan perumahan yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti serta akses
Tiara Sendayan mendapat perhatian dan juga telah menjual dan menyerahkan rumah lebih dari 2000 unit kepada pembeli. Tiara Sendayan juga satu Projek Penjualan Terbaik yang boleh dipertimbangkan buat pembeli baru dan ingin miliki rumah idaman sendiri. Projek dimiliki oleh Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu pemaju yang telah memperolehi pelbagai anugerah berprestij
Lima sebab ini boleh dijadikan kayu ukur kepada pembeli untuk mencari projek perumahan yang boleh dipercayai dan juga rumah yang berkualiti.
1) Pemaju Perumahan Yang Dipercayai
Matrix Concepts Holdings Berhad satu pemaju perumahan yang telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellence Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (10 Teratas untuk Permodalan Pasaran RM 1 Billion dan ke atas), dan TheStar Property Award 2022
Malalui pengiktirafan ini kita lebih yakin dalam memastikan projek yang dibangunkan akan siap dan juga mampu dimilik setelah selesai semuanya. Juga mereka bukan kontraktor biasa seperti ‘Melepaskan Batuk Ditangga’
2) Perbandaran Komuniti Yang Melengkapi
Tiara Sendayan yang terletak di barat Bandaraya Seremban, ia mempunyai sambungan yang sangat baik melalui laluan akses biasa seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan lalun perhubungan ke KLIA. Selain itu juga, perbandaran moden ini terletak secara strategik dalam Malaysia Vision Valley (MVV) iaitu koridor pertumbuhan baharu yang diperuntukkan sebagai lanjutan daripada konurbasi Greater Kuala Lumpur di Negeri Sembilan
Projek menjanjikan nilai dan potensi penghargaan yang hebat kepada pemilik walaupun dalam tempoh yang lama dimiliki atau ingin dijual beli pada masa akan datang. Paling utama sebagai pembeli mencari projek perumahan yang mempunyai kawasan komersial yang berdekatan seperti kedai, restoran menjamu selera, Kawasan riadah dan membeli-belah terletak hanya beberapa jarak perjalanan sahaja dah boleh diakses
3) 12 ekar Central Park Untuk Riadah Dan Gaya Hidup Alam Semulajadi
Projek perumahan yang mampan dipadukan lagi dengan konsep kejiranan yang seimbang Bersama alam semulajadi. Di Tiara Sendayan ini mempunyai Central Park tersendiri seluas 12 ekar yang terawat dengan menampilkan tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif, menjanjikan gaya hidup holistik untuk penduduk tempatan
Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium, stesen parcourse, ruang majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. Di samping itu, penduduk boleh menggunakan 'Hive Lawn' yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau bermain layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak bermain
4) Kemudahan Fasiliti Pendidikan Sendiri
Selain itu, hab Pendidikan sangat penting dalam penilaian dan pencarian projek perumahan. Seperti di Tiara Sendaya ini memeiliki SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 7KM. Juga ada kemudahan awam lain seperti Masjid Sri Sendayan dan juga yang lain-lain dianggap penting
Hab komersil seperti Sendayan Metropark , Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square terletak hanya 5km jauhnya. Sementara itu, mercu tanda baharu yang menjadi ikon semalaman di Bandar Seri Sendayan, terletak hanya 5 minit pemanduan dari Tiara Sendayan
5) Projek Kadar Pengambilan Sepenuhnya
Tiara Sendayan dikenali sebagai pembangunan terlaris oleh Matrix Concepts dengan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun disebabkan sambutan yang menggalakkan. Mereka juga telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,188 kunci kepada pemilik Tiara Sendayan. Ini telah memberi kepercayaan kepada pembeli akan datang untuk memiliki rumah dan menjadi sebahagian dari komuniti di sini
Tidak lama lagi Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat. Target mereka adalah golongan seperti M40 yang mempunyai pendapatan tetap dan juga keluarga yang sederhana besar. Kediaman ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta selesa untuk didiami atau dijadikan aset bernilai tinggi
Tiara Sendayan adalah projek pembangunan terlaris dan ini adalah peluang untuk orang ramai memilikinya. Sekiranya ada pertanyaan lanjut boleh kujungi bilik pameran di Matrix Galleria @ d'Tempat Country Club, PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Juga boleh hubungi talian 1-800-88-2688 atau layari laman social dan laman sesawang seperti di bawah
Layari laman web: https://tiarasendayan.com Facebook: https://www.facebook.com/matrixconceptshomesInstagram: https://www.instagram.com/matrix_concepts
#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2022/11/5-sebab-tiara-sendayan-adalah-projek-penjualan-perumahan-terbaik.html